DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-NYA)
hati rasa tenang, hati rasa gembira, hati rasa sedih...
tenang kerana segalanya telah berakhir...(pahit manis dalam bergelar pelajar semester pertama)
gembira apabila dapat bertemu seorang lagi sahabat yang serasi. agak terlewat mengenali dirinya...(akhirnya...alhamdulillah)
sedih mengenangkan kelas telah berakhir...(lepas nie kami semua akan berlainan kelas)
"kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat. puas kita mencari di manakah matahari. rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
dulu...
semasa zaman sekolah (di asrama)
bila tiba hari jumaat, kami semua akan menuju ke surau untuk membaca surah yaasin secara berjemaah serta mendengar sedikit taklimat daripada para guru. melangkah masuk dengan kaki kanan lalu duduk di barisan hadapan (pelajar perempuan) berdekatan tingkap. kemudian, akan datang seorang lagi rakan yang juga satu tingkatan duduk di sebelah. akhirnya, barisan hadapan dan kedua akan dipenuhi oleh kami pelajar tingkatan 5.
seperti sudah tercatat kedudukan masing-masing sewaktu di dalam surau. pelajar tingkatan 5 akan duduk di sini, pelajar tingkatan 4 di sana, pelajar tingkatan 3 pula di hujung, manakala pelajar tingkatan 1 dan 2 akan memenuhi ruang-ruang yang kosong. begitu juga pelajar lelaki. seolah-olah mengerti akan kedudukan masing-masing. seakan sudah tercatat tempat duduk kami sewaktu di dalam surau. maka kami, semua pelajar akan duduk di dalam satu kelompok mengikut tingkatan masing-masing.
gembira apabila mengenangkan memori lama...
ukhuwah yang dibina menjadikan kami seperti adik-beradik. hidup sentiasa berkelompok.
masih terngiang pesanan en.Aizel, penyelia asrama. nasihat beliau supaya kami tidak terus bersikap demikian. duduk berkelompok di dalam surau dan sentiasa duduk di tempat yang sama, tidak berubah. jika pada awal tahun duduk berhampiran tingkap maka sehingga ke akhir tahunlah wajah yang sama akan memenuhi ruang tersebut.
menurut encik Aizel, jika kami berterusan bersikap demikian dikhuatiri kami akan menjadi individu yang tidak dapat menerima perubahan pada masa hadapan kelak. inilah fakta.
dalam diam, hati ini membenarkan kata-kata beliau. namun, diri ini tetap masih berdegil. tidak mahu berpisah.
kini....
seakan sukar hati ini untuk berpisah. semuanya terasa istimewa pada pandangan mata. ini. lain daripada yang lain. unic.
diakui bahawa hati ini tidak suka pada perubahan.
semester satu akan berakhir...
saat inilah diri terasa sedih...
semuanya akan berubah...
segalanya sudah tidak sama...
baru sahaja bertemu, kini bakal pula berpisah.
inilah lumrah kehidupan...
terlalu sukar untuk menerima kenyataan
namun hati harus tetap bertahan
semata demi sebuah perjuangan
diri ini harus terus mara ke hadapan
pinggirkan segala keresahan
demi mengejar sebuah kejayaan
relailah sebuah pengorbanan
kuatkanlah diri ini wahai AR-RAHMAN
sesungguhnya Engkaulah tempat aku bergantung harapan...
"manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia..."

pernah hati ini terguris
dengan fitnah dan tohmahan menghiris
sehingga terasa diri ini hina
kerana tiada siapa yang sudi membela
kutabahkan hatiku harungi hidup
biarpun tiada siapa yang menemani
keseorangan aku di laluan sepi
ditinggalkan mereka yang ku percayai
namun ku tahu ada hikmahnya
setiap segala yang menimpa diri
kuserahkan segala pada-Mu Tuhan
Yang Berkuasa jua Mencipta
kerana Engkau lebih mengetahui
segala apa yang terbuku di hati
Ya Allah tidak ku terdaya lagi
menahan dugaan yang mencabar ini
terasa bagai luka telah ku temui
mengakhiri segala yang telah ku mulai
Ya Allah Engkau lindungilah aku
bekalkanlah daku dengan limpahan iman
agar tabahku menghadapi dugaan
agar tidak ku terhenti di pertengahan
kini, di sini aku berdiri
bersama harapan yang tulus suci
agar terbitlah kembali mentari
setelah malam ku bertalut benci
(PASRAH SEGALANYA - dehearty)
ya Allah...
kuatkanlah hati ini...
No comments:
Post a Comment