insan biasa

may Allah bless u

Showing posts with label Thing that I would like to share. Show all posts
Showing posts with label Thing that I would like to share. Show all posts

Tuesday, 24 December 2013

6 o'clock...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

6pm - Tempat praktikal

"Azie, cepatlah buang sampah tu. Aku nak mandi ni,"Aku menggesa Azie.

"Sekejapla, lagipun aku nak cuci bilik air sekali," Azie memberitahu.

"Tak pe. Hari ni biar aku ambil alih tugas kau cuci bilik air. Kau cuma perlu buang sampah sahaja,"

Hatiku riang dapat pulang ke kampung hari ini. Teruja rasa hati ingin bertemu Mak dan Ayah di Johor. Tidak sabar rasanya ingin segera malangkah keluar dari sangkar yang tidak berpintu ini dan menghirup udara segar di luar.

Di Terminal Bas - 8pm
Handphone dalam poket seluar berdering. Ummi telefon. Segera aku jawab. Sayu suara Ummi membawa satu khabar duka dari sana. Hilang rasa teruja. Hilang juga rasa gembira.

"Ummi, Faris dah tiada?"

"Betul ke Ummi, Faris dah tiada?"

"Ummi, Faris dah meninggal??"

3 kali ku ulangi soalan yang sama. Cuma satu yang ku cari. Kepastian dalam berita yang baru singgah di cuping telingaku.

Senyap. Kaku. Terkejut.

Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaanku. 

Sekali lagi handphone ku berdering. Kali ini panggilan daripada Ayah. Ku ulang lagi soalan yang sama demi menagih sebuah kepastian.

"Ayah, benarkah Faris  sudah tiada?"

"Ayah, benarkah Faris sudah tiada?"

"Ayah, benarkah Faris sudah tiada?"

Jawapan yang aku terima masih sama. Maka benarlah apa yang didengar oleh telinga. Sebuah hakikat yang tidak akan pernah berubah.

"Ya, benar Faris sudah tiada," jawab Ayah.
"Sedekahkanlah al-Fatihah buat dirinya di sana. Berhati-hatilah semasa perjalanan pulang nanti,"

Aku kuatkan hati untuk bertanya soalan selanjutnya.

"Pukul berapa dia meninggal?"

"Ayah dapat tahu khabar duka ni jam 6 petang tadi,"

ALLAHU AKHBAR............

6pm...


Jam 6 petang
aku di sini riang gembira
menunggu detik dan mengira masa
menanti saat bersua muka
bersama-sama keluarga tercinta

Jam 6 petang 
-di sana-
semuanya sedang berdukacita
satu panggilan mengubah segalanya
benarlah musibah tidak mengira mangsa dan masa
kembalilah dia pada Yang Esa...

Al-Fatihah buat Ahmad Faris bin Johari (1991-20/12/2013)



Monday, 24 June 2013

Hawa..

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)

~Dedicated to my sister Fitriya and my bestfriend Dila~
(a present for both of you)


Asma'  binti  Kharijah  al-Fazari  berkata  kepada  anak  perempuannya  ketika  berkahwin:

"Kamu  telah  keluar  dari  sangkar  di  mana  kamu  tinggal.  Kini,  kamu  hendak  pergi  kepada  selimut  di  mana  engkau  tidak  mengenalinya  serta  teman  di  mana  kamu  belum  biasa.  Maka  hendaklah  kamu  menjadi  tanahnya,  tentu  dia  akan  menjadi  langitmu.  Hendaklah  kamu  menjadi  atapnya,  dia  akan  menjadi  tiangmu.  Hendaklah  kamu  menjadi  umatnya,  maka  dia  akan  menjadi  'abdmu.  Jangan  kamu  merenungnya  sehingga  dia  melepaskanmu,  dan  jangan  pula  kamu  menjauhinya  sehingga  dia  melupakannya.  Jika  dia  mendekatimu,  dekatlah  kepadanya.  Jika  dia  menjauhimu  maka  jauhilah  dia.  Jagalah,  hidungnya,  telinganya,  dan  kedua  matanya.  Jangan  sampai  dia  mencium  darimu  melainkan  yang  baik.  Jangan  sampai  dia  mendengar  melainkan  yang  elok.  Dan  jangan  sampai  dia  melihat  melainkan  yang  indah."

-Terjemahan  kitab  MUKASHAFAH  AL-QULUB,  Penenang  Jiwa  Pengubatan  dan  Rawatan  Imam  al-Ghazali.

Surat dari sang Adam buat Hawa:

"Ubun-ubunku ada di tangan-mu, keputusan-Mu adil untukku. Ya Rabb, aku memohon pada-Mu.. jagai, sayangi, cintai, dan redhailah wanita yang kukirimkan surat ini kerana aku begitu mencintainya kerana-Mu."

Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum buat bidadariku Amni Sorfina. Seindah namanya itu bagitu jugalah indah peribadinya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya kerana itulah pintu hatinya tempat cinta itu beetakhta.
Amni tahu kenapa Irfan jatuh cinta pada Amni? Irfan sangat jatuh cinta pada Amni Sorfina kerana dia seorang wanita yang begitu tinggi peribadinya. Bukan setakat kecantikannya yang menyejukkan hati tetapi lebih daripada itu kerana sesuatu yang paling istimewa dalam dirinya. Dia seorang wanita yang penuh dengan kelembutan dan kasih sayang namun dia tegas. Dia seorang wanita yang begitu lembut hatinya dan mudah tersentuh, namun dia seorang tabah! Dia punya cinta yang paling mahal untuk sang Adamnya namun dilindunginya disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Dia seorang wanita yang bijak menyusun kata-kata, menyejukkan ruang hati ini. Dia mengajarku erti sabar, erti redha, erti tawakal juga erti cinta kepada Allah. Dia menunjukkan aku cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dia membawa aku dekat dengan Tuhanku. Sungguh, dia adalah bidadari yang dikirim Allah untukku. Aku berbahagia sehingga ke akhir hayatkudengan anugerah daripada-Nya itu. Sehingga hujung nyawaku, aku mampu tersenyum dengan cintanya juga cinta Tuhan yang diajarkannya padaku. Aku telah mendapat segala-galanya dalam hidupku ini, lalu tiada lagi pintaku untuk diri sendiri melainkan aku begitu banyak meminta untuknya, juga untuk keluargaku...

Dipetik dari novel Stanza Cinta, karya Nurull Halawati.

Tue - 8/1/13
  

Ya Tuhanku...
aku tidak meminta seseorang yang sempurna
namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna
sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu
seorang ikhwah yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya
seorang ikhwah yang memerlukan doaku untuk kehidupannya
seseorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat
hidupnya menjadi sempurna...

(STANZA CINTA)

"Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti akan mati
Cintailah siapa sahaja yang kamu sayangi sesungguhnya kamu 
pasti akan berpisah dengannya.
Lakukan apa sahaja yang kamu kehendaki
sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya.
Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan."
(Ibn. Abbas)

Thursday, 10 January 2013

I've made mistake

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

-Hari ini dan semalam-

"Kesalahan hari ini merupakan pengajaran di masa hadapan. Mungkin ia sangat pahit untuk kita pada hari ini tetapi di masa hadapan nanti membuatkan kita tersenyum. Kerana apa? Kerana manusia itu sendiri belajar melalui kesilapan. Pengalaman mematangkan manusia, hakikatnya kesilapan waktu silam mengajar kita menjadi insan cekal."

Petikan dari buku, SENYUMLAH, karya SYED ALWI AL ATAS:

Ada sebuah sedutan filem kartun yang sangat menarik. Pendek, tetapi lucu dan menjadikan kita berfikir. Dalam sedutan itu digambarkan karektor kartunnya sedang menaiki sebuah kapal di laut lepas. Lalu terjadi badai besar yang menyebabkan kapalnya terdampar dan hancur kucar-kacir di sebuah pulau kecil. Ketika sudah berada di Pantai Pulau kecil itu, si karektor kartun ini menatap langit dan berkata dengan nada protes, "Mengapa saya?"

Tidak lama kemudian, ketika dia masih berdiri di tempat yang sama, turun satu jawapan. Sebuah belon turun dari langit. Belon itu bertuliskan, "Mengapa tidak?"

****************************************************

Ini hanya cerita kartun sahaja, tetapi setidak-tidaknya bahagian awal cerita itu seringkali mewakili hidup kita. Ketika kita menghadapi satu-satu musibah yang berat, kita mengeluh dan memprotes:

"Mengapa saya?"

"Mengapa harus saya yang menimpa musibah seperti ini?"

"Mengapa saya harus menerima beban berat ini?"

Kita mengeluh dan berasa tidak boleh menerima musibah yang menimpa kita itu. Disebabkan kita boleh menerimanya kita jadi semakin tertekan dan kehilangan optimisme. Kita mempersoalkan, "Mengapa saya?" Padahal pertanyaan itu tidak memberi manfaat apa pun.

Kita tidak perlu datangnya sebuah jawapan, tidak juga turunnya sebuah belon bertuliskan, "Mengapa tidak?" kerana jawapan seperti itu memang tidak akan pernah muncul. Cukup dengan kita terima sahaja bahawa itu sudah terjadi kepada kita. Ia memang berat, tetapi itu sudah terjadi dan kita tidak boleh berbuat apa-apa atasnya. Daripada mempersoalkan yang tidak perlu, lebih baik kita menatap masa depan dan mengambil tindakan yang realistik. Lupakan yang sudahberlalu dan bertindaklah secara positif untuk hari ini dan esok.

Jadi, apa gunanya bertanya, "Mengapa tidak?" Lebih baik bertanya, "Lalu, apa yang boleh saya lakukan sekarang?" Lakukanlah apa yang kita boleh dan bangkitlah kembali tanpa mengeluh. Hanya dengan cara itu, kita boleh memperbaiki keadaan dan bangkit kembali menuju kejayaan.

Barangkali suatu saat nanti kita akan mengangguk dan tersenyum saat mengingat musibah yang pernah menimpa kita, "Ya, mengapa tidak?"

******************************************************************

-Hargai mereka yang hadir dalam hidup kerana kehilangan mereka pasti meninggalkan kesan yang mendalam-

Thursday, 25 October 2012

what should I do?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

She asked, "How am I going to face this type of person?"

-Marah itu api. Bersabar itu lebih baik. Insya-Allah!

Bila kita melihat sahabat, adik-beradik, mahupun isteri yang berdosa, maka pandanglah mereka dengan kasih sayang.

Dakwah itu sendiri bermula dengan kasih sayang. kita tidak bersetuju dengan mereka, tetapi janganlah pula sampai kita yang menutup pintu taubat untuk mereka..

Kerana....

