DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan izin dari-Nya)
niat di hati ingin mejimatkan wang belanja, rupa-rupanya tidak kesampaian. Aku redha. Semoga ujian ini akan menjadikan diriku insan yang bersabar...
AMEEN....
puas sudah aku menunggu
masa kian pantas berlalu
hatiku terus resah menunggu
di mana rakanmu
yang berjanji untuk menjemput?
entah mengapa...
hatiku sangsi
benarkah dia akan datang
atau sebenarnya
dirimu telah ditipu duhai sahabat?
malah,
diriku turut menjadi mangsanya
adakah wajar???
kejam sungguh dirimu wahai manusia!
sungguh...
diriku rasa teraniaya
marah, geram, sedih
dan takut
semuanya menjadi satu
akhirnya
aku tekad
tidak mahu berterusan menunggu
aku perlu bertindak segera
sementara malam masih muda
langkah mula diatur
pada Ilahi ku pohon
semoga tindakan ku ini betul
dan berharap sentiasa dilindung
oleh-NYA
aku pulang jua
bukan dengan sesiapa
cuma diriku sahaja
berbekalkan kekuatan dan keazaman
tidak lupa juga doa dari rakan-rakan
aku pulang menaiki bas
sendirian
lewat malam
benarlah..
kita hanya mampu merancang
tetapi DIA YANG MENENTUKAN
aku redha..
Terlalu sukar mata ini untuk ditutup. Walau letih setelah seharian menunggu, namun masih payah mata ini untuk berehat. Satu demi satu kejadian siang tadi berlegar di fikiran. Seperti wayang yang menceritakan segala perihal yang berlaku.
petang tadi, sewaktu seorang rakan sebilik ingin bertolak pulang menaiki bas, hati ini terasa ingin sahaja berlari mendapatkannya dan mengikut sahaja dia pulang. tetapi, niat hanya tinggal niat, segera dibatalkan niat tersebut kerana telah awal berjanji dengan seorang lagi teman.
ARGH!!!
Tiada guna mengenangkan sesuatu yang telah pun berlaku. Allah telah mengizinkan segalanya berlaku dan aku telah pun redha. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah, kerana DIA adalah sebaik-baik perancang.
Aku teringat sebuah sabda Rasulullah s.a.w yang memberi aku kekuatan untuk terus cekal.
"Keadaan orang mukmin itu sangat menakjubkan kerana segala urusan yang menimpa dianggap baik. Tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman. Iaitu apabila mendapat kesenangan dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya. Dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar, kerana itu lebih baik untuknya.
(RIWAYAT MUSLIM daripada Abu Yahya Syuhaib bin Sinan r.a)
Pada akhi dan Daniel yang nampak aku pulang menaiki bas tidak mampu aku selindung perkara sebenar. Pada mereka aku amanahkan agar tidak menceritakan kepada umi dan abi. Biarlah hanya diketahui oleh kami bertiga. Penat bibir ini untuk menjawab soalan yang bakal ditanya oleh umi dan abi. Umpama artis popular yamg diuja dengan pelbagai soalan. Aku tidak kuat untuk menjawab. Biarlah aku simpan. Mulut ini terlalu berat untuk menceritakan hal sebenar kepada mereka. Bimbang mereka salah faham. Biarlah semuanya berakhir malam ini. Tamat.
Akhi, ana minta maaf. Lantaran menunggu ana di terminal akhi terpaksa berjaga sepanjang malam, walhal akhi perlu bekerja esok hari seawal jam 8 pagi. Ana bersalah. Ana minta maaf...
ketahuilah...
aku tidak pula akan memarahimu teman
apatah lagi menyalahimu
atas perkara yang berlaku
kerana
engkau jua menjadi mangsa keadaan
sepertiku
oleh itu,
tiada guna engkau menangis
atas kejadian yang telah pun berlaku
kerana air matamu
tidak mampu mengubah
apa yang telah berlaku...