insan biasa

may Allah bless u

Friday 29 July 2011

Warkah buat Ummi, Abi, dan Akhi

DENGAN NAMA ALLAYH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis melainkan dengan keizinan dari-Nya)

my family

ASSALAMUALAIKUM, Ummi, Abi, dan Akhi..
setelah banyak mengharungi liku-liku kehidupan sebagai seorang pelajar, banyak yang telah adik pelajari. Bukan mudah untuk menjadi seorang yang berjaya tetapi ia juga bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dikecapi. Bak kata pepatah, genggam bara api biar sampai jadi arang. 

Sepanjang kehidupan, tidak pernah sekali adik merasa bagaimana untuk hidup berdikari. Memang, adik akui, sudah lima tahun lima bulan adik tinggal di asrama namun belum cukup untuk adik menjadi seorang yang berani. Kerana apa? Kerana sepanjang kehidupan adik di asrama dahulu adik masih dibayangi oleh Ummi, Abi, dan Akhi terutamanya. Sebut sahaja apa masalah yang adik hadapi di asrama, kekurangan wang atau makanan segera UmmI, Abi, dan Akhi datang menghulurkan bantuan. Ibarat superhero dalam kaca televisyen yang sedia menghulurkan bantuan sepantas kilat di saat orang kesusahan. 

Akhi sering bertanya apakah adik sudah bersedia untuk melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur. Jelas sekali bahawa Akhi tidak percaya pada keupayaan adik untuk hidup di sana. Begitu jua dengan Ummi dan Abi. Walaupun kalian berdua tampak tenang bagai tiada apa yang mengusutkan fikiran tapi adik tahu bahawa kalian berdua masih khuatir. Dalam hati adik tekad untuk menjadi insan yang berani berhadapan dengan cabaran sekali gus menanamkan azam untuk berjaya. Insya-Allah.

Justeru, hari ini adik melangkah setapak keluar dari keselesaan hidup. Adik melangkah ke hadapan dan meninggalkan keluarga, dan sahabat di Johor semata-mata untuk memenuhi impian mengenggam segulung ijazah. Insya-Allah, keputusan Ummi dan Abi untuk menghantar adik ke sini adalah satu keputusan yang tepat. Terima kasih kerana mengizinkan adik untuk merantau di bandar yang penuh cabaran ini. 

Masih terngiang di cuping telinga adik nasihat Akhi agar adik tidak merayap ke mana-mana selepas tamat kelas. Pesanan Akhi agar adik terus ke asrama pelajar tanpa perlu berjalan-jalan makan angin terlebih dahulu. Adik faham Akhi. Ke mana sahajalah yang adik boleh pergi di bandar ini? Memang banyak tempat yang boleh dilawati, bahkan "shopping" pun memang sesuai tetapi apalah maknanya itu semua andai tiada keluarga disisi? Sewaktu Ummi, Abi, dan Akhi mahu pulang ke Johor setelah menghantar adik Ahad lepas, perasaan sedih sudah mula menjalar. Waktu itu adik tahu bahawa adik akan keseorangan di Kuala Lumpur. Bukan lagi seperti dahulu yang mana walaupun adik tinggal di asrama tetapi masih lagi dalam satu negeri dengan Ummi dan Abi.. Adik kini bersendirian tanpa keluarga dan juga teman. Adik harus pandai untuk berdikari. 

Perlulah Ummi, Abi, dan Akhi ketahui disini bahawa bukan niat di hati ini untuk menamatkan pengajian dalam bahasa arab semasa di Maahad Johor dahulu, bahkan sudah lima tahun lima bulan adik mempelajari bahasa itu. Walaupun masih kurang mahir dengan kaedah nahu dan sorof bahkan jua belum cukup mahir untuk bercakap lancar dalam bahasa arab, namun ia bukan satu alasan untuk adik terus melupakannya. Jika adik berbuat demikian bermakna sia-sia sahajalah lima tahun adik mempelajari bahasa syurga tersebut.