Bisa sahaja Allah memberi hidayah pada mereka, dan mungkin sahaja mereka mempunyai amalan tersendiri, yang dinilai Allah sebagai kebaikan. Dan mungkin sahaja amalan itu bisa menghapuskan dosa mereka.

Setiap manusia punya bahagian masing-masing...

"Sebarkanlah kasih sayang dalam berdakwah. 
Bukan bermaksud tidak boleh marah, 
tetapi 
marah itu juga haruslah berdasarkan kasih sayang kita."


-copy from the internet.

Sunday, 12 August 2012

merancang

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)  

merancamg  untuk  Ramadhan...

Kadang  kala  kita  perlu  merancang  dalam  kehidupan  seharian.  Sebagai  contoh,  jika  kita  merancang  untuk  menangis  dalam  solat,  ketika  mengaji,  maka  kita  akan  dapat  lakukannya.  Jika  kita  merancang  untuk  memenuhkan  malam-malam  terakhir  Ramadhan  ini  dengan  bertahajud, dan  bersungguh  dalam  beribadah,  maka  akan  lebih  mudah  urusan  kita  untuk  melakukannya.  Kesimpulannya,  jika  kita  benar-benar  mahukannya  maka  kita  akan  dapat. 

Begitu  juga  jika  kita  merancang  untuk  bertaqwa.  Insyaallah,  ia  akan  berlaku.  Akan  tetapi,  jika  kita  tidak  merancang  untuk  melakukannya,  maka  tidak  akan  berlakulah  natijahnya.  

Bagaimana  pula  jika  kita  tidak  mampu?

Sekiranya  kita  tidak  mampu,  maka  carilah  geng  yang  mana  apabila  kita  pandang  wajahnya  akan  timbul  rasa  takut  pada  Allah.  Pasti  ada  dalam  kalangan  sahabat-sahabat  kita  seperti  itu.

Bagaimana  jika  tiada?
Jika  tiada  sahabat  seperti  itu,  maka  kita  sendirilah  yang  perlu  menjadi  seperti  itu....

-Imam  Muda  Asyraf

Wednesday, 1 August 2012

bersabarlah...

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)

Setiap  kemenangan  itu  disertai  dengan  kesabaran.  Kita  tidak  boleh  mengeluh  dengan  ujian  Allah  kerana  hal  ini  umpama  kita  tidak  redha  dengan  kesusahan  yang  Allah  beri.  Jika  kita  mengaku  beriman  kepada  Allah,  kita  mengaku  bahawa  kita  cinta  kepada  Allah,  mana  buktinya?  Ibaratnya,  jika  tiba-tiba  kamu  ditampar  oleh  seseorang  dalam  keadaan  yang  gelap  gelita.  Ketika  itu  kamu  terasa  sakit  dan  marah  sekali,  rasa  mahu  sahaja  ditampar  kembali  orang  itu.  Kemudian,  apabila  lampu  dibuka,  rupa-rupanya  yang  tampar  kita  itu  ialah  kekasih  kita.  Marah  atau  tidak?

(TIDAK..........)


Ha,  begitulah  apabila  kita  tahu  rupa-rupanya  kekasih  kita  yang  tampar, terus  tidak  jadi  marah.  Walaupun  terasa  sakitnya,  kalau  boleh  ingin  suruh  ditampar  lagi  sekali.  Betul?

Begitulah  ibaratnya  cinta  kita  kepada  Allah.  Jika  kita  benar  kasihkan  Dia,  cintakan  Dia,  kenapa  harus  marah  apabila  Dia  beri  kita  ujian?  Kenapa  harus  bersedih  apabila  Dia  datangkan  musibah  yang  membuatkan  hati  kita  terasa  sakit?  Bukankah  kita  perlu  bersyukur?  Itu  tandanya  Allah  masih  sayangkan  kita.  Dia  beri  kita  ujian  kerana  Dia  mahu  kita  lebih  dekat  dengan-Nya.  Kerana  lumrah  manusia  ingin  hanya  mencari  Allah  apabila  susah,  tetapi  apabila  senang,  terus  lupakan  Allah.


~STANZA  CINTA~

 

Friday, 1 June 2012

siapakah khalifah itu?

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)


Suatu  ketika,  Tuhan  yang  menciptakan  alam  ini  berkata  kepada  malaikat-Nya,  "Aku  ingin  menjadikan  khalifah  di  muka  bumi."

Para  malaikat  yang  mendengar  kalam  itu  kemudian  bertanya,  "Mengapakah  masih  perlu  mereka,  wahai  Tuhan  kami,  sedangkan  kita  tahu  bahawa  mereka  hanya  akan  memporak-perandakan  dan  menumpahkan  darah  di  muka  bumi?"

Maka  dijawab  dengan  tegas  oleh  Tuhan,  "Sesungguhnya,  aku  tahu  apa  yang  kamu  semua  tidak  tahu."

Setiap  kejadian,  setiap  ciptaan  pasti  punya  sebab  musababnya.  Siapakah  yang  mampu  menafikan  setiap  makhluk  yang  diciptakan  di  muka  bumi  ini  tiada  taklifan  daripada  Tuhan  ke  atas  diri  mereka?  Apakah  mereka  sangka  kejadian  mereka  hanyalah  satu  kebetulan?

