DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis melainkan dengan keizinan-Nya)
Saidina Ali berkata :
"Selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari,"
Demikianlah kata-kata seorang sahabat nabi. Sungguh mendalam kata-katanya mengenai sebuah persahabatan. NA'UZUBILLAH MIN ZALIK. Berlindung aku daripada syaitan yang direjam supaya tidak menjadi seperti itu. Semoga Allah melindungi diriku sentiasa.
Sungguh, dalam melayari liku-liku sebagai seorang khalifah di bumi Allah ini aku amat ,memerlukan seorang insan bernama sahabat, seseorang yang aku kenali, juga seseorang yang sangat memahami diri ini. tidak dinafikan inilah kali pertama aku akan berpisah dengan sahabat-sahabat yang sudah kuanggap seperti adik-beradik. Kerana apa? Kerana merekalah sahabat ketika susah dan senang, sahabat ketika gembira dan sedih, juga sahabat sepanjang masa. Lima tahun tempoh persahabatan umpama suatu jangka masa yang pendek. Tanpa sedar, masa berlalu begitu pantas sehingga tiba suatu saat, kami terpaksa berpisah. Semuanya demi mengejar cita dan impian. Jika dahulu kita tinggal di bawah satu bumbung yang sama, berkongsi kenangan suka dan duka, tetapi kini tidak lagi. Kita hanya mampu memandang bulan yang sama namun berbeza arah kedudukan. Engkau mungkin di utara sedangkan aku di selatan. dan mungkin jua engkau di timur sedangkan aku di barat. Walau di mana sekalipun kedudukan kita, yang pasti engkau wahai sahabat tetap setia dalam kotak ingatanku jua dalam setiap bisikan doaku. Insya-Allah.
"FRIENDS...
WE SHARE SMILES
WE WIPED THE TEARS
AND THROUGH THE YEARS.
OUR FRIENDSHIP HAS GROWN ALONG WITH US
YOU ARE TRUELY
A WONDERFUL PART OF MY LIFE"
Sebagai seorang sahabat, sebagai seorang teman, juga sebagai seorang rakan, jauh di sudut hati aku amat bersyukur dipertemukan dengan engkau..
"Sahabat yang setia sukar dicari. Yang mulia disisi Ilahi, dia ketawa apabila sahabatnya gembira dan turut berdukacita apabila sahabatnya ditimpa musibah. Baginya, nilai persahabatan diukur pada kejujuran dan bukan pada kebendaan."
Seorang sahabat pernah berkata padaku :
"Mengenali seseorang itu kadang-kala membuat kita ketawa. Mengenali seseorang juga kadang-kala membuat kita menangis. Sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa. Marah, sedih, gembira, sayang, dan rindu. Sedarkah kita? Mengenali seseorang itu adalah satu anugerah. Biarpun hadirnya hanya sementara, bersyukurlah dengan kehadirannya, kerana mungkin melaluinyalah kita mengenal apa itu erti sebuah kehidupan."
Tersenyum aku sendirian. dalam hati aku membenarkan setiap kata-katanya. Benarlah, melalui seorang sahabat kita mampu mengerti apa itu erti sebuah kehidupan, kerana seribu satu pengalaman dalam sebuah persahabatan membuat kita matang dalam mengenali sifat dan perwatakan manusia. Namun, jauh di sudut hati aku sedar bahawa setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya. Begitu juga dengan perpisahan yang sedang aku lalui ini.
"Kadang-kala Allah jarakkan hubungan kita, kemudian dia datangkan pula dengan dugaan. Puas kita mencari di mana teman kesayangan kita, rupa-rupanya Allah hendak hadiahkan kita sebuah kerinduan yang berpanjangan."
Persahabatan itu ibarat satu janji yang dibuat di dalam hati. Walaupun ia tidak dapat ditulis dan dibaca namun ia tidak akan terpisah dek jarak, juga tidak akan berubah dek masa. Sekali kita berkawan maka selamanyalah kita tetap teman.
Persahabatan itu juga terbina atas ranting kejujuran, bertunjangkan kasih sayang lalu membuahkan kemanisan ikatan. Jika terpesong, maka patahlah ranting, reputlah akar, lalu rosaklah buah. Teman sejati bukanlah pada bicaranya tetapi yang sentiasa diingati dalam setiap bisikan doanya. Sungguh, inilah yang sedang aku praktikkan dalam kehidupan.