Pada zaman serba maju sekarang ini, masih ramai yang menganggur. Malah, mahasiswa universiti juga masih ramai lagi yang menganggur. Menyedari hakikat tersebut, adik menyedari bahawa bukan senang untuk mendapat pekerjaan pada masa kini. Justeru di sinilah adik melanjutkan pelajaran. Jaminan pekerjaan setelah tamat belajar itulah yang adik harapkan. Alhamdulillah, Allah telah memudahkan urusan adik. Kini semuanya terserah kepada adik untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Walaupun apa yang adik pelajari kini tiada kesinambungan dengan apa yang adik pelajari pada zaman sekolah dahulu namun pengajian agama tersebut tidak akan adik biarkan begitu sahaja. Pepatah arab ada mengatakan bahawa ilmu tanpa amal ibarat phon tanpa buah. Oleh itu, ilmu agama yang adik pelajari akan terus dipraktikkan dalam kehidupan. Insya-Allah. Walaupun adik tidak mampu berdakwah melalui ceramah, nasyid dan sebagainya, tetapi biarlah adik berdakwah dengan mencerminkan sendiri bagaimana agama islam mengajar penganutnya. Insya-Allah jika diizinkan Tuhan. Amin. 

Ummi, Abi, dan Akhi, 
restuilah dan kirimkanlah doa buat diriku yang jauh di mata ini. Semoga setiap perjalanan akan dipermudahkan dan diberi petunjuk dalam setiap tindakan. Semoga dilindungi dari anasir-anasir yang tidak elok. (NA'UZUBILLAH MIN ZALIK). Amin...

SELASA-14JUN2011

Nukilan Buat Sahabat

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis melainkan dengan keizinan-Nya)

Saidina Ali berkata :
"Selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari,"

Demikianlah kata-kata seorang sahabat nabi. Sungguh mendalam kata-katanya mengenai sebuah persahabatan. NA'UZUBILLAH MIN ZALIK. Berlindung aku daripada syaitan yang direjam supaya tidak menjadi seperti itu. Semoga Allah melindungi diriku sentiasa. 

Sungguh, dalam melayari liku-liku sebagai seorang khalifah di bumi Allah ini aku amat ,memerlukan seorang insan bernama sahabat, seseorang yang aku kenali, juga seseorang yang sangat memahami diri ini. tidak dinafikan inilah kali pertama aku akan berpisah dengan sahabat-sahabat yang sudah kuanggap seperti adik-beradik. Kerana apa? Kerana merekalah sahabat ketika susah dan senang, sahabat ketika gembira dan sedih, juga sahabat sepanjang masa. Lima tahun tempoh persahabatan umpama suatu jangka masa yang pendek. Tanpa sedar, masa berlalu begitu pantas sehingga tiba suatu saat, kami terpaksa berpisah. Semuanya demi mengejar cita dan impian. Jika dahulu kita tinggal di bawah satu bumbung yang sama, berkongsi kenangan suka dan duka, tetapi kini tidak lagi. Kita hanya mampu memandang bulan yang sama namun berbeza arah kedudukan. Engkau mungkin di utara sedangkan aku di selatan. dan mungkin jua engkau di timur sedangkan aku di barat. Walau di mana sekalipun kedudukan kita, yang pasti engkau wahai sahabat tetap setia dalam kotak ingatanku jua dalam setiap bisikan doaku. Insya-Allah.

"FRIENDS...
WE SHARE SMILES
WE WIPED THE TEARS
AND THROUGH THE YEARS.
OUR FRIENDSHIP HAS GROWN ALONG WITH US
YOU ARE TRUELY 
A WONDERFUL PART OF MY LIFE"

Sebagai seorang sahabat, sebagai seorang teman, juga sebagai seorang rakan, jauh di sudut hati aku amat bersyukur dipertemukan dengan engkau..

"Sahabat yang setia sukar dicari. Yang mulia disisi Ilahi, dia ketawa apabila sahabatnya gembira dan turut berdukacita apabila sahabatnya ditimpa musibah. Baginya, nilai persahabatan diukur pada kejujuran dan bukan pada kebendaan."

Seorang sahabat pernah berkata padaku :
"Mengenali seseorang itu kadang-kala membuat kita ketawa. Mengenali seseorang juga kadang-kala membuat kita menangis. Sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa. Marah, sedih, gembira, sayang, dan rindu. Sedarkah kita? Mengenali seseorang itu adalah satu anugerah. Biarpun hadirnya hanya sementara, bersyukurlah dengan kehadirannya, kerana mungkin melaluinyalah kita mengenal apa itu erti sebuah kehidupan."

Tersenyum aku sendirian. dalam hati aku membenarkan setiap kata-katanya. Benarlah, melalui seorang sahabat kita mampu mengerti apa itu erti sebuah kehidupan, kerana seribu satu pengalaman dalam sebuah persahabatan membuat kita matang dalam mengenali sifat dan perwatakan manusia. Namun, jauh di sudut hati aku sedar bahawa setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya. Begitu juga dengan perpisahan yang sedang aku lalui ini.

