DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan-Nya)
Kehidupannya serba lengkap...
seorang rupawan
bicaranya bak cendikiawan
akhlaknya menyenangkan
sangat mudah untuk tertawan..
Dia punya hati
sentiasa disenangi orang di sisi.
Dia punya ilmu
membuatkan dirinya sentiasa maju...
Dirinya,
amat sempurna pada mata yang memandang.
................................................................................................................................
Pertama kali melihat, sungguh, dirinya tidak ubah seperti gadis-gadis lain yang gemar berfesyen. Pakaiannya sentiasa 'up to date'. Ke mana sahaja kakinya melangkah, pasti ada insan di sisi. Temannya hadir silih berganti.
Semakin ku kenal, semakin tertawan. Akhlaknya sangat menyenangkan. Halus budi bicaranya. Sangat petah dalam menyatakan pendapat. Terserlah keyakinan dirinya. Walau terkadang kelihatan seolah-olah seperti insan yang tidak mahu bergaul dengan insan lain, hakikatnya dia seorang yang peramah dan ceria.
Entah mengapa, terkadang terasa diri kerdil jika dibandingkan dengan dirinya. Seperti ada tembok yang memisahkan kami untuk berhubung antara satu sama lain. Mungkin kerana status dirinya yang agak terkenal di kolej, atau mungkin kerana kecerdikan dirinya serta kepetahannya dalam berbicara membuatkan diriku terasa lemah bila berada di hadapannya.
Akhirnya, ku temui penyelesaian bagi sebuah ketidakmatangan dalam berfikiran. Manusia gemar meletakkan sebuah tembok yang menjadi pemisah antara dirinya dan insan lain. Ukhuwah itu perlu dibina. Komunikasi harus diwujudkan. Segalanya demi memecahkan tembok pemisah antara dua insan untuk saling berukhuwah kerana Allah.
Hanya yakin pada satu kenyataan, hakikatnya manusia itu punya kelebihan dan kekurangan. Pesan dari seorang ustaz:
"Janganlah kamu hanya melihat keburukan seseorang itu, kerana mungkin disebalik keburukan itu tersimpan 1001 kebaikan yang kamu tidak nampak pada dirinya."
Nilailah seorang manusia itu melalui akhlaknya, bukan ibadahnya.
Salam perkenalan dari diri saya, insan serba sederhana.
Insya-Allah, semoga dipermudahkan urusan ini....
-insan yang masih cuba untuk memperbaiki diri ke arah kebaikan-
No comments:
Post a Comment