DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan izin dari-Nya)
pohon semalu memang pemalu!
sifat malu lambang kemuliaan wanita bermaruah. Hakikatnya, malu bukan sekadar untuk wanita, tetapi untuk lelaki juga. Malu juga melambangkan nilai keimanan dan kesusilaan.
Sabda Rasulullah s.a.w :
"malu dan iman itu adalah teman seiring jalan. Jika yang satu itu diangkat, nescaya terangkat pula yang satu lagi."
(Tapi, cikgu selalu berpesan jangan malu bertanya ketika di dalam kelas.....)
Perlu difahami, kita tidak perlu malu dalam menuntut ilmu dan menegakkan kebenaran Allah. Biarlah malu yang bertempat. Malu untuk menjadi wanita yang rosak akhlaknya iaitu yang hanya pandai menggoda lelaki yang bukan mahramnya. Selain itu, malu untuk melakukan maksiat. Pendek kata, malu untuk mengingkari perintah-Nya dan malakukan larangan-Nya.
Bagi si pohon semalu, bersama sifat malunya ada duri yang tajam berbisa. Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman. Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah.
Pohon semalu juga mengeluarkan bunga ungu yang cantik. Begitulah jua wawasan seorang mujahidah. Dia ingin menghiasi alam dengan haruman bunga-bungaan akhlak yang menawan.
Selain itu, dedaunan yang menghijau pada pohon semalu sangat erat pertaliannya antara satu sama lain. Apabila sehelai daun disentuh, daun-daun di tepinya turut tertutup malu. Tindak balas daun-daun itu lambang persaudaraan dan kasih sayang. Begitulah seorang mujahidah. Dia perlu memandang semua orang dengan kaca mata dakwah untuk membawa seseorang itu mencintai Allah dan rasul-Nya.
Indahnya jika dapat membawa seseorang rasa bahagia dengan cara hidup Ialam yang sebenar. Kerja ini sepatunya terpikul pada semua orang yang beriman.
Moga Allah sudi memilih kita semua untuk tugas yang berat ini.
AMEEN....
No comments:
Post a Comment