"Kadang-kala Allah jarakkan hubungan kita, kemudian dia datangkan pula dengan dugaan. Puas kita mencari di mana teman kesayangan kita, rupa-rupanya Allah hendak hadiahkan kita sebuah kerinduan yang berpanjangan."

Persahabatan itu ibarat satu janji yang dibuat di dalam hati. Walaupun ia tidak dapat ditulis dan dibaca namun ia tidak akan terpisah dek jarak, juga tidak akan berubah dek masa. Sekali kita berkawan maka selamanyalah kita tetap teman.

Persahabatan itu juga terbina atas ranting kejujuran, bertunjangkan kasih sayang lalu membuahkan kemanisan ikatan. Jika terpesong, maka patahlah ranting, reputlah akar, lalu rosaklah buah. Teman sejati bukanlah pada bicaranya tetapi yang sentiasa diingati dalam setiap bisikan doanya. Sungguh, inilah yang sedang aku praktikkan dalam kehidupan.

Wahai sahabat yang sentiasa diingati,
Perpisahan kita bukanlah kerana sebuah pergaduhan, jauh sekali disebabkan pertengkaran. Perpisahan kita adalah demi mengejar sebuah impian. Hala tuju setiap insan adalah berbeza. Mungkin telah tertulis laluan kejayaan bagimu lurus untuk mencapai kejayaan, sedangkan laluan untukku sangat berliku. Namun, aku percaya setiap liku-liku kehidupan yang aku tempuhi pasti mengandungi seribu satu hikmah yang aku sendiri tidak tahu. Mungkin disebalik jalan yang aku pilih ini aku belajar menghadapi realiti kehidupan yang kita sendiri sedia maklum bahawa ianya sangat mencabar. Bukan hanya fizikal yang aku perlu persiapkan bahkan jua mental. Dalam mengharungi ujian hidup di bandar metropolitan yang aku sendiri tidak pernah terfikit untuk bermastautin di sana, aku perlu bersedia dalam kedua-dua aspek fizikal dan mental serentak. Aku perlu bijak dalam menghadapi sesuatu perkara dan tidak sesekali bertindak mengikut perasaan. Aku sedar jika ikut hati mati manakala ikut rasa binasa. 

Inilah sebuah kisah yang ingin sekali aku kongsikan bersama engkau wahai sahabat. Kisah benar yang aku cuba sampaikan melalui kisah gadis. Dialah GADIS DALAM KACA. Hanya mampu melihat tetapi tidak mampu untuk menggapai. Inilah sebahagian dari kisah hidupnya. hayatilah wahai sahabat.

"Lily melangkah keluar dari pagar sekolah. Langkahnya lemah. Setiap langkah perjalan Lily Gadis hitung. Selangkah demi selangkah sehinggalah Lily hilang dari pandangan matanya. Gadis masih ingat tarikh keramat itu. Tanggal 9MEI2011. Hari yang cerah tetapi mendung di hati Gadis dan sahabatnya yang lain. Lily berpindah. Setiap insan mempunyai cita dan impian. Begitu juga Lily. Pemergiannya hari itu bukan sekadar suka-suka, tetapi pastinya ada sesuatu yang lebih baik menantinya di sana. Insya-Allah. Perpisahan yang terjadi ini adalah demi mengejar ilmu. Dalam hati, Gadis merelakan. Lily adalah sahabatnya. Memang, Gadis akui mereka bukanlah teman rapat yang sentiasa bersama walau ke mana sahaja, jua bukan teman baik yang sentiasa berada di sisi Lily setiap masa, namun ukhuwah yang terbina sepanjang lima tahun benar-benar membuat hati Gadis sebak untuk berpisah. Jauh di sudut hati Gadis sedih. Dia terasa kehilangan. Kini, kian bertambahlah sahabatnya yang berpindah, bermakna akan semakin berkuranglah sahabatnya di sini. Tanpa disedari air mata Gadis meluncur laju di pipinya. Dia tidak dapat mengawal kesedihan di hatinya..."


Sahabat yang baik sentiasa di sisi..
sahabat sejati setia menemani..
sahabat sebenar mampu untuk memahami..
sahabat yang ikhlas akan mendoakan..
setiap yang ada bersama dikongsi..
suka dan duka bersama dilalui.

Inilah sebuah hakikat. Hakikat yang terpendam. Ingin sekali aku memetik bait lagu Bob AF2, Cinta seorang teman..

"ku cuba bayangkan waktu dulu
gurau senda serta pujukanmu
puisi indah menyatakan kata rindumu
masa yang berlalu meragui
seluruh harapan muncul
kini mengapa enggan bertanya 
di mana kesudahan kita.."


