DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)
Setiap kemenangan itu disertai dengan kesabaran. Kita tidak boleh mengeluh dengan ujian Allah kerana hal ini umpama kita tidak redha dengan kesusahan yang Allah beri. Jika kita mengaku beriman kepada Allah, kita mengaku bahawa kita cinta kepada Allah, mana buktinya? Ibaratnya, jika tiba-tiba kamu ditampar oleh seseorang dalam keadaan yang gelap gelita. Ketika itu kamu terasa sakit dan marah sekali, rasa mahu sahaja ditampar kembali orang itu. Kemudian, apabila lampu dibuka, rupa-rupanya yang tampar kita itu ialah kekasih kita. Marah atau tidak?
(TIDAK..........)
Ha, begitulah apabila kita tahu rupa-rupanya kekasih kita yang tampar, terus tidak jadi marah. Walaupun terasa sakitnya, kalau boleh ingin suruh ditampar lagi sekali. Betul?
Begitulah ibaratnya cinta kita kepada Allah. Jika kita benar kasihkan Dia, cintakan Dia, kenapa harus marah apabila Dia beri kita ujian? Kenapa harus bersedih apabila Dia datangkan musibah yang membuatkan hati kita terasa sakit? Bukankah kita perlu bersyukur? Itu tandanya Allah masih sayangkan kita. Dia beri kita ujian kerana Dia mahu kita lebih dekat dengan-Nya. Kerana lumrah manusia ingin hanya mencari Allah apabila susah, tetapi apabila senang, terus lupakan Allah.

~STANZA CINTA~
No comments:
Post a Comment