DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)
andai saya pergi dulu...
saya akan tanya pada diri saya
apa yang telah saya lakukan sepanjang hidup saya?
mampukah saya membalas jasa ibu dan bapa?
sudahkah saya membahagiakan hati ibu dan bapa saya?
bagaimana pula dengan orang di sekeliling saya?
apakah yang telah saya berikan kepada sahabat-sahabat saya
agar mereka ingat pada saya...
apakah pula sumbangan saya
terhadap tanah air tercinta?
apakah sudah sempurna tanggungjawab saya
sebagai seorang hamba?
mahukah Rasulullah memandang saya
di akhirat kelak?
layakkah saya untuk menjejakkan kaki
bahkan untuk mencium bau syurga
yang saya sedia maklum
bahawa ianya hanyalah untuk hamba-hamba-Nya
yang beriman dan beramal soleh..
lalu tanpa sedar saya sering bertanya pada diri
adakah saya telah menjadi
seorang insan yang banyak memberi manfaat kepada orang lain?
atau adakah saya telah mencurahkan
segala ilmu yang saya ada
untuk dikongsi bersama ummah?
juga
sudah bersediakah saya untuk mengosongkan gelas
demi mencurahkan ilmu di dada..
suatu perkara yang sering terlintas
dalam kotak fikiran saya
mengganggu fikiran saya
andai saya pergi dahulu
apakah yang telah saya tinggalkan
kepada keluarga saya?
ibu bapa terutamanya..
.
adik-beradik sudah semestinya...
juga saudara-mara, sahabat-sahabat...
apakah yang akan saya tinggalkan untuk mereka ?
andai saya pergi dulu.. |

andai saya pergi dulu... |
adakah aq dh brsdia jika aaq ingin pergi dulu.. moga ALLAH tmptkn aq kelak dlm klgn org2 yg brimn
ReplyDelete