Manusia  tidak  hanya  diciptakan  dengan  tujuan  yang  tidak  jelas,  bahkan  semuanya  sudah  diaturkan  oleh  Tuhan  yang  Maha  Esa.  Tinggal  lagi  mampu  ataupun  tidak  kita  melaksanakan  apa  yang  dituntutnya,  iaitu  menjadi  khalifah  dan  langsung  mendasarkan  amal  makruf  nahi  mungkar  sebagai  prinsip  jati  diri  khalifah  Allah.

Kita  punya  taklifan,  dalam  sedar  ataupun  tidak.  Paling  kurang  kepada  diri  sendiri.  Rasulullah  pernah  berpesan,  "Setiap  daipada  kamu  adalah  pemimpin  dan  setiap  pemimpin  akan  disoal  atas  apa  yang  dipimpinnya."

Jelas  bukan?  Kita  punya  misi  di  alam  fana  ini,  paling  kurang  meneladani  dakwah  Rasulullah.  Meneruskan  legasi  dakwah  yang  menjadi  tuntutan  dan  kewajipan.  Dan  bertuahlah  mereka  yang  berada  atas  jalan  ini  kerana  antara  satu-satu  sunnah  dan  tanggungjawab  Rasulullah  yang  dapat  kita  laksanakan  adalah  dakwah.


-sekadar  ingin  berkongsi-

   

Thursday, 17 May 2012

Trying to be better...

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)

let's read!
Antara  karekter  yang  menjadikan  seseorang  hamba  itu  dicintai  Allah  adalah :

melazimi  taubat

sentiasa  menyucikan  diri

sentiasa  berbuat  kebaikan

sentiasa  berusaha  mematuhi  syariat

penyabar

bertaqwa

bertawakal

berlaku  adil

berjihad  di  jalan  Allah

orang  yang  memberi  manfaat

orang  yang  berbakti  kepada  kedua  ibu  bapanya

orang  yang  mencintai  para  sahabat  rasul

orang  yang  pemurah

orang  yang  menjaga  perhubungan



(siapalah  saya  untuk  mempertikaikan  keikhlasan  individu  dalam  menjaga  hubungan  dengan  ALLAH,  bilamana  yang  mengetahui  itu  hanyalah  diri  sang  hamba  dengan  penciptanya.)

- berubah  ke  arah  kebaikan  -

NOTE:

-  am  I  done  all  that?

-  just  sharing...



  

Wednesday, 7 March 2012

Burglar vs Victim = BESTFRIENDS!!!

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)

PETER  WOOLF,  a  life  long  criminal,  broke  into  Will  Riley's  home  one  March  evening.  Will  found  Peter  standing  in  his  hall,  his  pockets  stuffed  with  money  and  jewellery.

Peter  was  jailed  for  three  years  for  the  burglary.  So,  it's  hard  to  think  of  them  becoming  friends...

Here,  Will  and  Peter  describe  their  first  encounter,  and  why  meeting  each  other  again  was  the best  thing  for  both  of  them...

.................................................................................................

WILL  RILEY,  the  Victim:

I  was  getting  ready  to  go  to  the  gym  when  I  walked  into  my  hall  and  stopped  dead.  There,  standing  on  the  stairs,  was  a  man  about  the  same  age  as  me,  dressed  in  a  scruffy  leather  jacket.

"What  are  you  doing  here?"  I  asked  in  shock.  He  said  he  was  a  neighbour  who'd  got  lost.  But  it  was  obvious  who  he  was.

I  was  suddenly  scared.  I  thought,  "If  he  got  a  knife,  he  could  kill  me."  We  kind  of  fought  with  each  other.  A  passer-by  saw  us  and  phoned  the  police.  Somehow,  I  managed  to  hold  him  until  the  police  arrived.  It  was  only  after  they  arrested  him  and  took  him  away  that  a  policeman  asked  if  I  was  OK.  I  put  my  hand  to  my  head  and  felt  blood.  I  hadn't  realized  what  he'd  done  to  me.  It's  incredible,  but  I  just  didn't  register  that  he'd  hit  me  really  hard.  He'd  smashed  a  flower  pot  on  my  head,  and  all  the  bits  were  on  the  ground.  I  went  to  hospital  and  needed  snitches.

After  the  burglary,  my  whole  life  changed.  I've  always  lives  in  big  cities,  and  I've  never  been  afraid  of  urban  crime,  but  suddenly  I  became  too  frightened  to  open  my  front  door.  All  I  could  think  was  "What  if  my  daughter  had  been  at  home?  Would  he  have  attacked  he?"

I  was  asked  to  meet  the  burglar  in  prison.  I  wasn't  sure  what  the  purpose  was,  but  I  went  anyway.  I  was  curious.

We  sat  in  the  prison  library,  and  he  explained  how  he'd  come  from  a  dysfunctional  family,   was  a  heroin  addict  and  spent  his  life  in  and  out  of  jail.  He  spoke  without  any  emotion.  But  it  was  when  he  suddenly  said,  "Last  time  we  met..."  that  exploded.

We  didn't  meet  in  a  bar,  you  little....!  You  broke  into  my  house!"  I  was  so  angry.  I  screamed  at  him,  "Why  me?"  Why  did  you  do  this  to  me?  Why  did  you  ruin  my  life?"

I  could  see  from  his  face  that  I  had  got  through  to  him.  He  looked  stunned.  It  was  then  I  realized  he  was  just  an  ordinary  guy.  And  I  wanted  to  help  him...

When  I  got  home,  I  felt  relieved.  All  my  fears  disappeared.  Because  I  could  see  Peter  was  just  a  normal  human  being,  he  became  less  frightening.