Wahai sahabat yang sentiasa diingati,
Perpisahan kita bukanlah kerana sebuah pergaduhan, jauh sekali disebabkan pertengkaran. Perpisahan kita adalah demi mengejar sebuah impian. Hala tuju setiap insan adalah berbeza. Mungkin telah tertulis laluan kejayaan bagimu lurus untuk mencapai kejayaan, sedangkan laluan untukku sangat berliku. Namun, aku percaya setiap liku-liku kehidupan yang aku tempuhi pasti mengandungi seribu satu hikmah yang aku sendiri tidak tahu. Mungkin disebalik jalan yang aku pilih ini aku belajar menghadapi realiti kehidupan yang kita sendiri sedia maklum bahawa ianya sangat mencabar. Bukan hanya fizikal yang aku perlu persiapkan bahkan jua mental. Dalam mengharungi ujian hidup di bandar metropolitan yang aku sendiri tidak pernah terfikit untuk bermastautin di sana, aku perlu bersedia dalam kedua-dua aspek fizikal dan mental serentak. Aku perlu bijak dalam menghadapi sesuatu perkara dan tidak sesekali bertindak mengikut perasaan. Aku sedar jika ikut hati mati manakala ikut rasa binasa.
Inilah sebuah kisah yang ingin sekali aku kongsikan bersama engkau wahai sahabat. Kisah benar yang aku cuba sampaikan melalui kisah gadis. Dialah GADIS DALAM KACA. Hanya mampu melihat tetapi tidak mampu untuk menggapai. Inilah sebahagian dari kisah hidupnya. hayatilah wahai sahabat.
"Lily melangkah keluar dari pagar sekolah. Langkahnya lemah. Setiap langkah perjalan Lily Gadis hitung. Selangkah demi selangkah sehinggalah Lily hilang dari pandangan matanya. Gadis masih ingat tarikh keramat itu. Tanggal 9MEI2011. Hari yang cerah tetapi mendung di hati Gadis dan sahabatnya yang lain. Lily berpindah. Setiap insan mempunyai cita dan impian. Begitu juga Lily. Pemergiannya hari itu bukan sekadar suka-suka, tetapi pastinya ada sesuatu yang lebih baik menantinya di sana. Insya-Allah. Perpisahan yang terjadi ini adalah demi mengejar ilmu. Dalam hati, Gadis merelakan. Lily adalah sahabatnya. Memang, Gadis akui mereka bukanlah teman rapat yang sentiasa bersama walau ke mana sahaja, jua bukan teman baik yang sentiasa berada di sisi Lily setiap masa, namun ukhuwah yang terbina sepanjang lima tahun benar-benar membuat hati Gadis sebak untuk berpisah. Jauh di sudut hati Gadis sedih. Dia terasa kehilangan. Kini, kian bertambahlah sahabatnya yang berpindah, bermakna akan semakin berkuranglah sahabatnya di sini. Tanpa disedari air mata Gadis meluncur laju di pipinya. Dia tidak dapat mengawal kesedihan di hatinya..."
Inilah sebuah hakikat. Hakikat yang terpendam. Ingin sekali aku memetik bait lagu Bob AF2, Cinta seorang teman..
Duhai sahabat..,
terlalu banyak yang kita lalui bersama. Ibarat seperti sebuah buku yang kosong, tidak akan cukup helaian muka surat jika hendak dilakarkan memori kita bersama. Tidak cukup hanya sebotol dakwat untuk mencoretkan kenangan kita bersama. Semuanya terlalu banyak. Pahit manis kita bersama sepanjang lima tahun amat sukar untuk dilupakan. Kehidupan kita sudah seperti adik-beradik. Jika hari ini kita bermasam muka namun esok kembali bergurau mesra. Walau sering kita bertengkar kerana mempertahankan pendirian namun itu hanya sementara. Semua itu sudah menjadi memori indah di saat ini. Kerana apa? Ukhuwah yang dibina dengan keizinan Allah ini akan dijaga sebaik mungkin dan tidak akan dibiarkan berakhir dengan sia-sia. Memetik pepatah melayu bahawa air yang dicencang tidak akan putus begitulah jua ibaratnya ukhuwah antara kita. Setelah bersama-sama melayari warna-warni kehidupan sebagai seorang pelajar, kini, hari ini, ketika ini, tibalah waktu untuk kita berpisah membawa haluan masing-masing. Semuanya demi mengejar kejayaan. Sesungguhnya seorang manusia itu dipandang bukanlah kerana kecantikannya tetapi ilmu yang ada pada dirinya.
