insan biasa

may Allah bless u

Monday, 31 December 2012

True friend...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

-One of the character of true friend-

CATATAN SEORAGNG SAHABAT (petikan):

"Hati saya rasa bahagia tatkala melihat insan lain tersenyum gembira. Hati saya rasa bagai ada yang tidak kena tatkala melihat mereka berduka.

Apakah yang perlu saya lakukan untuk menghilangkan luka dalam hatinya? Saya hanyalah insan biasa, bila berjalan tiada yang akan perasan, dan bila bersama-sama tiada siapa yang merasa kehadiran. 

Namun, saya memiliki hati untuk berkongsi perasaan suka dan duka. Walaupun saya hanyalah insan biasa yang serba kekurangan tetapi, izinkanlah saya untuk membuat anda tersenyum walau untuk seketika cuma.

Mungkin, kehadiran saya tidaklah terlalu dirasai. Umpama halimunan tika bersama-sama yang lain, akan tetapi memadailah andai saya dapat meluangkan masa membantu anda, dan ada di saat anda memerlukan seorang teman..

Saya pasti akan turut gembira andai anda kembali tersenyum..."

*****************************************************************
Mengimbau kembali zaman persekolahan. Hadirnya dia sebagai seorang sahabat yang setia berada di sisi di saat insan lain sibuk dengan urusan masing-masing.

Tika malam kian hening, dirinya setia menyemak hafalan diri ini. Di saat insan lain sudah lena dibuai mimpi indah, dia masih setia membantu mebetulkan sebutan dan tajwid. Segalanya dilakukan demi manghadapi peperiksaan (hafazan) keesokan harinya. Terima kasih...

Petikan dari sebuah lagu nasyid: 

"sekiranya ku mendapat pengganti
ku harapkan teman sepertimu oh sahabat
banyak membantu dan mendorongku
menjadi hamba yang taat kepada-Nya.....
walau dirimu tiada lagi
tapi hatiku tetap bersamamu
kenangan bersamamu subur mewangi
tak akan luput dari ingatanku..."

Monday, 26 November 2012

perjalanan sebuah persahabatan

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

Perjalanan panjang mencari sahabat sejati, apakah mungkin kami yang tidak serasi?

Ambil waktu untuk berfikir
mencongak setiap salah dan silap dalam sebuah persahabatan
lantas terus menyelami hati dan memahami diri
maka benarlah akhirnya jawapan yang ditemui
hidup ini perlu berdikari
kerana suatu saat kita pasti akan sendiri...

Perjalanan ini sangat panjang dan penuh berduri
hampir sahaja, setiap yang berlaku mematahkan semangat dalam diri
namun kebenaran harus segera dicari
walau payah akan cuba aku gagahi...

Duhai sahabat,
dirimu mungkin menganggap aku penuh muslihat
manusia berubah itu adalah hakikat
dalam perjalanan panjang mencari sahabat
harapnya semoga berkekalan hingga akhirat...



Benarlah kata orang, sebuah pertemuan itu sangat manis, tetapi bila tiba detik perpisahan hanya akan membuat manusia terguris..

Teringat petikan status sepupu saya di laman "Facebook". Katanya:
"Manusia boleh berubah dalam masa sesaat bergantung pada rasa yang telah menekannya. Usah bergantung harap pada manusia kelak dia akan berubah."

Seringkali manusia tersalah tafsir dengan apa yang dilihat oleh mata. Pandangan mata boleh menipu tetapi tidak pandangan hati. Justeru nilailah manusia melalui akhlaknya bukan apa yang dilihat oleh mata.

Kadang-kala orang yang berdiam diri itu bukanlah bermaksud dia bersalah, dan orang yang menangis pula tidak bermakna dia mengalah. Ketahuilah bahawa hakikat sebenarnya adalah mereka sedang cuba untuk terus bangun agar dirinya tidak berterusan berdiam diri dan menangis. Berilah masa padanya agar melepasi saat kesukaran yang mana ia memerlukan mereka mengumpul kembali kekuatan dalam diri.

Benar..manusia mudah berubah. Setiap hari, setiap saat sentiasa akan ada cerita dan pengalaman baru yang akan mendidik mereka menjadi manusia yang tabah. Setiap hari juga akan ada muka-muka baru yang akan mewarnai kehidupan mereka. Persoalannya adakah muka-muka baru itu akan mewarnai kehidupan mereka dengan warna-warna yang ceria atau hanya membawa kepada kegelapan dan kesuraman hari-hari mendatang?

