insan biasa

may Allah bless u

Saturday, 14 June 2014

Peterpan...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)


I'm leaving Peterpan
I'm not going to live forever in that Neverland
but, I'm still hoping to see him again
I know it won't happen
so I made up my mind
and wishing him to always be fine...

I bring along that memory
together with me
wherever I am, always be with me
so that I can smile happily
so that I can face the world strongly
seeing his smile brightly
in that memory
actually is enough for me...

It hurt enough for me to say goodbye
when he is always in my mind
so how could I be fine?
and now I am asking you to understand...

Inspiration...
I'm still looking for the deep definition
would you stay there quietly for me to take an action
and make you as my inspiration...

Just like you who work hard to achieve your dream
me too will also do the same...

To you, whom I thinking about lately
I am sorry
that I can just write these childish writing only
these would only be happen in my own fantasy
these, is only exist in my imaginary...

You are so far away
that I should keep remain silent
and watching you from far...


Teguran...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

"Dia toleh ke kiri, dia toleh ke kanan
~There is no one~
But then somehow she felt that...
dia sedang diperhatikan."

Entah mengapa, sudah dua tiga hari ini ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Sudah jauh fikirannya melayang entah ke mana. Perhatiannya beralih kepada sesuatu yang dia sendiri tidak tahu entah sejak bila ia hadir.

Kehadirannya mengundang senyuman
gelak ketawa memenuhi ruangan
tiada yang mampu dikatakan
hanya satu perkataan
keceriaan...

Segalanya begitu jelas
walau mereka memandang ia selayaknya sebagai sesuatu yang tidak berasas
dia yakin dan juga ikhlas
menyokong mereka sekadar di pentas...

Dia mahukan ini, dia mahukan itu
dia lihat ini, dia lihat itu
segalanya tertumpu pada yang satu itu
begitu banyak benda, dia tetap mahukan itu
justeru
ada yang bertanya, "Mengapa hanya melihat pada yang satu itu?"
jawapannya, kerana matanya melihat hanya pada itu...

Dia duduk di situ, termenung sendirian
banyak perkara bertandang di fikiran
inilah dia yang dinamakan lumrah kehidupan
pasti akan ada selitan dugaan
sedari dulu lagi dia sedar
terlalu sukar baginya mendapatkan
apa yang mereka panggil sebagai 'kemahuan'
walau sedalam mana sesuatu perkara atau benda itu dia mahukan
tetap terlalu sukar baginya untuk mendapatkan
lalu dia bertanya kepada dirinya satu soalan
"Mengapa begitu sukar untukku mendapatkan?"
walau sekuat mana dia usahakan
handphone di tangan bergetaran
notification dari What'sApp kumpulan
sebuah topik hangat dibincangkan
oleh sebuah usrah dalam kmpulan
barulah dia sedar, rupa-rupanya itulah TEGURAN...

"Jangan memandang rendah, hina, dan lekeh pada setiap bungkusan yang kita terima
kerana BARAKAH tak selalu datang dari bungkusan kain sutera
melainkan juga ada yang datang dari bungkusan kotak biasa.
Janganlah kita hampir setengah mati mengejar
apa yang tidak boleh kita bawa ke mati / ke sana nanti."

Ayat terakhirnya menginsafkan
pada diri yang sudah lama kealpaan
dan hidup dalam kelalaian..




~Ilham dari lagu Bila Tiba, Ungu Band..



Monday, 14 April 2014

Masa itu...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

~zaman sekolah~

Akhir-akhir ini ada sahaja cerita yang disampaikan oleh sahabat-sahabat menerusi WhatsApp dan WeChat. Notification tidak pernah letih menjalankan tugasannya. Ada sahaja cerita yang disampaikan oleh mereka. Marah, sedih, gembira semuanya menjadi topik perbualan.

Walau terkadang letih untuk membacanya namun begitu ada sesuatu yang tersembunyi disebaliknya. Yang mungkin hanya dapat dinilai dan dilihat melalui mata hati.

Pernah dulu semasa di kolej Madam G beri satu tugasan untuk subjek Art&Craft. Memandangkan subjek ini melibatkan seni dan kreativiti kami diberi tugasan untuk bertemu kanak-kanak (12 tahun ke bawah) dan meminta mereka untuk melukis. Setiap apa yang dilukis itu pasti mempunyai sebab tertentu, dan itulah tujuan asal tugasan ini diberikan - untuk mencari sebab (apa dan kenapa) mereka melukis gambar tersebut. 

Alhamdulillah. Berkat bantuan seorang sahabat tugasan berjaya diselesaikan. Tersentuh rasa hati melihat tulisan tangan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dalam meluahkan rasa hati.  





Memetik bingkisan warkah dari seorang sahabat dalam "Facebook"nya:

"Dua tiga hari ni macam rasa sesuatu yang lama dah dipendam dan ditunggu masa untuk meletus jer..
Takut kalau meletus, habis semuanya terkena percikan.