When  he  was  finally  released,  we  stayed  in  touch.  I've  met  him  dozens  of  time  since  and  the  change  in  him  is  amazing.  It's  hard  to  believe  he's  the  same  person  who  broke  into  my  home.  He's  totally  different.

I'm  delighted  that  I've  done  something  to help  Peter  get  his  life  back.


PETER  WOOLF,  50  -  the  Robber

It  was  easy  to  break  into  Will's  house.  Just  one  push  and  the  lock  broke.  I  quickly  took  some  gold  jewellery  and  some  money  from  upstairs.  I  was  feeling  lucky.

But  when  I  was  coming  downstrairs  and  I  bumped  into  Will  in  the  hall,  I  suddenly  felt  frightened.  I  thought,  he's  a  big  guy.  If  he  wanted  to,  he  could  hurt  me."

I  tried  to  escape.  I  didn't  want  to  hit  him,  but  I  did.  I'm  not  a  violent  guy,  but  I  just  did  what  I  had  to  do.  There  was  a  flower  pot,  and  I  smashed  it  on  his  head.

After  I  was  arrested,  all  I  felt  was  a  big  sense  of  relief.  I  was  going  back  to  a  place  I  knew  well.  I'd  been  in  and  out  of  prison  for  18  years,  for  theft,  burglary,  and  fraud.

I  started  using  drugs  when  I  was  10  and  became  an  addict  at  14.  I'd  hit  rock  bottom.  I  stole  because  it  was  the  only  thing  I  knew  how  to  do.  I  knew  it  would  only  lead  me  back  to  prison.

I  was  given  a  three-year  sentence.  It  was  while  I  was  in  jail  someone  mentioned  Restorative  Justice.  I  couldn't   see  the  point,  but  I  agreed  to  do  it  because  I  was  bored.

It  wasn't  until  I  started  walking  down  the  corridor  towards  the  library  that  I  got  scared.

When  I  got  there  I  sat  down  and  just  looked  at  the  floor.  I  said  the  same  rubbish  I  always  used  to  say  to  the  police.  But  Will  was  furious,  and  I  was  shocked.  I  thought,  "My  God,  I  did  all  this."

I  suddenly  realized  that  I  was  responsible  for  this  man's  pain.  He  wasn't  just  a  faceless  nobody  that  I'd  stolen  from.  I  felt  angry  with  myself,  and  ashamed.  I  was  determined  to  make  things  better.

I  did  a  course  of  rehab  to  get  off  drugs.  I  also  started  a  course  to  be  a  counsellor.

It  was  at  the  counselling  class  that  I  met  Louise.  I  was  over  the  moon.  And  my  life  changed  completely...

I  was  released  early  18  months,  and  Louise  and  I  got   married.  Life  hasn't  been  easy,  but  I've  worked  hard  to  get  things  together.

I'm  now  helping  others.  I'm  clean  of  drugs  and  haven't  committed  another  crime.  I  feel  proud  of  myself.  These  days,  I  consider  myself  lucky  that  I  broke  into  Will's  house  that  day.  If  I  hadn't  -  and  if  we  hadn't  become  friends  -  I  don't  know  what   I  would  have  done.  I  guess  I'd  be  dead  by  now.                                  


-dipetik dari buku INTERMEDIATE ENGLISH 1-


Monday, 6 February 2012

Ask yourself: am I a good friend?

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI   MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)

sahabat  selamanya


Kehadapan  sahabatku  yang  ku  kasihi  dan  kusayangi  kerana  Allah...

Semoga  dirimu  sentiasa  dibawah  lindungan  rahmat-Nya  serta  dikurniakan  tubuh  badan  yang  sihat  bagi  menunaikan  tanggungjawab  sebagai  seorang  muslim.  Ketika  nukilan  ini  kutulis  mungkin  engkau  sedang  ditemani  oleh  sahabatmu  yang  mampu  menceriakan  dirimu  lebih  daripada  diriku.  Walau  bersama  siapa  pun  dirimu  ketika  ini,  walau  siapa  jua  di  sisimu,  diriku  tetap  mendoakan  kesejahteraan  dan  kebahagiaan  dirimu...

Sahabatku,
Sepanjang  cuti  yang  lalu,  banyak  yang  telah  ku  fikirkan.  Tentang  kata-katamu  mengenai  diriku.  Tentang  teguran  dari  dirimu  yang  membuat  diriku  tersedar  dari  lamunanku.  Terima  kasih  wahai  sahabatku.  Dengan  kata-kata  dan  teguran  dari  dirimu,  aku  muhasabah  kembali  tentang  apa  yang  telah  aku  lakukan  sepanjang  kita  bersahabat.  Adakalanya  perlakuan  dan  tutur  kataku  melukai  hatimu.  Tetapi  engkau  masih  tersenyum  ketika  berbicara  denganku.  Ku  akui  kelemahan  diri  yang  sukar  sekali  mengawal  bicaraku.  Telah  banayak  kali  ku  ingatkan  diri  ini  agar  mengawal  setiap  tutur  bicaraku  namunn  diriku  kecundang  jua.  


Imam  Al-Ghazali  menyatakan  ada  12  ciri  sahabat  sejati:-

1-  Jika  engkau  berbuat  baik  kepadanya,  maka  ia  juga  akan  melindungimu.

2-  Jika  engkau  merapatkan  ikatan  persaudaraan  dengannya,  maka  ia  akan  membalas  balik  persahabatanmu  itu.