Awan mendung yang datang hanya singgah sebentar. Seketika nanti pasti akan berarak pulang dan mengundang cahaya yang terang. Cahaya inilah yang akan terus menyinari kehidupan manusia. Begitulah jua ibaratnya ujian yang datang menimpa manusia. Setiap apa yang berlaku pasti akan mengundang hikmah disebaliknya. Insya-Allah.

Tidak akan menjadi persolan sama ada muka-muka baru yang mewarnai kehidupan manusia itu akan memberi keceriaan atau hanya membawa kepada kegelapan tetapi apa yang paling penting adalah diri sendiri. Bagaimana manusia menghadapi muka-muka baru dalam kehidupan mereka? Mampukah mereka untuk terus bersikap optimis atau memilih untuk menjadi seorang yang prejudis?

Hakikatnya, diri manusia itu sendiri yang memilih sama ada untuk bahagia atau terus menderita. Juga hakikat dalam sebuah kehidupan, bahawasanya pilihan itu ada di tangan mereka. dan akan berlaku dengan izin Allah...

This is myself, this is my way, this is how I live.
 I like to test people around,
and when it's not going to work like it supposed to be
just smile brightly
and forget everything.

Friday, 9 November 2012

don't judge a book by its cover

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

"Kadang-kala apa yang kita rasa tidak sama dengan apa yang dilihat oleh mata"

kind of mystery

Manusia mudah berubah
dan
akan sentiasa berubah...

Nakal

sifatnya

gayanya

cara dia

segalanya tentang dia

menimbulkan syak wasangka

tidak mahu terus berprasangka

tetapi

itulah yang dilihat oleh mata..

-Pandangan mata selalu menipu-

Lihatlah manusia dengan mata hati

agar prasangka buruk dapat dihindari

jagalah diri dari perasaan iri

supaya hati tidak dicemari.

Buruknya perilaku dia

atau

cantiknya akhlak dia

hakikatnya

yang tahu hanya Dia

yang mampu menilai segalanya...

#inspiration of a friend

Friday, 2 November 2012

Adam...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

-monolog sang hati- 

A.D.A.M



Apa ada pada dirinya sehingga menjadi 
sebutan oleh kaum Hawa?

Apa pula kelebihan yang dia miliki
hingga mampu membuat Hawa tidak tentu arah?

Siapa dia untuk membuat kaum Hawa bertengkar
sesama sendiri demi menjadi yang terbaik?

Kelemahan manusia yang nyata

bila hati diusik oleh rasa suka..

bila mendengar puji-pujian..

hingga akhirnya menjadi lupa

bahawa hidup ini hanya untuk sementara

Walau apa jua kelebihan yang ada pada dirinya

sesungguhnya

dia tetap manusia biasa

yang juga punya kelemahan

Mengapa mesti mengejar sesuatu yang mustahil untuk digapai

bilamana manusia berhak untuk memilih

sama ada untuk menjadi yang terbaik di mata dia

atau

berusaha sebaik mungkin untuk tatapan-Nya...

peliharalah ia agar tidak binasa

semailah ia untuk insan yang selayaknya sahaja

jangan sesekali dicemari rasa suka itu 

untuk sesuatu yang bergelar maksiat

Hindarilah ia...

bersihkanlah jiwa...


"Saya nak jadi seorang wanita yang diHORMATI bukan untuk diMINATI,
saya nak jadi seorang muslimah yang SEJATI bukan untuk di KEJARI,
saya nak jadi seorang wanita yang berakhlak TERPUJI bukan menjadi pujaan LELAKI,
saya juga nak jadi seorang muslimah yang tahu MENJAGA DIRI bukan yang MEMPAMERKAN aurat diri.
Bantulah saya untuk terus istiqamah dalam mencari redha Ilahi."


Benar,  manusia itu sangat lemah

justeru 

carilah PENCIPTA mengadulah pada-Nya....


"Kirimkan SURAT pengharapanmu di tengah keheningan malam. Jadikan air matamu sebagai DAKWATnya, kedua pipimu sebagai KERTASnya, kepasrahan hatimu sebagai SETEMnya, dan Arasy Ilahi sebagai ALAMATnya....
Setelah itu tunggulah jawapan dari-Nya."


-Hati manusia itu sangat rapuh, jangan biar ia mudah tersungkur-


Thursday, 25 October 2012

korban

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)

Berkorban.

Korbankan kebahagiaan

demi kegembiraan orang lain.

Biarkan insan lain tersenyum riang

pada hari yang sangat gembira.

Boleh tak?

Mampu tak?

