DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)
merancamg untuk Ramadhan...
Kadang kala kita perlu merancang dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, jika kita merancang untuk menangis dalam solat, ketika mengaji, maka kita akan dapat lakukannya. Jika kita merancang untuk memenuhkan malam-malam terakhir Ramadhan ini dengan bertahajud, dan bersungguh dalam beribadah, maka akan lebih mudah urusan kita untuk melakukannya. Kesimpulannya, jika kita benar-benar mahukannya maka kita akan dapat.
Begitu juga jika kita merancang untuk bertaqwa. Insyaallah, ia akan berlaku. Akan tetapi, jika kita tidak merancang untuk melakukannya, maka tidak akan berlakulah natijahnya.
Bagaimana pula jika kita tidak mampu?
Sekiranya kita tidak mampu, maka carilah geng yang mana apabila kita pandang wajahnya akan timbul rasa takut pada Allah. Pasti ada dalam kalangan sahabat-sahabat kita seperti itu.
Bagaimana jika tiada?
Jika tiada sahabat seperti itu, maka kita sendirilah yang perlu menjadi seperti itu....
-Imam Muda Asyraf
No comments:
Post a Comment