3-  Jika  engkau  memerlukan  pertolongan  darinya,  maka  ia  akan  berupaya  membantu,  sesuai  dengan  kemampuannya.

4-  Jika  engkau  menawarkan  berbuat  baik  kepadanya,  maka  ia  akan  menyambut  dengan  baik.

5-  Jika  ia   memperoleh  suatu  kebaikan  atau  bantuan  darimu,  maka  ia  akan  menghargai  kebaikan   itu.

6-  Jika  ia  melihat  sesuatu  yang  tidak  baik  dari  dirimu,  maka  ia   akan  berupaya  menutupinya.

7-   Jika   engkau  meminta  sesuatu  bantuan  darinya,  maka  ia  akan  mengusahakannya  bersungguh-sungguh.

8-  Jika  engkau  berdiam  diri  (sebab  malu  untuk  meminta)  maka  ia  akan  bertanya  kesulitan  yang engkau  hadapi.

9-  Jika  bencana   datang  menimpamu,  maka  ia  akan  berbuat  sesuatu  untuk  meringankan  kesusahanmu  itu.

10-  Jika  engkau  berkata  benar   kepadanya,  nescaya  ia  akan  membenarkanmu.

11-  Jika  engkau  merencanakan  sesuatu  kebaikan,  maka  dengan  senang  hati  ia  akan  membantu  rencana  itu.

12-  Jika  engkau  berdua   sedang  berbeza  pendapat  atau   berselisih   faham,  nescaya  dia   akan  lebih  senang  mengalah  demi  menjaga  persahabatan.


(di  manakah  diri   saya?)


TQ kerana buat saya rasa dihargai  :)

Ya  Allah...
Panjangkanlah  umur  sahabatku.  Kurniakanlah  kesihatan  yang  baik  kepadanya,  terangi  hatinya  dengan  nur  pancaran  iman.  Tetapkanlah  hatinya,  perluaskanlah  rezekinya,  dekatkanlah  hatinya  dengan  kebaikan,  jauhkanlah  hatinya  dengan  kejahatan,  tunaikanlah  hajatnya  baik  dalam  agama,  dunia,  dan  akhirat...

Ya  Muhaimin...
Jika  dia  jatuh  hati  izinkanlah  dia  menyentuh  hati  seseorang  yang  hatinya  tertaut  pada-Mu  agar  tidak  terjatuh  dia  dalam  jurang  cinta  nafsu.  
Jagalah  hatinya  agar  tidak  berpaling  daripada  melabuhkan  hatinya  pada  hati-Mu.
Jika  dia  rindu,  rindukanlah  dia  pada seseorang  yang  merindui  syahid  di  jalan-Mu.

Ya  Allah...
Jangan  biarkan  sahabatku  tertatih  dan  terjatuh  dalam  perjalanan  panjang  menyeru  manusia  ke  jalan-Mu.  Jika  Engkau  halalkan  aku  merindui  sahabatku  janganlah  sampai  aku  melampaui  batas  sehingga  melupakan  aku  pada  cinta  hakiki,  rindu  abadi,  dan  kasih  sejati  hanya  untuk-Mu.

Ya  Allah...
Kurniakanlah  sahabatku  kesenangan,  ketenangan,  kecermelangan,  dan  hidayah  dari-Mu  dalam  menempuh  cabaran  serta  liku-liku  hidup  di  dunia  dan  di  akhirat  kelak.  Insyaallah...

Yakinlah  segala  nikmat  yang  diperoleh  itu  datangnya  dari  Allah  s.w.t.
Walau  sedikit  mahupun  banyak  kita  hendaklah  sedar  semuanya  dari  Allah  s.w.t.


"YA  ALLAH,  jadikan  seluruh  perbuatan  kami  amal  soleh  dan  jadikanlah  perbuatan  itu  semata-mata  untuk  mencapai  redha-Mu  dan  bukan  mencari  redha  orang  lain."
-Umar  Al-Khattab-


apabila  kita  ingin  bersahabat
janganlah  kerana  kelebihannya
kerana  mungkin  dengan  satu  kelemahan
kita  akan  menjauhi  darinya.

apabila  kita  ingin  berteman
janganlah  kerana  kebaikannya
kerana  mungkin  dengan  satu  keburukan
kita  akan  membencinya.

apabila  kita  inginkan  seorang  teman
janganlah  kerana  sifat  cerianya
kerana  andai   dia  tidak  pandai  menceriakan
kita  mungkin  akan  menyalahkannya.

andai   kita  inginkan  sahabat  yang  satu
janganlah  kerana  ilmunya
kerana  apabila   dia  buntu
kita  mungkin  akan  menfitnahnya

andai   kita   ingin  bersahabat
terimalah  dia  seadanya
kerana  dia  seorang   sahabat
yang  juga  manusia  biasa
jangan  mengharapkan  terlalu  sempurna
kerana  kita  sendiri  pun  tidak  tahu
apakah  diri  kita  sudah  cukup  sempurna
mengikut  kehendak  Allah  s.w.t
yang  sebenar-benarnya...


"Bersederhanalah  dalam  persahabatan,  Insyaallah  kita  tidak  akan  melihat   kelemahan  itu  sebagai  satu kelemahan..."



