DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)
kad raya !! - share your feel - |
zaman semakin canggih...
sana sini menggunakan mesin
tetapi seni kehalusan Bahasa Melayu
masih lagi dipertahankan.
Benar,
manusia tidak lagi bergantung
pada kad raya
untuk mengirim ucapan
"Selamat Hari Raya"
tetapi,
hanya dengan sekeping kad itulah
akan mampu memberi senyuman
kepada si penerima
mengundang rasa keikhlasan
dan kesungguhannya
dalam menyampaikan rasa gembira
jua memohon kemaafan.
Ingatlah,
walau secanggih mana sekalipun
teknologi masa kini
jangan lupa pada yang lama
kerana...
asal kemajuan itu
adalah berpunca dari
kewujudan yang lama.
- Just a sharing.
- rasa gembira bila menerima kad raya, tetapi terlebih gembira bila melihat insan lain tersenyum bahagia..
No comments:
Post a Comment