Kalau dulu,
masa exam, berjaga sampai larut malam sama-sama
untuk ulangkaji dan bergosip.
Waktu adik-adik junior share masalah
kita sama-sama cari solusinya.

Bila ada rasa curiga antara kita,
gaduh dan bermasam muka itu bukan didikan para pendidik di medan tarbiyah kita.
Kita sama-sama dididik dengan mencari solusi kehidupan.
Berkumpul dan meluahkan rasa curiga itu menerbitkan sebuah ukhuwah yang mantap.
Kemantapannya dirasai sampai saat ini,
hinggakan bila jauh seolah-olah seperti jasad di perantauan
tapi hati di tanah air..."
-Syamimi Arina Kamal

Monday, 10 March 2014

~H.B~ -_-

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

Seumur hidup, tiada yang dikatakan "MAJLIS HARI JADI". Bahkan untuk meraikannya pun jarang sama sekali.

Iri hati melihat sambutan hari jadi orang lain?

Jujur, tidak ada langsung perkataan itu dalam kamus hidupku.

Kenapa?

Kerana aku sendiri lebih selesa begitu. Mungkin kerana sudah terbiasa.

Bohonglah jika aku katakan tiada langsung perasaan iri bila melihat orang lain menyambut hari lahir mereka besar-besaran, diraikan ramai orang, akan tetapi perasaan itu segera terpadam bila hati mula berkata:

"Tiada yang lebih gembira melainkan kau sendiri tahu hari ini hari lahir kau."

Bahagia dan gembira tidak semestinya apabila bersama rakan-rakan dan orang-orang terdekat tetapi apabila individu itu sendiri yang meletakkan diri mereka dalam keadaan gembira. Tiada yang dapat menghalang bila dia sendiri membenarkan dirinya untuk bahagia.

Justeru, aku sendiri sudah cukup berpuas hati dan bersyukur dengan mengetahui bahawa hari ini merupakan hari lahirku.

.................................................................................................

Masih segar dalam ingatan, waktu itu Cikgu Rokiah memanggil namaku meminta agar aku mengagihkan makanan. Dalam hati aku bertanya, "Kenapa aku?"

Tapi terselit juga rasa bangga apabila cikgu memilih aku dan bukannya murid yang lain.  -_-

Sebenarnya, pagi itu sewaktu Ummi menghantar aku ke Tadika, aku perasan Ummi berbual bersama Cikgu Rokiah. Entah apa yang dibualkan aku sendiri tidak pasti. Dan kerana itulah Cikgu Rokiah meminta aku untuk mengagihkan makanan.

APOLLO. Itulah makanan yang aku agihkan kepada semua rakan sekelas (yang akhirnya aku sendiri tidak dapat.  -_-)

Malamnya pula, ketika makan malam, Arwah Atuk mengetuai bacaan doa selamat yang dituju untuk aku. (Aku tahu pun sebab Arwah sebut nama aku terlebih dahulu sebelum nama ahli keluarga yang lain). 

Aku nampak ada sebiji kek di tengah-tengah meja. Aku nak pasang lilin tapi ditegah keras oleh Ayah. Aku diam. Bagai mimpi, seakan masih terngiang bacaan doa Arwah Atuk, dan usapan lembut tangan Ummi dan Ayah mengusap rambutku. Waktu itu jumlah keluarga kami 5 orang termasuk Arwah Atuk.

Hari ini barulah aku sedar bahawa itulah sambutan untuk hari lahirku. Apalah yang diketahui oleh seorang kanak-kanak berumur 5/ 6 tahun ketika itu?

Masa terus berlalu. Aku berpindah sekolah. Waktu itu umurku 10 tahun. Sekolah baru, suasana baru, dan kawan-kawan baru. Semuanya baru.....

Masih jelas dalam memoriku, seorang rakan kelas bertanya:

"Berapa tarikh lahir awak?"

"Entah, tak tahu. Tak pernah tanya Ummi dan Ayah," jawabku.

Aku nampak riak wajahnya terkejut. Tapi aku buat tak endah.

Baru aku sedar, semua rakan mengetahui tarikh lahir mereka sedangkan aku tidak pernah nak ambil tahu perkara seperti itu.

Pulang dari sekolah, malamnya aku terus bertanya Ummi:
"Ummi, bila tarikh lahir Adik?"

"Entahlah, Dik. Ummi tak ingat. Ummi lupa. Jom tanya Ayah," jawab Ummi.
(Jujur, sedikit pun aku tak terkesan bila Ummi cakap dia lupa. Sebab dia bekerja. Mesti penat dan aku sendiri pun dah agak, aku pun tak pernah nak ambil tahu pasal tarikh lahir ni. )

"10hb 3," jawab Ayah.