Bila fikiran sudah diasuh

untuk melakukannya,

bila niat sudah dilakukan dari awal,

bila azam sudah mula menjadi tekad,

dan...

bila hati sudah mula meredhai..

Nescaya

sagalanya akan berlaku.

Setiap yang berlaku adalah atas izin-Nya

jika sudah diizinkan

siapalah saya untuk menghalangnya?

(manusia biasa yang tidak punya apa-apa)

"Ketenangan itu akan dapat dicapai bila hati sentiasa redha dengan apa yang berlaku." 



what should I do?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

She asked, "How am I going to face this type of person?"

-Marah itu api. Bersabar itu lebih baik. Insya-Allah!

Bila kita melihat sahabat, adik-beradik, mahupun isteri yang berdosa, maka pandanglah mereka dengan kasih sayang.

Dakwah itu sendiri bermula dengan kasih sayang. kita tidak bersetuju dengan mereka, tetapi janganlah pula sampai kita yang menutup pintu taubat untuk mereka..

Kerana....

Bisa sahaja Allah memberi hidayah pada mereka, dan mungkin sahaja mereka mempunyai amalan tersendiri, yang dinilai Allah sebagai kebaikan. Dan mungkin sahaja amalan itu bisa menghapuskan dosa mereka.

Setiap manusia punya bahagian masing-masing...

"Sebarkanlah kasih sayang dalam berdakwah. 
Bukan bermaksud tidak boleh marah, 
tetapi 
marah itu juga haruslah berdasarkan kasih sayang kita."


-copy from the internet.

Sunday, 14 October 2012

Heart_hurt...

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan dari-Nya)

"Apakah  salah  kiranya  jika  satu  kebaikan,  satu  kelebihan,  satu  kemahiran  itu  dikongsi  bersama  insan  lain...?"

Wake  up,
if  you  believe  love  is  not  a  faded  dream
tell  me,
I'm not  the  only one  who  feels  this  way  right  now.

Lonely,
needs  a  friend...
Ask  him:  "Where  he's  been?" 
You  could  be  the  light  that  comes
and  turns  his  world  around..

I  don't  wanna  run,  I  don't  wanna  hide
when  someone  needs  somebody
I  don't  wanna  say:  "I  don't  got  the  time"
when  someone  needs  somebody
with  a  little  faith  and  a  little  soul
we  can't  go  wrong,  we  can't  go  wrong!

When  a  heart  breaks,  and  the  world  shakes
will  we  stand  for  the  VISION  OF  LOVE?
When  a  tear  falls,  and  the  fear  calls
will  we  stand  for  the  VISION  OF  LOVE?

Make  up,  hides  her  face
cause  she  feels  out  of  place 
and  she  cries,  come  on  someone
tell  this  girl:  "She's  beautiful."

Vision  Of  Love,  by  Kris  Allen
..............................................................................................................

Satu  kata

bisa  membuat  hati  tertawa,

dengan  satu  kata  jua

mampu  membuat  hati  kecewa...

manusia  itu

bersifat  pelupa

alangkah  baik  kiranya

yang  buruk  itu  dilupakan  sahaja

yang  baik  pula  disimpan  kemas

tanpa  perlu  ada  rasa  dendam

yang  mula  berputik  dalam  diam-diam

hindarilah  diri  dari  api

yang  mampu  membakar  diri

jagalah  diri

berwaspadalah...

agar  tidak  terjebak

dalam  pergolakan  hati

yang  membuatkan  nafas  terasa  sesak...


"Hidup  manusia  itu  saling  melengkapi.  Siapalah  saya  untuk  mampu  bertahan  sehingga  hari  ini  jika  ibu  bapa,  adik-beradik,  serta  teman-teman  tiada  di  sisi."


Duduk  sebentar  sambil  berfikir

merenung  jauh  memikir  sebab  dan  akibat

mencari  baik  dan  buruk

menyelidik  secara  terperinci

tanpa  mahu  menyakitkan  hati  insan  lain

hanya  DIA  yang  tahu..


"Janganlah  melihat  penampilan  kerana  ia  boleh  menipumu,
jangan  pula  melihat  kekayaan  kerana  ia  boleh  menghancurkan,
sebaliknya,
pergilah  kepada  seseorang  yang  boleh  membuat  kamu  tersenyum,
kerana  hanya  dengan  sebuah  senyuman
hari  yang gelap  menjadi  terang..
carilah  seseorang  yang  akan  membuat  hatimu  tersenyum.."


-Sebagai  seorang  manusia,  saya  hormat  anda-