insan biasa

may Allah bless u

Monday 25 June 2012

dengan izin ALLAH!

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)


dengan  izin  ALLAH
segalanya  boleh  berlaku
yang  sukar  menjadi  mudah
yang  mudah  kelihatan  sukar.

setiap  apa  yang  berlaku  adalah
atas  keizinan-Nya...

dengan  izin  ALLAH,
kita  dapat  bertemu.

dengan  izin  ALLAH,
mungkin  kita  tidak  akan  dapat  bertemu.

manusia  hanya  mampu  merancang
tetapi  yang  menggerakkannya
adalah  Allah  S.W.T

kenapa  perlu  marah
andai  yang  dirancang  tidak  menjadi?

kenapa  perlu  marah
andai  Allah  S.W.T
masih  menangguhkan  pertemuan
antara  kita?

sedarilah...
hidup  di  dunia  hanya  sementara
Allah  S.W.T  lebih  berkuasa
bergantunglah  pada-Nya
percayalah  pada-Nya
yakinlah,
setiap  apa  yang  dirancang  oleh-Nya
adalah  yang  terbaik  buat  kita...


"Tersenyumlah  tatkala  menerima  dugaan  dari  Allah.  Tetaplah  tersenyum  walau  dirimu  ditimpa  musibah  kerana  boleh  jadi  musibah  itulah  yang  akan  mendekatkan  dirimu  dengan  Yang  Maha  ESA.."




Sunday 17 June 2012

everything happen for a reason

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)

mencari kebahagiaan


"Ya  Allah..
jika  suatu  saat  aku  kehilangan  harapan
dan  tujuanku
berikanlah  kepadaku  keyakinan
bahawa  takdir-Mu  lebih  baik
dari  semua  yang  aku  inginkan
dan  aku  impikan."

KEHIDUPAN..
tidak  selalunya  indah  seperti  yang  dijangka
tidak  juga  penuh  derita,
hidup  ini  pelbagai  dugaan.

15 JUN 2012
-  Permulaan  bagi  sebuah  buku  baru  dalam  kehidupan  seseorang  -
(  juga  pelbagai  cabaran  bagi  individu  yang  lain  )

perpisahan  PP  yang  akan  pulang  ke  Sabah,

menduduki  peperiksaan  di  saat  hati  sedang  bergolak

juga

kesulitan  sepanjang  perjalanan  pulang  ke  Johor...

konflik  dalam  diri,

sendirian..

Hanya  Tuhan  yang  tahu.


............................................................................................................


- EVERYTHING  HAPPEN  FOR  A  REASON -

rupa-rupanya..
masih  ada  sinar  di  hujung  jalan
andai  diri  meletakkan  Allah  dalam  setiap  cabaran.


kebahagiaan

disebalik  apa  yang  berlaku...

perpisaan  adalah  demi  menguji  kekuatan,

peperiksaan  mengajar  diri  untuk  sentiasa  bersedia,

kesulitan  sepanjang  perjalanan  menjadikan  diri  insan  cekal,

konflik  dalam  diri  hanyalah  mainan  perasaan.

hakikatnya...

kutemui  kebahagiaan,

melihat  insan  lain  tersenyum  gembira,

ikatan  persahabatan  yang  kukuh  dalam  kalangan  pengantin  lelaki
dan  sahabat-sahabatnya,

pengorbanan  seorang  rakan,

dan  keluarga...


"ORANG  yang  paling  bahagia  dalam  hidupnya  adalah  orang  yang  tidak  selalu  memiliki  yang  terbaik  dalam  hidupnya,  tetapi  hanya  selalu  berusaha  untuk  bersyukur  dan  menjadikan  setiap  apa  pun  yang  hadir  dalam  hidupnya  menjadi  yang  terbaik."


Friday 1 June 2012

siapakah khalifah itu?

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)


Suatu  ketika,  Tuhan  yang  menciptakan  alam  ini  berkata  kepada  malaikat-Nya,  "Aku  ingin  menjadikan  khalifah  di  muka  bumi."

Para  malaikat  yang  mendengar  kalam  itu  kemudian  bertanya,  "Mengapakah  masih  perlu  mereka,  wahai  Tuhan  kami,  sedangkan  kita  tahu  bahawa  mereka  hanya  akan  memporak-perandakan  dan  menumpahkan  darah  di  muka  bumi?"

Maka  dijawab  dengan  tegas  oleh  Tuhan,  "Sesungguhnya,  aku  tahu  apa  yang  kamu  semua  tidak  tahu."

Setiap  kejadian,  setiap  ciptaan  pasti  punya  sebab  musababnya.  Siapakah  yang  mampu  menafikan  setiap  makhluk  yang  diciptakan  di  muka  bumi  ini  tiada  taklifan  daripada  Tuhan  ke  atas  diri  mereka?  Apakah  mereka  sangka  kejadian  mereka  hanyalah  satu  kebetulan?

Manusia  tidak  hanya  diciptakan  dengan  tujuan  yang  tidak  jelas,  bahkan  semuanya  sudah  diaturkan  oleh  Tuhan  yang  Maha  Esa.  Tinggal  lagi  mampu  ataupun  tidak  kita  melaksanakan  apa  yang  dituntutnya,  iaitu  menjadi  khalifah  dan  langsung  mendasarkan  amal  makruf  nahi  mungkar  sebagai  prinsip  jati  diri  khalifah  Allah.

Kita  punya  taklifan,  dalam  sedar  ataupun  tidak.  Paling  kurang  kepada  diri  sendiri.  Rasulullah  pernah  berpesan,  "Setiap  daipada  kamu  adalah  pemimpin  dan  setiap  pemimpin  akan  disoal  atas  apa  yang  dipimpinnya."

Jelas  bukan?  Kita  punya  misi  di  alam  fana  ini,  paling  kurang  meneladani  dakwah  Rasulullah.  Meneruskan  legasi  dakwah  yang  menjadi  tuntutan  dan  kewajipan.  Dan  bertuahlah  mereka  yang  berada  atas  jalan  ini  kerana  antara  satu-satu  sunnah  dan  tanggungjawab  Rasulullah  yang  dapat  kita  laksanakan  adalah  dakwah.


-sekadar  ingin  berkongsi-