"Oh, ok.. terima kasih,"

Dari situ bermulalah segalanya. Aku mula mengenal kalendar yang selama ini aku tak pernah nak sentuh, bahkan nak melihat pun tidak pernah sama sekali. Di sekolah, aku setia menanti dan menjadi penonton setia cikgu mencatat hari dan tarikh di papan hijau. Aku mula tertunggu-tunggu tarikh keramat itu...



Tuesday, 24 December 2013

6 o'clock...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

6pm - Tempat praktikal

"Azie, cepatlah buang sampah tu. Aku nak mandi ni,"Aku menggesa Azie.

"Sekejapla, lagipun aku nak cuci bilik air sekali," Azie memberitahu.

"Tak pe. Hari ni biar aku ambil alih tugas kau cuci bilik air. Kau cuma perlu buang sampah sahaja,"

Hatiku riang dapat pulang ke kampung hari ini. Teruja rasa hati ingin bertemu Mak dan Ayah di Johor. Tidak sabar rasanya ingin segera malangkah keluar dari sangkar yang tidak berpintu ini dan menghirup udara segar di luar.

Di Terminal Bas - 8pm
Handphone dalam poket seluar berdering. Ummi telefon. Segera aku jawab. Sayu suara Ummi membawa satu khabar duka dari sana. Hilang rasa teruja. Hilang juga rasa gembira.

"Ummi, Faris dah tiada?"

"Betul ke Ummi, Faris dah tiada?"

"Ummi, Faris dah meninggal??"

3 kali ku ulangi soalan yang sama. Cuma satu yang ku cari. Kepastian dalam berita yang baru singgah di cuping telingaku.

Senyap. Kaku. Terkejut.

Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaanku. 

Sekali lagi handphone ku berdering. Kali ini panggilan daripada Ayah. Ku ulang lagi soalan yang sama demi menagih sebuah kepastian.

"Ayah, benarkah Faris  sudah tiada?"

"Ayah, benarkah Faris sudah tiada?"

"Ayah, benarkah Faris sudah tiada?"

Jawapan yang aku terima masih sama. Maka benarlah apa yang didengar oleh telinga. Sebuah hakikat yang tidak akan pernah berubah.

"Ya, benar Faris sudah tiada," jawab Ayah.
"Sedekahkanlah al-Fatihah buat dirinya di sana. Berhati-hatilah semasa perjalanan pulang nanti,"

Aku kuatkan hati untuk bertanya soalan selanjutnya.

"Pukul berapa dia meninggal?"

"Ayah dapat tahu khabar duka ni jam 6 petang tadi,"

ALLAHU AKHBAR............

6pm...


Jam 6 petang
aku di sini riang gembira
menunggu detik dan mengira masa
menanti saat bersua muka
bersama-sama keluarga tercinta

Jam 6 petang 
-di sana-
semuanya sedang berdukacita
satu panggilan mengubah segalanya
benarlah musibah tidak mengira mangsa dan masa
kembalilah dia pada Yang Esa...

Al-Fatihah buat Ahmad Faris bin Johari (1991-20/12/2013)



Sunday, 1 September 2013

Advice

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

"Di saat orang lain menidakkan, hadirnya dia membenarkan"

good listener

Mentaliti masyarakat kita :

"Kau boleh buat ke?"

"Ala.. anak bongsu - mesti manja,"

"Kau boleh ke? Kau kan tak pernah ada pengalaman nak 'deal' dengan budak kecil - kau tak ada adik."

"Macam mana kau nak 'handle' budak kecil? Kau sendiri pun 'adik'."

"Kau? Hm.. memang tak la...."

Sudah lali telinganya mendengar kata-kata atau pandangan orang tentang anak bongsu. Sepanjang dia hidup di muka bumi ini setiap pandangan, tohmahan, cacian, atau ketidakpuasan hati yang mereka lemparkan dipandang sepi. Malas hendak ambil kisah - apatah lagi pada perkara yang boleh menjatuhkan semangat untuk terus maju ke hadapan.


Memetik kata-kata Pensyarah A semasa subjek 'Sensation & Perception', katanya :

"Kali pertama jari anda tercucuk jarum pasti terasa sakit. Tapi, apabila ia sudah berulang kali berlaku maka ia akan menjadi suatu kebiasaan. Rasa sakit itu pastinya ada tetapi tidak seperti kali pertama karana ia sudah menjadi 'habit'. Anda sendiri sudah mampu 'adapt' dengan rasa sakit itu."

Tidak lama lagi dirinya akan beralih ke fasa pra-baru iaitu praktikal.

Takut - cemas - semuanya menjadi satu apatah lagi apabila terpaksa berhadapan dengan kanak-kanak (0 - 3 tahun / TASKA).

Dia hanya mampu berusaha untuk melakukan yang terbaik, berdoa, dan seterusnya tawakal kepada Ilahi.

