DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)
mencari kebahagiaan |
"Ya Allah..
jika suatu saat aku kehilangan harapan
dan tujuanku
berikanlah kepadaku keyakinan
bahawa takdir-Mu lebih baik
dari semua yang aku inginkan
dan aku impikan."
KEHIDUPAN..
tidak selalunya indah seperti yang dijangka
tidak juga penuh derita,
hidup ini pelbagai dugaan.
15 JUN 2012
- Permulaan bagi sebuah buku baru dalam kehidupan seseorang -
( juga pelbagai cabaran bagi individu yang lain )
perpisahan PP yang akan pulang ke Sabah,
menduduki peperiksaan di saat hati sedang bergolak
juga
kesulitan sepanjang perjalanan pulang ke Johor...
konflik dalam diri,
sendirian..
Hanya Tuhan yang tahu.
............................................................................................................
- EVERYTHING HAPPEN FOR A REASON -
rupa-rupanya..
masih ada sinar di hujung jalan
andai diri meletakkan Allah dalam setiap cabaran.
kebahagiaan |
disebalik apa yang berlaku...
perpisaan adalah demi menguji kekuatan,
peperiksaan mengajar diri untuk sentiasa bersedia,
kesulitan sepanjang perjalanan menjadikan diri insan cekal,
konflik dalam diri hanyalah mainan perasaan.
hakikatnya...
kutemui kebahagiaan,
melihat insan lain tersenyum gembira,
ikatan persahabatan yang kukuh dalam kalangan pengantin lelaki
dan sahabat-sahabatnya,
pengorbanan seorang rakan,
dan keluarga...
"ORANG yang paling bahagia dalam hidupnya adalah orang yang tidak selalu memiliki yang terbaik dalam hidupnya, tetapi hanya selalu berusaha untuk bersyukur dan menjadikan setiap apa pun yang hadir dalam hidupnya menjadi yang terbaik."
No comments:
Post a Comment