Thursday, 29 December 2011

doa penghuni syurga

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)


Ya  Allah...

apa  sahaja  yang  ENGKAU  kurniakan  kepadaku

berkenaan dunia

berikanlah  kepada  mereka  yang  memburunya.

dan  apa  sahaja  kebaikan  

yang  akan  ENGKAU  kurniakan  kepadaku

berkenaan  akhirat

berikanlah  kepada  hamba-Mu  yang  beriman.

kerana...

aku  hanya  mahukan  kasih-Mu,  Tuhan

Ya  RABBI..

jika  aku  beribadah  kerana  syurga-Mu

janganlah  ENGKAU  masukkan  aku  ke  dalam  syurga.

andainya  aku  beribadah  kerana  neraka-Mu

maka  lemparkanlah  aku  ke  dalamnya..

tetapi  YA  ALLAH...

jika  aku  beribadah  kerana

inginkan  keredhaan-Mu

maka  janganlah  ENGKAU  mensia-siakan  aku...




-DOA  RABIATUL  ADAWIYAH-




(bagaimana  pula  dengan  diri  kita?)





  

Monday, 28 November 2011

sekuntum bunga

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)







YA  ALLAH....

izinkan  sahabatku  menjadi  sekuntum  bunga

yang  dihiasi  dengan  kelopak  akhlak  mulia

harum  wanginya  dengan  ilmu  agama

cantiknya  kerana  iman  dan  taqwa.


NAMUN...

keindahan  zahirnya  disimpan  rapi

biar  menjadi  rahsia  yang  kekal  abadi

bukan  perhatian  mata  ajnabi

yang  menjadi  punca  fitnah  hati

dari  lelaki  yang  berjiwa  sepi.


WAJAHNYA...

bukan  mengundang  dosa

menimbulkan  duri  yang  memagari  dirinya

agar  terpelihara

dari  noda  duniawi

yang  menghilangkan  haruman  sejati

yang  memudarkan  kecantikan  diri

untuk  ENGKAU  calonkan  dirinya

sebagai

bidadari  syurga-Mu


AMEEN....



Monday, 21 November 2011

buat mawar mujahidah...

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)




Buat  mawar-mawar  mujahidah  yang  sedang  merindui  jalan  menuju  Allah...


sekali  wanita  tergoda,  gugurlah  sekuntum  wardah  di  syurga
sekali  wanita  ternoda
berdekah-dekahlah  syaitan  di  neraka.


Duhai  akhawat,  ketahuilah...


dalam  langkah  hidup  ini  hanya  ada  dua  jalan  yang  salah  satunya  perlu  ditempuhi.  Kita  yang  memilih  jalan  kita  sendiri.  Kalau  kita  tidak  memilih  jalan  menuju  Allah,  pasti  kita  akan  melangkah  di   jalan  yang  menuju  kecelakaan  diri  sendiri  dan  itulah  jalan  syaitan,  nafsu,  syahwat,  dan  duniawi.  Jalan  keimanan  itulah  jalan  Ilahi  dan  jalan  kesesatan  itu  adalah  jalan  Iblisi.


Orang  yang  berjalan  di  atas  jalan  Ilahi  sentiasa  berusaha  mensucikan  jiwa  dan  hati  sementara  orang  yang  berjalan  di  jalan  Iblisi,   tiada  sensitiviti  dalam  mengotori  dan  menodai  hati.


masing-masing  berusaha

dan  masing-masing  bergerak

meniti  waktu  dan  hari

mendekati  mati

akhirnya,

masing-masing  kerdil  menghadap  Ilahi.

sudah  tentu  di  sana

ada  perbezaan  antara  keduanya

di  alam  abadi...

tanyalah  diri

mahukah  kita  mencampakkan  diri

ke  lembah  kehinaan

pada  saat  bertemu  RABBI???

atau

meletakkan  diri

ke  darjat  yang  tinggi???

sudah  tentu

jawapan  kita

mengimpikan  tempat

di  sisi  ILAHI...


Namun,

apakah  sama

orang  yang  sekadar  berangan-angan

tetapi

tidak  mempunyai  persiapan  yang  serius

untuk  menghadap-NYA??

berapa  ramai  orang  yang  sanggup

menjual  harta  dan  dirinya

demi

membeli  redha  Allah?

sungguh

manusia  lupa  

saat  perjumpaan  itu!



Zaman  berganti  zaman,  Islam  asing  (gharib)  kali  kedua.  Hari-hari  yang  jernih  fikrahnya  menjadi  ghuraba'.  Golongan  ini  sedikit  sekali  kerana  golongan  ini  mnedapat tepisan  demi  tepisan  dari  Ilahi  sehingga  yang  tinggal  hanyalah  orang-orang  yang  benar-benar  ikhlas  dengan-Nya.


Adakah  amalan  dan  akhlak  kita  melayakkan  diri  kita  termasuk  dalam  golongan  ghuraba'  ini?


Mungkinkah  kelalaian  kita  yang  berterusan  ini  akan  menyebabkan  kita  turut  tertapis  dari  jalan  ini?


NAUZUBILLAH!!!



Ya  ALLAH

bantulah  kami

untuk  tetap  layak

berada  di  atas  jalan-jalan-MU

jangan  sekali-sekali

ENGKAU   menapis  kami

dari  

jalan-jalan-MU

kerana  kelalaian  kami  sendiri

untuk  mengubat  hati  

dan  mengubah  sahsiah  diri

AMEEN...


dipetik  dari  buku  TAUTAN  HATI,  karya  Fatimah  Syarha  Mohd.  Noordin.


Wednesday, 9 November 2011

hipokritkah kita???

