insan biasa

may Allah bless u

Saturday, 16 August 2014

Triangle...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

Segi tiga
ada apa dengan segi tiga?
teringat dulu saat kami bertiga
tapi ia tiada kaitan dengan segi tiga
cuma sekadar ingin berkongsi kisah hidupku yang sering diduga...

Bukan aku cuba katakan bahawa aku mengalah
jauh sekali untuk menyerah
cuma hati ini yang tidak dapat mengelak dari rasa resah dan gelisah
sehingga pada akhirnya aku menjadi pasrah...

Sesungguhnya perjalanan hidupku ini merupakan sebuah didikan
semestinya dari Allah, Yang Maha Menciptakan
seringkali air mata menjadi peneman
namun aku tahu Dia tidak akan pernah meninggalkan
diriku, hanya aku bersendirian
melalui liku-liku kehidupan
yang sememangnya penuh dugaan dan cabaran
justeru pada Dia aku mengadukan
setiap kepayahan
setiap  kesedihan
setiap keresahan
setiap kegelisahan
setiap ketidakupayaan
setiap yang tidak menyenangkan
setiap perkara yang akan menjemput air mata untuk jatuh berlinangan
pada Dia aku mendambakan
agar diberi pinjaman
untuk sebuah kekuatan
sebuah keyakinan
sebuah kematangan
sebuah ketabahan...

Di dalam sebuah bilik perkuliahan
Pensyarah memberi arahan
sehelai kertas A4 diagihkan
meminta kami menciptakan
apa sahaja yang berada di fikiran
yang mampu untuk dihasilkan
tentu sahaja dari sehelai kertas yang diberikan
kertas di tangan aku lipatkan
sebuah segi tiga aku bentukkan
gambaran kepada sebuah kehidupan...

Segi tiga ku ada mereka
kerana mereka hidupku berwarna
punya rasa gembira
walau terkadang diuji duka
kehadiran mereka buat aku ceria
dan bahagia
 kerana mereka,
keluarga, sahabat, serta yang paling utama
Yang Maha Esa
sering berada di sampingku sentiasa
tempat aku mengadu domba
tanpa mereka aku bukan siapa-siapa...

Sebuah segi tiga penuh makna...


Saturday, 14 June 2014

Peterpan...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)


I'm leaving Peterpan
I'm not going to live forever in that Neverland
but, I'm still hoping to see him again
I know it won't happen
so I made up my mind
and wishing him to always be fine...

I bring along that memory
together with me
wherever I am, always be with me
so that I can smile happily
so that I can face the world strongly
seeing his smile brightly
in that memory
actually is enough for me...

It hurt enough for me to say goodbye
when he is always in my mind
so how could I be fine?
and now I am asking you to understand...

Inspiration...
I'm still looking for the deep definition
would you stay there quietly for me to take an action
and make you as my inspiration...

Just like you who work hard to achieve your dream
me too will also do the same...

To you, whom I thinking about lately
I am sorry
that I can just write these childish writing only
these would only be happen in my own fantasy
these, is only exist in my imaginary...

You are so far away
that I should keep remain silent
and watching you from far...


Teguran...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

"Dia toleh ke kiri, dia toleh ke kanan
~There is no one~
But then somehow she felt that...
dia sedang diperhatikan."

Entah mengapa, sudah dua tiga hari ini ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Sudah jauh fikirannya melayang entah ke mana. Perhatiannya beralih kepada sesuatu yang dia sendiri tidak tahu entah sejak bila ia hadir.

Kehadirannya mengundang senyuman
gelak ketawa memenuhi ruangan
tiada yang mampu dikatakan
hanya satu perkataan
keceriaan...

Segalanya begitu jelas
walau mereka memandang ia selayaknya sebagai sesuatu yang tidak berasas
dia yakin dan juga ikhlas
menyokong mereka sekadar di pentas...

Dia mahukan ini, dia mahukan itu
dia lihat ini, dia lihat itu
segalanya tertumpu pada yang satu itu
begitu banyak benda, dia tetap mahukan itu
justeru
ada yang bertanya, "Mengapa hanya melihat pada yang satu itu?"
jawapannya, kerana matanya melihat hanya pada itu...