Sungguh berat hati ini untuk melafazkan perpisahan. Kelu lidah ini untuk mengucap selamat tinggal. Amat payah rasanya untuk menuturkan kalimah. Sungguh, tidak pernah sesekali terlintas di fikiran bahawa suatu hari nanti aku pula yang akan meninggalkan engkau wahai sahabat. Namun, sedarilah bahawa kita sebagai manusia hanya mampu untuk merancang, tetapi Allah yang akan menentukan segalanya. DIAlah sebaik-baik perancang. DIAlah juga yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Inilah dia yang dinamakan ujian dan dugaan dari Sang Pencipta. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Kita sebagai hamba hanya mampu untuk terus berdoa agar dipermudahkan segala urusan.
Sahabat yang baik sentiasa di sisi..
sahabat sejati setia menemani..
sahabat sebenar mampu untuk memahami..
sahabat yang ikhlas akan mendoakan..
setiap yang ada bersama dikongsi..
suka dan duka bersama dilalui.
Inilah sebuah hakikat. Hakikat yang terpendam. Ingin sekali aku memetik bait lagu Bob AF2, Cinta seorang teman..
"ku cuba bayangkan waktu dulu
gurau senda serta pujukanmu
puisi indah menyatakan kata rindumu
masa yang berlalu meragui
seluruh harapan muncul
kini mengapa enggan bertanya
di mana kesudahan kita.."
Duhai sahabat..,
terlalu banyak yang kita lalui bersama. Ibarat seperti sebuah buku yang kosong, tidak akan cukup helaian muka surat jika hendak dilakarkan memori kita bersama. Tidak cukup hanya sebotol dakwat untuk mencoretkan kenangan kita bersama. Semuanya terlalu banyak. Pahit manis kita bersama sepanjang lima tahun amat sukar untuk dilupakan. Kehidupan kita sudah seperti adik-beradik. Jika hari ini kita bermasam muka namun esok kembali bergurau mesra. Walau sering kita bertengkar kerana mempertahankan pendirian namun itu hanya sementara. Semua itu sudah menjadi memori indah di saat ini. Kerana apa? Ukhuwah yang dibina dengan keizinan Allah ini akan dijaga sebaik mungkin dan tidak akan dibiarkan berakhir dengan sia-sia. Memetik pepatah melayu bahawa air yang dicencang tidak akan putus begitulah jua ibaratnya ukhuwah antara kita. Setelah bersama-sama melayari warna-warni kehidupan sebagai seorang pelajar, kini, hari ini, ketika ini, tibalah waktu untuk kita berpisah membawa haluan masing-masing. Semuanya demi mengejar kejayaan. Sesungguhnya seorang manusia itu dipandang bukanlah kerana kecantikannya tetapi ilmu yang ada pada dirinya.
Sungguh berat hati ini untuk melafazkan perpisahan. Kelu lidah ini untuk mengucap selamat tinggal. Amat payah rasanya untuk menuturkan kalimah. Sungguh, tidak pernah sesekali terlintas di fikiran bahawa suatu hari nanti aku pula yang akan meninggalkan engkau wahai sahabat. Namun, sedarilah bahawa kita sebagai manusia hanya mampu untuk merancang, tetapi Allah yang akan menentukan segalanya. DIAlah sebaik-baik perancang. DIAlah juga yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Inilah dia yang dinamakan ujian dan dugaan dari Sang Pencipta. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Kita sebagai hamba hanya mampu untuk terus berdoa agar dipermudahkan segala urusan.
Jika hari ini aku pergi
janganlah engkau tangisi
kerana pemergianku ini
tidak lain hanyalah untuk mencari
keredhaan Ilahi
di saat kaki ini melangkah
meninggalkan bangunan yang bersejarah
dan membawa bersama segenggam tabah
yang dipupuk sekian lama
dengan harapan yang nyata
untuk menggenggam segulung ijazah
sahabat yang dikasihi,
berbekalkan semangat dan azam yang tinggi
kaki ini melangkah pergi
membawa bersama memori
yang tersimpan kemas didalam hati
ketahuilah
sesuatu yang pasti
di saat kaki melangkah pergi
tidak sesekali menoleh untuk kembali
kerana pabila sekali menoleh untuk kembali
nescaya amat payah untuk kembali pergi
harapan hatiku hanya satu
doakan kebaikan untuk diriku
nasihatkan aku selalu
kerana aku
masih memerlukan kamu
dalam mengharungi liku-liku kehidupan
maafkan diriku wahai teman
andai diriku menyakitimu
andai buruk perilaku ku
andai hodoh tabiatku
andai terkasar pertuturanku
sepanjang bersahabat denganmu
ketahuilah wahai teman
diriku ini hanyalah insan biasa
yang tidak pernah lepas dari dosa
justeru itu
doa darimu itu yang ku damba
dalam setiap masa
jua ketika..
Ikhlas dari hatiku semata-mata. - rozy
No comments:
Post a Comment