insan biasa

may Allah bless u

Monday, 24 June 2013

Hawa..

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)

~Dedicated to my sister Fitriya and my bestfriend Dila~
(a present for both of you)


Asma'  binti  Kharijah  al-Fazari  berkata  kepada  anak  perempuannya  ketika  berkahwin:

"Kamu  telah  keluar  dari  sangkar  di  mana  kamu  tinggal.  Kini,  kamu  hendak  pergi  kepada  selimut  di  mana  engkau  tidak  mengenalinya  serta  teman  di  mana  kamu  belum  biasa.  Maka  hendaklah  kamu  menjadi  tanahnya,  tentu  dia  akan  menjadi  langitmu.  Hendaklah  kamu  menjadi  atapnya,  dia  akan  menjadi  tiangmu.  Hendaklah  kamu  menjadi  umatnya,  maka  dia  akan  menjadi  'abdmu.  Jangan  kamu  merenungnya  sehingga  dia  melepaskanmu,  dan  jangan  pula  kamu  menjauhinya  sehingga  dia  melupakannya.  Jika  dia  mendekatimu,  dekatlah  kepadanya.  Jika  dia  menjauhimu  maka  jauhilah  dia.  Jagalah,  hidungnya,  telinganya,  dan  kedua  matanya.  Jangan  sampai  dia  mencium  darimu  melainkan  yang  baik.  Jangan  sampai  dia  mendengar  melainkan  yang  elok.  Dan  jangan  sampai  dia  melihat  melainkan  yang  indah."

-Terjemahan  kitab  MUKASHAFAH  AL-QULUB,  Penenang  Jiwa  Pengubatan  dan  Rawatan  Imam  al-Ghazali.

Surat dari sang Adam buat Hawa:

"Ubun-ubunku ada di tangan-mu, keputusan-Mu adil untukku. Ya Rabb, aku memohon pada-Mu.. jagai, sayangi, cintai, dan redhailah wanita yang kukirimkan surat ini kerana aku begitu mencintainya kerana-Mu."

Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum buat bidadariku Amni Sorfina. Seindah namanya itu bagitu jugalah indah peribadinya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya kerana itulah pintu hatinya tempat cinta itu beetakhta.
Amni tahu kenapa Irfan jatuh cinta pada Amni? Irfan sangat jatuh cinta pada Amni Sorfina kerana dia seorang wanita yang begitu tinggi peribadinya. Bukan setakat kecantikannya yang menyejukkan hati tetapi lebih daripada itu kerana sesuatu yang paling istimewa dalam dirinya. Dia seorang wanita yang penuh dengan kelembutan dan kasih sayang namun dia tegas. Dia seorang wanita yang begitu lembut hatinya dan mudah tersentuh, namun dia seorang tabah! Dia punya cinta yang paling mahal untuk sang Adamnya namun dilindunginya disebalik prinsip-prinsip yang dipertahankannya. Dia seorang wanita yang bijak menyusun kata-kata, menyejukkan ruang hati ini. Dia mengajarku erti sabar, erti redha, erti tawakal juga erti cinta kepada Allah. Dia menunjukkan aku cahaya ketika aku teraba-raba dalam kegelapan. Dia membawa aku dekat dengan Tuhanku. Sungguh, dia adalah bidadari yang dikirim Allah untukku. Aku berbahagia sehingga ke akhir hayatkudengan anugerah daripada-Nya itu. Sehingga hujung nyawaku, aku mampu tersenyum dengan cintanya juga cinta Tuhan yang diajarkannya padaku. Aku telah mendapat segala-galanya dalam hidupku ini, lalu tiada lagi pintaku untuk diri sendiri melainkan aku begitu banyak meminta untuknya, juga untuk keluargaku...

Dipetik dari novel Stanza Cinta, karya Nurull Halawati.

Tue - 8/1/13
  

Ya Tuhanku...
aku tidak meminta seseorang yang sempurna
namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna
sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu
seorang ikhwah yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya
seorang ikhwah yang memerlukan doaku untuk kehidupannya
seseorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat
hidupnya menjadi sempurna...

(STANZA CINTA)

"Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti akan mati
Cintailah siapa sahaja yang kamu sayangi sesungguhnya kamu 
pasti akan berpisah dengannya.
Lakukan apa sahaja yang kamu kehendaki
sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya.
Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan."
(Ibn. Abbas)

1 comment:

  1. this is for me. i'm so appericiate it. thns my bffffff. xtau la nk ungkpkn cm ne lg. u are the bestiesss

    ReplyDelete