Dia duduk di situ, termenung sendirian
banyak perkara bertandang di fikiran
inilah dia yang dinamakan lumrah kehidupan
pasti akan ada selitan dugaan
sedari dulu lagi dia sedar
terlalu sukar baginya mendapatkan
apa yang mereka panggil sebagai 'kemahuan'
walau sedalam mana sesuatu perkara atau benda itu dia mahukan
tetap terlalu sukar baginya untuk mendapatkan
lalu dia bertanya kepada dirinya satu soalan
"Mengapa begitu sukar untukku mendapatkan?"
walau sekuat mana dia usahakan
handphone di tangan bergetaran
notification dari What'sApp kumpulan
sebuah topik hangat dibincangkan
oleh sebuah usrah dalam kmpulan
barulah dia sedar, rupa-rupanya itulah TEGURAN...

"Jangan memandang rendah, hina, dan lekeh pada setiap bungkusan yang kita terima
kerana BARAKAH tak selalu datang dari bungkusan kain sutera
melainkan juga ada yang datang dari bungkusan kotak biasa.
Janganlah kita hampir setengah mati mengejar
apa yang tidak boleh kita bawa ke mati / ke sana nanti."

Ayat terakhirnya menginsafkan
pada diri yang sudah lama kealpaan
dan hidup dalam kelalaian..




~Ilham dari lagu Bila Tiba, Ungu Band..



Monday, 14 April 2014

Masa itu...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

~zaman sekolah~

Akhir-akhir ini ada sahaja cerita yang disampaikan oleh sahabat-sahabat menerusi WhatsApp dan WeChat. Notification tidak pernah letih menjalankan tugasannya. Ada sahaja cerita yang disampaikan oleh mereka. Marah, sedih, gembira semuanya menjadi topik perbualan.

Walau terkadang letih untuk membacanya namun begitu ada sesuatu yang tersembunyi disebaliknya. Yang mungkin hanya dapat dinilai dan dilihat melalui mata hati.

Pernah dulu semasa di kolej Madam G beri satu tugasan untuk subjek Art&Craft. Memandangkan subjek ini melibatkan seni dan kreativiti kami diberi tugasan untuk bertemu kanak-kanak (12 tahun ke bawah) dan meminta mereka untuk melukis. Setiap apa yang dilukis itu pasti mempunyai sebab tertentu, dan itulah tujuan asal tugasan ini diberikan - untuk mencari sebab (apa dan kenapa) mereka melukis gambar tersebut. 

Alhamdulillah. Berkat bantuan seorang sahabat tugasan berjaya diselesaikan. Tersentuh rasa hati melihat tulisan tangan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dalam meluahkan rasa hati.  





Memetik bingkisan warkah dari seorang sahabat dalam "Facebook"nya:

"Dua tiga hari ni macam rasa sesuatu yang lama dah dipendam dan ditunggu masa untuk meletus jer..
Takut kalau meletus, habis semuanya terkena percikan.

Kalau dulu,
masa exam, berjaga sampai larut malam sama-sama
untuk ulangkaji dan bergosip.
Waktu adik-adik junior share masalah
kita sama-sama cari solusinya.

Bila ada rasa curiga antara kita,
gaduh dan bermasam muka itu bukan didikan para pendidik di medan tarbiyah kita.
Kita sama-sama dididik dengan mencari solusi kehidupan.
Berkumpul dan meluahkan rasa curiga itu menerbitkan sebuah ukhuwah yang mantap.
Kemantapannya dirasai sampai saat ini,
hinggakan bila jauh seolah-olah seperti jasad di perantauan
tapi hati di tanah air..."
-Syamimi Arina Kamal

Monday, 10 March 2014

~H.B~ -_-

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

Seumur hidup, tiada yang dikatakan "MAJLIS HARI JADI". Bahkan untuk meraikannya pun jarang sama sekali.

Iri hati melihat sambutan hari jadi orang lain?

Jujur, tidak ada langsung perkataan itu dalam kamus hidupku.

