DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)
"seindah hiasan adalah wanita solehah"
Wanita yang menjaga auratnya
sentiasa peka pada tingkah lakunya
menjaga adab dan tutur kata
akhlaknya sentiasa dijaga
perilakunya menyejukkan mata yang memandang
kata-katanya penuh hikmah
siapakah dia?
tentunya
dirimu wahai kaum HAWA...
- Seringkali manusia terleka. Hidup di dunia bukan hanya diri mereka semata, tetapi juga bersama masyarakat.
- Adakala manusia terlupa, bahawa perilaku mereka kadangkala kurang menyenangkan insan lain yang memandang.
- Sangat jarang manusia sedar, bahawasanya setiap tindak-tanduk mereka pasti ada yang memandang....
Justeru itu, jagalah tingkah dan lakumu, akhlakmu, dan adabmu, biar tidak jelik mata yang memandang, apatah lagi sekiranya dirimu bergelar WANITA.
"Nilailah seseorang itu melalui akhlaknya, bukan ibadahnya"
(dari hati yang prihatin)
No comments:
Post a Comment