 Teringat kembali kata-kata Asma', (sahabat baiknya semenjak kecil) dalam perbualan yang lepas. Secara tidak langsung ia membuahkan benih-benih harapan agar dirinya tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha untuk menjadi insan tabah dan cekal.
"Aku kenal kau dah lama. Apa kau fikir semua anak bongsu tu manja ke? Tak pandai berdikari? Aku ada ramai kawan yang terdiri dari anak bongsu. Boleh jer hidup sendiri - berdikari. 

Aku kenal kau dari kecil. Aku nampak kelebihan yang ada pada diri kau yang kau sendiri tak nampak. Kau kena yakin dengan diri kau dan kau kena kuat.

Sekarang ni bukan masalah kanak-kanak tu yang kau kena fikir dan risaukan. Apa yang lebih penting sekarang ni kau doa kat Allah, minta pada Dia supaya kau dikurniakan staff-staff yang baik-baik di tempat kau praktikal. At least bila staff-staff kat tempat kau praktikal tu dah okay, kau tak perlu risau untuk bekerjasama dengan mereka. Kau hanya perlu fokus pada kanak-kanak yang akan kau jaga tu sahaja. 

Cuba kau bayangkan kalau staff-staff kat tempat kau nak praktikal tu semuanya bermasalah - tak nak beri kerjasama pada kau, sudah tentulah nanti kau yang akan kusut - susah untuk kau handle kedua-duanya dalam masa yang sama. Sebab tu sekarang ni kau kena doa supaya dikurniakan staff-staff yang baik di tempat praktikal. Insya-Allah semuanya akan berjalan lancar."
Akhirnya, dia temui semangat baru untuk terus melangkah ke hadapan.
*Asma' - bukan nama sebenar 


Sunday, 25 August 2013

Clueless

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

still looking for an idea


Seorang sahabat, merangkap seorang pembaca setia blog saya bertanya :

"Kenapa dah lama tak update blog?"

Jawapan yang saya beri :

"Clueless"

"Clueless sebab memang dah ketandusan idea untuk menulis"

"Clueless gara-gara selepas baca blog seorang hamba Allah"

"Clueless sebab blog hamba Allah ni dah menjawab semua persoalan yang bertandang"

"Clueless sebab - apalah yang ada pada blog saya ni?"

"Clueless sebab blog hamba Allah tu mempunyai daya tarikan tersendiri"

"dan Clueless yang paling utama - rasa kagum pada penulis blog itu sendiri"

...........................................................................................

Alasannya sangat mudah kenapa saya tiba-tiba menjadi seperti ini - hilang semangat untuk menulis dan ketandusan idea.

Kisahnya bermula apabila saya berjumpa sendiri dengan pemilik blog tersebut. Awalnya, saya tidak tahu bahawa dirinya juga seorang Blogger..

-Bukan-

Hakikatnya, sememangnya saya mengetahui bahawa dia merupakan seorang Blogger cuma saya tidak tahu bagaimana corak penulisannya di blog.

(Memang kalau boleh tak nak ambil tahu)

Justeru tanpa terlebih dahulu mengambil tahu atau mencari tahu identiti Si Penulis blog tersebut, saya terus mengambil keputusan untuk bertemu.

Dan seperti lazimnya, saya memandang semua manusia itu sama. Setaraf. Begitu juga dengan penulis blog tersebut. Pada fikiran saya waktu itu, cara pemikiran saya dan dia adalah berbeza - dan itulah juga tujuan sebenar saya berjumpa dengannya - untuk menjelaskan perbezaan fikiran kami.

Dan untuk kesekian kalinya... saya akhirnya terkesima mendengar butir bicaranya. Satu perkataan yang mampu menjelaskan situasi saya ketika itu adalah "speecless".

Di rumah, saya bertindak seperti seorang "stalker" walhal itu bukanlah sifat saya untuk mencari tahu hal orang lain. Semua hasil penulisannya di blog saya baca dan telah khatam.Saya temui sesuatu di akhir pembacaan. Sesuatu yang menjelaskan segalanya....

Apa perasaan anda setelah mendapat tahu bahawa perkara yang ingin anda "explain" kepada seseorang rupa-rupanya telah terlebih dahulu di "explain"  oleh dirinya sendiri dalam blog tersebut?

-sangat malu-

Rupa-rupanaya cara pemikiran kami sama.

Saya temui hikmahnya di sini mengapa tiba-tiba saya menjadi "speechless" pada pertemuan yang lalu. Allah telah menyelamatkan saya daripada termakan dengan kata-kata sendiri - kami berbeza pendapat / cara pemikiran kami berbeza.

Pengajaran : Kenali terlebih dahulu dengan siapa anda berbicara.

*Blogger tersebut adalah seorang kenalan di sebuah institusi pengajian.