DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)
Sabda Rasulullah s.a.w : Jika seseorang itu tahu apa yang menimpanya (dosa) kerana lalu di hadapan seorang saudaranya yang sedang bermunajat dengan Allah, nescaya berhenti 100 tahun lebih baik daripada melangkah di hadapan orang yang sedang solat.
(Hadis riwayat Ibn Majah, Ibn Khuzaimah, dan Ibn Hibban)
(Hadis riwayat Ibn Majah, Ibn Khuzaimah, dan Ibn Hibban)
Sudah menjadi kebiasaan untuk Gadis solat di surau kolej bila jadual kelas padat. Itulah rutin seharian Gadis. Walau sesibuk dan sesukar mana sekalipun hari yang dilalui namun jangan sesekali abaikan tanggungjawab pada Yang Esa, itulah pesanan dari bu dan ayah yang cuba Gadis praktikkkan dan jadikan sebagai prinsip kehidupan. Apa guna menjadi pelajar yang serba boleh tetapi gagal menunaikan tanggungjawab yang satu itu.
Semalam, Gadis solat di surau kolej. Dek kerana jadual kelas yang telalu padat hingga ke petang, Gadis perlu solat zuhur di kolej. Seperti biasa Gadis telah membuat persediaan awal dengan membawa telekung bersama sebelum bergerak ke kolej kerana sudah tentu telekung di surau tidak mencukupi. Tambahan pula, bukankah lebih baik kita membawa sendiri pakaian untuk solat kerana itu lebih terjamin kebersihannya disamping mendapat pahala lantaran membawa pakaian untuk solat?
Menjelang waktu tengah hari pasti ramai yang akan berkunjung ke surau untuk solat. Alhamdulillah, sahabat sekalian masih tidak lupa untuk melaksanakan tanggungjawab yang satu itu. Keadaan surau sedikit sesak dan padat pada waktu ini. Rimas. Itulah hakikatnnya. Namun ia bukanlah penghalang buat Gadis dan akhwat yang lain untuk menunaikan solat.
Benar, keadaan surau yang begitu padat dan sesak dengan golongan manusia yang keluar dan masuk silih berganti sedikit sebanyak menggambarkan bahawa manusia tidak alpa walau sibuk dengan tugasan. Malangnya, masih ada segelintir akhwat yang tidak segan silu untuk tidur dan baring walhal mengetahui waktu tersebut merupakan waktu solat. Mengapa masih ada sahabat yang duduk bekelompok bersama rakan untuk berborak? Sedih Gadis melihat.
Sememangnya bukanlah menjadi sesuatu yang dilarang untuk tidur mahupun baring di surau tetapi, janganlah sampai ianya mengganggu sahabat yang lain untuk solat. Fikirkanlah, lantaran dirimu yang sedang baring dan tidur di situ menyebabkan sahabat yang lain terpaksa menunggu beberapa minit demi mendapat ruang untuk solat, lantaran dirimu juga yang duduk melepak di situ keadaan saf jemaah jadi tunggang langgang sehingga tidak dapat membezakan jemaah ataupun solat sendirian. Renungkanlah duhai sahabat, sekiranya dirimu tidak tidur dan melepak dalam surau ketika waktu zuhur yang mana sudah engkau sedia maklum bahawa ianya akan sesak dengan kehadiran pelajar, sudah semestinya perjalanan untuk sahabat-sahabat yang lain menunaikan solat menjadi lancar.
Sedihnya melihat keadaan surau kita! Duhai sahabat, ke manakah hilangnya sifat keprihatinanmu terhadap akhwat mu? Apakah sudah hilang rasa kasih sayangmu terhadap saudara kamu? Tanyalah dirimu sahabat, mahukah dikau menjadi penyebab sahabatmu melambat-lambatkan solat hingga ke akhir waktu lantaran rimas dengan suasana surau yang tidak selesa? Semestinya tidak, bukan?
Sedarilah duhai sahabat.... Renungkanlah bersama.....

P/S :
- Ketahuilah bahawasanya diri ini juga insan biasa seperti kamu yang sedang belajar dan sentiasa akan cuba untuk menjadikan hari-hari mendatang lebih baik dari sebelumnya.
- Maafkan diri ini andai hasil tulisan ini menyinggung perasaan mana-mana pihak. Sesungguhnya diri ini tidak lain hanyalah seorang manusia yang penuh dengan kekurangan dan kekhilafan.
- Yakinilah bahawa sesungguhnya setiap apa yang ditulis ini tidak lain hanyalah buat pengajaran untuk kita bersama. Bukankah saling mengingati antara satu sama lain itu dituntut oleh agama Islam, dan semestinya amat wajar untuk kita lakukan?
"Hati bertambah sedih bila melihat sahabat menangguhkan masa untuk solat walhal mempunyai masa yang sangat cukup untuk menunaikannya. YA ALLAH... lembutkanlah hati dia..."
No comments:
Post a Comment