Kenapa?

Kerana aku sendiri lebih selesa begitu. Mungkin kerana sudah terbiasa.

Bohonglah jika aku katakan tiada langsung perasaan iri bila melihat orang lain menyambut hari lahir mereka besar-besaran, diraikan ramai orang, akan tetapi perasaan itu segera terpadam bila hati mula berkata:

"Tiada yang lebih gembira melainkan kau sendiri tahu hari ini hari lahir kau."

Bahagia dan gembira tidak semestinya apabila bersama rakan-rakan dan orang-orang terdekat tetapi apabila individu itu sendiri yang meletakkan diri mereka dalam keadaan gembira. Tiada yang dapat menghalang bila dia sendiri membenarkan dirinya untuk bahagia.

Justeru, aku sendiri sudah cukup berpuas hati dan bersyukur dengan mengetahui bahawa hari ini merupakan hari lahirku.

.................................................................................................

Masih segar dalam ingatan, waktu itu Cikgu Rokiah memanggil namaku meminta agar aku mengagihkan makanan. Dalam hati aku bertanya, "Kenapa aku?"

Tapi terselit juga rasa bangga apabila cikgu memilih aku dan bukannya murid yang lain.  -_-

Sebenarnya, pagi itu sewaktu Ummi menghantar aku ke Tadika, aku perasan Ummi berbual bersama Cikgu Rokiah. Entah apa yang dibualkan aku sendiri tidak pasti. Dan kerana itulah Cikgu Rokiah meminta aku untuk mengagihkan makanan.

APOLLO. Itulah makanan yang aku agihkan kepada semua rakan sekelas (yang akhirnya aku sendiri tidak dapat.  -_-)

Malamnya pula, ketika makan malam, Arwah Atuk mengetuai bacaan doa selamat yang dituju untuk aku. (Aku tahu pun sebab Arwah sebut nama aku terlebih dahulu sebelum nama ahli keluarga yang lain). 

Aku nampak ada sebiji kek di tengah-tengah meja. Aku nak pasang lilin tapi ditegah keras oleh Ayah. Aku diam. Bagai mimpi, seakan masih terngiang bacaan doa Arwah Atuk, dan usapan lembut tangan Ummi dan Ayah mengusap rambutku. Waktu itu jumlah keluarga kami 5 orang termasuk Arwah Atuk.

Hari ini barulah aku sedar bahawa itulah sambutan untuk hari lahirku. Apalah yang diketahui oleh seorang kanak-kanak berumur 5/ 6 tahun ketika itu?

Masa terus berlalu. Aku berpindah sekolah. Waktu itu umurku 10 tahun. Sekolah baru, suasana baru, dan kawan-kawan baru. Semuanya baru.....

Masih jelas dalam memoriku, seorang rakan kelas bertanya:

"Berapa tarikh lahir awak?"

"Entah, tak tahu. Tak pernah tanya Ummi dan Ayah," jawabku.

Aku nampak riak wajahnya terkejut. Tapi aku buat tak endah.

Baru aku sedar, semua rakan mengetahui tarikh lahir mereka sedangkan aku tidak pernah nak ambil tahu perkara seperti itu.

Pulang dari sekolah, malamnya aku terus bertanya Ummi:
"Ummi, bila tarikh lahir Adik?"

"Entahlah, Dik. Ummi tak ingat. Ummi lupa. Jom tanya Ayah," jawab Ummi.
(Jujur, sedikit pun aku tak terkesan bila Ummi cakap dia lupa. Sebab dia bekerja. Mesti penat dan aku sendiri pun dah agak, aku pun tak pernah nak ambil tahu pasal tarikh lahir ni. )

"10hb 3," jawab Ayah.

"Oh, ok.. terima kasih,"

Dari situ bermulalah segalanya. Aku mula mengenal kalendar yang selama ini aku tak pernah nak sentuh, bahkan nak melihat pun tidak pernah sama sekali. Di sekolah, aku setia menanti dan menjadi penonton setia cikgu mencatat hari dan tarikh di papan hijau. Aku mula tertunggu-tunggu tarikh keramat itu...