DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan kezinan dari-Nya)
"PAP!!"
Pintu kereta ditutup. Seorang gadis bertudung labuh keluar dari sebuah kereta milik seorang pemuda.
"ASTAGHFIRULLAH...."
Ukhti....
apa yang sedang anti lakukan?
Ukhti seorang perempuan bertudung labuh keluar dari kereta seorang pemuda. Malah, terdapat dua orang pemuda lain di tempat duduk belakang. Ana kenal anti. Mereka bukan mahram anti. Lalu, siapakah gerangan 3 pemuda tersebut? Kawan??
Ukhti...di mana sifat malumu sebagai seorang muslimah?
Engkau menjadi contoh pada anak remaja khususnya golongan hawa seperti ana. Perilakumu menjadi tontonan oleh mereka yang cetek ilmu agamanya. Jika anti sendiri berkelakuan seperti itu, bagaimana pula golongan hawa yang lain?
Ukhti,
mengapa anti memilih untuk tunduk pada kemahuan hatimu? Membenarkan syaitan menghasut dirimu?
Ukhti yang disayangi,
secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup keseorangan, seperti mana Adam a.s yang minta dijadikan teman iaitu Hawa meskipun telah dilimpahi dengan pelbagai kenikmatan dan kesenangan di syurga. Kita saling memerlukan antara satu sama lain dan saling bergantungan untuk meneruskan kehidupan.
Kita digalakkan untuk mengenali antara satu sama lain dan ini amat bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 13 yang berbunyi :
"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu lelaki dan perempuan, dan Kami telah jadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu dapat berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya diantara kamu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuannya."
Ukhti,,
dalam adab pergaulan seorang lelaki dan wanita yang bukan mahram, sekiranya pergaulan itu berasaskan kepada keperluan maka ianya dibolehkan. Namun, dalam masa yang sama perlu menjaga batas-batas pergaulan seperti mana yang telah digariskan dalam Islam.
Dr. Yusof Al-Qardhawi di dalam fatwa munasyirah, Jilid 2 menyebutkan :
"Pada prinsipnya, perhubungan antara lelaki dan perempuan tidaklah ditolak secara keseluruhan, malah dibolehkan selagi mana ia bermatlamatkan kebaikan dan atas perkara-perkara yang dibenarkan syariah dan wajib patuhi kehendak dan ajaran Islam serta prihatin tentang adab dan akhlak.
Sekali lagi ditegaskan, meskipun Islam mengharuskan pergaulan tetapi ia bukanlah satu kebebasan mutlak bahkan ia masih dalam ruang lingkup dan batasan tertentu. Justeru terdapat beberapa tatacara tertentu yang mesti dijaga dalam pergaulan, khususnya antara lelaki dan perempuan.
Antara adab pergaulan antara lelaki dan wanita yang harus diipatuhi ialah :
- menundukkan pandangan (surah an-nur : 30)
- menjaga aurat dan kehormatan (surah an-nur : 31)
- tidak berdua-duaan antara lelaki dan wanita - "tidaklah berdua-duaan antara lelaki dan perempuan melainkan akan hadir antara keduanya yang ketiga iaitu iblis." Oleh itu, pertemuan haruslah dilakukan di tempat yang awam dan bukannya di tempat yang tersorok daripada pandangan orang ramai. Perkara ini penting bagi mengelakkan fitnah dan menghindarkan daripada terpedaya dengan hasutan syaitan supaya melakukan maksiat.
- tidak melunakkan suara (surah al-ahzab : 32 dan surah al-luqman : 19)
- tidak bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram
- tidak mengenakan wangi-wangian atau perhiasan yang boleh menarik perhatian
- mengawal pergerakan badan (surah an-nur : 31)
- pertemuan hendaklah pada perkara yang benar-benar perlu dan tidak terlalu kerap
Ketahuilah wahai ukhti,
wanita muslimah yang mengumbar kecantikannya adalah seorang yang tidak memiliki rasa malu. Jika dia tidak memiliki rasa malu, maka dia tidak memiliki karekteristik islam yang sebenar.
Ukhti,
ana bukanlah insan yang sempurna. Bahkan terlalu banyak kelemahan yang ada pada diri ana. Maafkan ana andai nukilan ini menghiris perasaan ukhti. Sesungguhnya nukilan ini juga sebagai peringatan buat diri ana sendiri. Manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Justeru itu kita perlu sentiasa ingat mengingati.
YA ALLAH...
Engkau peliharalah diriku. Semoga kisah ini akan menjadi pengajaran buat diriku. Aku ini insan yang lemah. Engkau peliharalah diriku dan semua muslimat di dunia ini.
AMIN...
No comments:
Post a Comment