DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)
Raikan kehidupan dan usah kesali takdir yang tiba
sambutlah hari yang muncul
dengan alunan seperti menyambut teman baru
lalu,
raikan tamu baru itu dengan perkara baru
dan usah disebut kisah semalam.
biarkan pergi dibawa angin
yang tidak pernah mungkir bertiup.
menikmati keindahan
bukan hanya pada melihat indahnya warna merah
atau
sebilangan rasa yang kita suka
tetapi...
pada semua keindahan
justeru islam juga telah menggariskan rezeki itu
datang dalam banyak bentuk
sakit juga satu rezeki
sahabat atau musuh adalah rezeki
rasa selamat itu rezeki
mampu menidakkan perkara yang sewajarnya ditidakkan
juga rezeki.
DAN....
kehidupan adalah rezeki teragung
anugerah Allah buat kita
jadi,
raikanlah rezeki itu
dengan cara paling sempurna.
Rezeki
ada di mana-mana
jauh itu cuma jarak
tetapi
hidup itu bukan ditentukan oleh jarak
atau perpisahan...
No comments:
Post a Comment