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)



"gajah  depan mata tidak nampak, tetapi semut di seberang lautan kelihatan"


sebuah  perumpamaan  bagi  individu  yang  gemar  mencari  kesalahan  orang  lain  tetapi  tidak  nampak  pada  kesalahan  sendiri...


adakah  kita   antaranya?

cuba  fikir...

renungkan....

ingatlah....


firman  ALLAH  S.W.T  dalam  surah  al-hujraat  ayat  12,  yang  bermaksud...

"wahai  orang-orang  yang  beriman!  jauhilah  kebanyakan  dari  berburuk  sangka  (curiga)  kerana  sebahagian  dari  berburuk  sangka  itu  adalah  dosa.   dan  janganlah  kamu  mengintip  atau  mencari-cari  kesalahan  atau  keaiban  orang,  dan  janganlah  sesetengah  kamu  mengumpat  sesetengah  yang  lain.  adakah  seseorang  daripada  kamu  yang  gemar  memakan  daging  saudaranya  yang  telah  mati?  (jika  demikian  keadaan  mengumpat) sudah  tentu  kamu  jijik  kepadanya.  (oleh  yang  demikian  itu  patuhilah  larangan-larangan  tersebut)  dan  bertaqwalah  kepada  Allah,  sesungguhnya  Allah  penerima  taubat  lagi  Maha  Mengasihani."  



menuding  jari

bukanlah  penyelesaian

tidak  perlu

berlari  

untuk  selesaikan  masalah

just  a word

seringkali

kita  nampak

kesalahan  orang

tapi  buta

pada  kesalahan

yang  kita  

lakukan

hakikatnya

manusia  

lebih  senang 

mencari  kesalahan

orang  lain

tetapi

buat  tidak  tahu

pada  kesalahan  sendiri..


benarkah?


tepuklah  dada


tanya  iman  kita

adakah

layak  

untuk  kita

jejak  

ke  syurga?

peliharalah  kami

YA  ALLAH

(Ameen..)




teringat  satu  artikel  dalam  majalah  SOLUSI  karya  Ftimah  Syarha  Mohd.  Noordin,  "Remaja  Berakal  Tak  Mahu  Hipokrit" :


seringkali  akal  ditipu.  "saya tidak  mahu  buat  begini  kerana  saya  tidak  mahu  menjadi  hipokrit"  (merujuk  kepada  perbuatan  baik). kata  remaja.

kata-kata  seumpama  ini  mencerminkan  bahawa  remaja  itu  sedang  melabelkan  dirinya  yang  sebenar  sebagai  seorang  yang  buruk,  berdosa,  dan  sentiasa  berada  di  takuk  yang  lama.

sedarkah  kita?  kita  dilahirkan  dalam  keadaan  fitrah  sebagaimana  yang  dimaklumkan  oleh  hadis  sahih  riwayat  Al-Bukhari  No.  1296.  fitrah  ini  bermaksud  islam.  islam  itu  bermaksud  menyerahkan  diri  sepenuhnya  kepada  Allah.  Ya,  kita  dilahirkan  dalam  keadaan  kita  adalah  seorang  hamba  yang  perlu  taat  dan  patuh  kepada-Nya,  dengan  menyerahkan  diri  secara  total.

maka,  kita  sedang  menjadi  diri  sendiri  ketika  kita  sedang  melakukan  kebaikan.  kita  sedang  hipokrit dengan  Allah  ketika  kita  sedang  melakukan  kejahatan.  inilah  hakikat  diri  kita  yang  sebenar,  fitrah,  suci,  dan  bersih.  remaja  yang  berakal  akan  segera  menukar  paradigma  agar  tidak  tertipu  lagi.

Yusof  bin  Asbath  berkata:

"  akal  ialah  pelita  yang  tidak  nampak,  hiasan  yang  terzahir,  pengatur  badan  dan  pemantau  urusan  hamba.  kehidupan  tidak  akan  bertambah  baik  tanpa  akal  dan  urusan  tidak  akan  berjalan  dengan  normal  kecuali  berdasarkan  akal."

Friday, 4 November 2011

cuba renungkan...

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari -Nya)






jika  tidak  diberi  makanan
  ia  akan  memberontak  kelaparan


jika  diberi  makan  kebenaran
hiduplah  ia  sebagai  hati  yang  kuat  hubungan
dengan  ALLAH


jika  diberi  makanan  kejahatan
jadilah  ia  hati  yang  lalai
dan  sering  menghasut  pada  kebatilan


jika  tidak  diberi  ubat  
makin  parahlah  mazmumah
yang  bersarang  dalam  hati


akhirnya
segumpal  darah  bernama  hati  itu
bertindak  sebagai  raja  
yang  akan  menzahirkan  personaliti
jika  hati  itu  baik
maka  baiklah  diri  kita
dan  jika  hati  itu  rosak
maka  rosaklah  kita



tanda  rosaknya  hati  ialah  apabila  seseorang  itu  tidak  mampu  mengenal  mana  yang  hak  dan  mana  yang  batil.  itu  adalah  azab  ALLAH  yang  paling  besar  sebenarnya. 

Azab  ALLAH  tidak  datang  dalam  bentuk  seksaan  dan  bala  semata-mata  tetapi  ia  juga  datang  dalam  bentuk  hati  kita  yang  tidak  dapat  berhubung  dengan  Allah.

Itulah  BALA!!!

(Dari novel Islamik Tautan Hati)