Duhai sahabat..,
terlalu banyak yang kita lalui bersama. Ibarat seperti sebuah buku yang kosong, tidak akan cukup helaian muka surat jika hendak dilakarkan memori kita bersama. Tidak cukup hanya sebotol dakwat untuk mencoretkan kenangan kita bersama. Semuanya terlalu banyak. Pahit manis kita bersama sepanjang lima tahun amat sukar untuk dilupakan. Kehidupan kita sudah seperti adik-beradik. Jika hari ini kita bermasam muka namun esok kembali bergurau mesra. Walau sering kita bertengkar kerana mempertahankan pendirian namun itu hanya sementara. Semua itu sudah menjadi memori indah di saat ini. Kerana apa? Ukhuwah yang dibina dengan keizinan Allah ini akan dijaga sebaik mungkin dan tidak akan dibiarkan berakhir dengan sia-sia. Memetik pepatah melayu bahawa air yang dicencang tidak akan putus begitulah jua ibaratnya ukhuwah antara kita. Setelah bersama-sama melayari warna-warni kehidupan sebagai seorang pelajar, kini, hari ini, ketika ini, tibalah waktu untuk kita berpisah membawa haluan masing-masing. Semuanya demi mengejar kejayaan. Sesungguhnya seorang manusia itu dipandang bukanlah kerana kecantikannya tetapi ilmu yang ada pada dirinya.

Sungguh berat hati ini untuk melafazkan perpisahan. Kelu lidah ini untuk mengucap selamat tinggal. Amat payah rasanya untuk menuturkan kalimah. Sungguh, tidak pernah sesekali terlintas di fikiran bahawa suatu hari nanti aku pula yang akan meninggalkan engkau wahai sahabat. Namun, sedarilah bahawa kita sebagai manusia hanya mampu untuk merancang, tetapi Allah yang akan menentukan segalanya. DIAlah sebaik-baik perancang.  DIAlah juga yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Inilah dia yang dinamakan ujian dan dugaan dari Sang Pencipta. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Kita sebagai hamba hanya mampu untuk terus berdoa agar dipermudahkan segala urusan.

Jika hari ini aku pergi
janganlah engkau tangisi
kerana pemergianku ini
tidak lain hanyalah untuk mencari
keredhaan Ilahi

di saat kaki ini melangkah
meninggalkan bangunan yang bersejarah
dan membawa bersama segenggam tabah
yang dipupuk sekian lama
dengan harapan yang nyata
untuk menggenggam segulung ijazah

sahabat yang dikasihi,
berbekalkan semangat dan azam yang tinggi
kaki ini melangkah pergi
membawa bersama memori
yang tersimpan kemas didalam hati
ketahuilah
sesuatu yang pasti
di saat kaki melangkah pergi
tidak sesekali menoleh untuk kembali
kerana pabila sekali menoleh untuk kembali
nescaya amat payah untuk kembali pergi

harapan hatiku hanya satu
doakan kebaikan untuk diriku
nasihatkan aku selalu
kerana aku
masih memerlukan kamu
dalam mengharungi liku-liku kehidupan

maafkan diriku wahai teman
andai diriku menyakitimu
andai buruk perilaku ku
andai hodoh tabiatku
andai terkasar pertuturanku
sepanjang bersahabat denganmu

ketahuilah wahai teman
diriku ini hanyalah insan biasa
yang tidak pernah lepas dari dosa
justeru itu
doa darimu itu yang ku damba
dalam setiap masa 
jua ketika..


Ikhlas dari hatiku semata-mata. - rozy

1st reunion

Jangan Biarkan Diri Anda Banyak Bicara

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAGA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari.Nya)

Jauhilah perselisihan atau diskusi buta dalam perkara-perkara yang masih bersimpang siur. Sebab perkara itu dapat menyempitkan dan menodai hati nurani. Janganlah cuba untuk memuaskan manusia dengan perkara-perkara yang masih banyak mengandungi perdebatan. Ungkapkanlah pemikiran kita dengan tenang tanpa tekanan, suara keras, dan wajah yang masam. Jauhilah sikap yang banyak membantah dan banyak mengkritik. kerana sesungguhnya perkara itu hanya akan membuat ketenangan di hati kita hilang dan membuat wajah kita buruk. Oleh itu, ucapkanlah kalimah yang sopan dan penuh kasih sayang jika kamu ingin menarik hati dan jiwa orang lain.

Perkara lainnya yang dapat mendatangkan kesusahan dan keresahan pada hati kita ialah mengumpat orang lain, memperkatakan perihal mereka, mencela, dan menganiaya mereka. Sikap seperti ini akan menghilangkan pahala, mendatangkan dosa, serta akan menjauhkan ketenangan dalam diri kita. Satu langkah yang bijak apabila kita menyibukkan diri dengan memperbaiki aib sendiri serta tidak mempedulikan tentang aib orang lain. Sesungguhnya Allah tidak menciptakan kita Ma'sum (tiada dosa) - yang hanya dimiliki oleh rasul-Nya. kita semua memiliki dosa dan aib, maka akan berbahagialah orang yang sibuk dengan aibnya sendiri dan tidak mencampuri aib orang lain. 

" Bagi seorang ibu yang anaknya jatuh dari tempat yang tinggi, janganlah menyia-nyiakan waktunya untuk menjerit dan menangis, tetapi berusahalah dengan segera untuk membalut luka anaknya..."

coretan sang hati

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis melainkan dengan keizinan dari-Nya)

SALAMUN 'ALAIK,
Temanku sekalian...
sekian lama telah ku nanti saat ini
sabar dan redha menjadi pendampingku
setiap kali hadir emosi ini.

TEMAN..
Kuberdoa agar engkau fahami segala 
yang tersurat di hati ini.
namun, sering kali aku terbenam 
dalam kekalutan dan keresahan
kerana sesungguhnya
engkau akan mengerti nanti.

TEMAN...
harapanku agar engkau bahagia selalu
doa dari tulus hati ini sentiasa menginginkan 
semangat jihadmu yang tetap abadi.

TEMANKU...
Maafkan aku kerana tidak berdaya 
untuk terus disisimu
dalam mencari bening-bening taqwa,
aku sendiri terpenjara di dalam 
dunia ciptaanku sendiri.

TEMANKU...
ketahuilah aku masih setia di sini menanti
dan menunggu saat dan waktu
untuk bersama kita tarbiyah dan fahami
erti sebuah perjuangan
yang menuju 
cinta yang hakiki dan kekal abadi.

PINTAKU, 
teruskan perjuangan 
jangan sesekali engkau berhenti
istiqamah dan tegarlah 
menghadapi segala cabaran
dalam kehidupan ini..

AKHIRNYA,
saat yang ku tunggu pasti tiba jua
walaupun kini tidak indah seperti dahulu
tetapi aku bersyukur
kerana penghujungnya
impian dan mimpiku
menjadi kenyataan
dan ketahuilah 
keyakinanku tidak pernah pudar.

Salam ukhuwah buatmu TEMANKU..

Gerakkanlah langkahmu 
bersama doa dan harapan yang tinggi
agar terus berada 
di atas arena perjuangan suci ini.

"Jadilah bunga yang terpelihara kerana mahligai syurga itulah tempatnya."

Saturday 23 July 2011

Doaku. Pintaku. Harapanku.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis melainkan dengan keizinan d ari-Nya)

YA ALLAH...
Kiranya rassul-Mu hidup bersahabat kurniakan jua aku sahabat. Tetapi biarlah sahabat-sahabat dari lorong-lorong yang membenarkan-Mu seperti kebenaran As-Siddiq. Biarlah sahabat-sahabat dari pintu-pintu ilmu-Mu seperti Ali. Ya Allah, sekiranya itu tidak layak buatku, aku bersyukur dipertemukan dengan sahabatku yang satu ini. Mungkin padanya ada sesuatu yang tidak pernah aku selami. Tetapi, jika aku seorang sahabat yang tidak menghargai, Engkau ampunilah dosaku dan kurniakanlah kegembiraan kepada sahabatku. Insya-Allah..


YA RABBI...
Aku titipkan sayang dan rindu untuk akhwatku. Jadikan dia bidadari yang selalu menghembuskan nafas-nafas iman islam-Mu. Jadikan dia wanita solehah yang selalu mendapat kasih sayang-Mu. jadikan dia muslimah yang sentiasa menjaga izzah addin-Mu. Ya Allah, cintailah, ampunilah, berkatilah, dan masukkanlah dia ke dalam Jannah-Mu.


YA ALLAH...
Kadang-kala insan ini lemah, maka Engkau kuatkanlah. Kadang-kala dia resah maka tenangkanlah. Kadang-kala dia gentar maka campakkanlah keberanian ke dalam hatinya. Dia meminta maka kabulkanlah, dia berjuang maka permudahkanlah, dia menuntut ilmu maka faqihkanlah. Dia sangat sayang pada-Mu maka sayangilah dia, Dia yakin pada-Mu maka Engkau Maha Tahu apa yang terbaik untuknya.


AMIN YA RABBAL 'ALAMIN..