insan biasa

may Allah bless u

Tuesday, 4 October 2011

ya ukhti di mana sifat malumu?

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis   hari   ini  melainkan  dengan  kezinan  dari-Nya)







"PAP!!"

Pintu  kereta  ditutup.  Seorang  gadis  bertudung  labuh  keluar  dari   sebuah  kereta  milik  seorang  pemuda.

"ASTAGHFIRULLAH...."

Ukhti....
apa  yang  sedang  anti  lakukan?

Ukhti  seorang  perempuan  bertudung  labuh  keluar  dari  kereta   seorang  pemuda.  Malah,  terdapat  dua  orang  pemuda  lain  di  tempat  duduk  belakang.  Ana  kenal  anti.  Mereka  bukan  mahram  anti.  Lalu,  siapakah  gerangan  3  pemuda  tersebut?  Kawan??

Ukhti...di  mana  sifat  malumu  sebagai  seorang  muslimah?

Engkau  menjadi  contoh  pada  anak  remaja  khususnya  golongan  hawa  seperti  ana.  Perilakumu  menjadi  tontonan  oleh  mereka  yang  cetek  ilmu  agamanya.  Jika  anti  sendiri  berkelakuan  seperti  itu,  bagaimana  pula  golongan  hawa  yang  lain?  

Ukhti,  
mengapa  anti  memilih  untuk  tunduk  pada  kemahuan  hatimu?  Membenarkan  syaitan  menghasut  dirimu?

Ukhti  yang  disayangi,
secara  fitrahnya,  manusia  tidak  boleh  hidup  keseorangan,  seperti  mana  Adam  a.s  yang  minta  dijadikan  teman  iaitu   Hawa  meskipun  telah  dilimpahi  dengan  pelbagai   kenikmatan  dan  kesenangan  di   syurga.  Kita  saling  memerlukan  antara  satu  sama  lain  dan  saling  bergantungan  untuk  meneruskan kehidupan.

Kita  digalakkan  untuk  mengenali  antara  satu  sama  lain  dan   ini  amat  bertepatan  dengan  firman  Allah  dalam  surah  Al-Hujrat  ayat  13  yang  berbunyi :

"Wahai  manusia!  Sesungguhnya  Kami  telah  menciptakan  kamu  lelaki  dan  perempuan,  dan  Kami  telah  jadikan  kamu  berbagai   bangsa dan  bersuku  puak  supaya  kamu  dapat  berkenal-kenalan.  Sesungguhnya  semulia-mulia   kamu  di  sisi  Allah  ialah  orang  yang  lebih  taqwanya  diantara  kamu.  Sesungguhnya  Allah  maha  mengetahui,  lagi  maha  mendalam  pengetahuannya."

Ukhti,,  
dalam  adab  pergaulan  seorang  lelaki  dan  wanita  yang  bukan  mahram,  sekiranya  pergaulan  itu  berasaskan  kepada  keperluan  maka  ianya  dibolehkan.  Namun,  dalam  masa  yang   sama  perlu  menjaga   batas-batas  pergaulan  seperti  mana  yang  telah  digariskan  dalam  Islam.

Dr.  Yusof  Al-Qardhawi  di  dalam  fatwa  munasyirah,  Jilid  2  menyebutkan :
"Pada  prinsipnya,  perhubungan  antara  lelaki  dan  perempuan  tidaklah   ditolak  secara   keseluruhan,  malah  dibolehkan  selagi  mana  ia  bermatlamatkan  kebaikan  dan  atas  perkara-perkara  yang  dibenarkan  syariah  dan  wajib  patuhi  kehendak  dan  ajaran  Islam  serta  prihatin tentang   adab dan  akhlak.

Sekali   lagi  ditegaskan,   meskipun  Islam  mengharuskan  pergaulan   tetapi  ia  bukanlah  satu  kebebasan  mutlak  bahkan  ia  masih  dalam  ruang   lingkup  dan  batasan  tertentu.  Justeru  terdapat beberapa  tatacara  tertentu  yang  mesti  dijaga  dalam  pergaulan,  khususnya  antara  lelaki  dan  perempuan. 

Antara  adab  pergaulan  antara  lelaki   dan  wanita yang  harus diipatuhi  ialah :
  1. menundukkan  pandangan  (surah  an-nur : 30)
  2. menjaga  aurat  dan  kehormatan  (surah   an-nur : 31)
  3. tidak berdua-duaan  antara  lelaki  dan  wanita  -  "tidaklah  berdua-duaan  antara  lelaki   dan  perempuan  melainkan  akan  hadir  antara  keduanya  yang  ketiga  iaitu  iblis."  Oleh itu,  pertemuan  haruslah  dilakukan  di  tempat   yang  awam  dan  bukannya   di  tempat   yang  tersorok daripada   pandangan  orang  ramai.  Perkara   ini   penting  bagi mengelakkan  fitnah  dan  menghindarkan  daripada   terpedaya   dengan  hasutan  syaitan  supaya   melakukan  maksiat.
  4. tidak  melunakkan  suara (surah  al-ahzab : 32  dan  surah  al-luqman : 19)
  5. tidak  bersentuhan  antara   lelaki   dan   perempuan  yang  bukan  mahram
  6. tidak  mengenakan  wangi-wangian  atau  perhiasan  yang  boleh  menarik  perhatian
  7. mengawal   pergerakan  badan  (surah  an-nur : 31)
  8. pertemuan  hendaklah   pada  perkara  yang  benar-benar  perlu  dan   tidak   terlalu  kerap




Ketahuilah  wahai  ukhti,
wanita  muslimah  yang  mengumbar  kecantikannya  adalah  seorang  yang  tidak  memiliki  rasa  malu.  Jika  dia  tidak  memiliki  rasa  malu,  maka  dia  tidak  memiliki  karekteristik  islam  yang  sebenar.

Ukhti,
ana  bukanlah   insan  yang  sempurna.  Bahkan  terlalu  banyak  kelemahan  yang  ada  pada  diri  ana.  Maafkan  ana  andai  nukilan     ini   menghiris  perasaan  ukhti.   Sesungguhnya  nukilan  ini  juga  sebagai   peringatan  buat  diri  ana  sendiri.  Manusia tidak  lepas   dari  melakukan  kesilapan.  Justeru  itu  kita  perlu  sentiasa  ingat  mengingati.

YA  ALLAH...
Engkau  peliharalah  diriku.  Semoga  kisah  ini   akan  menjadi pengajaran  buat  diriku.  Aku  ini   insan  yang  lemah.  Engkau  peliharalah  diriku  dan  semua  muslimat  di  dunia  ini.


AMIN...  

Friday, 23 September 2011

Hati seorang teman

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

Ya  Allah..
pertama  kali  Gadis  melihat  dia,  hati  Gadis  takut.  Takut  membayangkan  jika  mereka  tidak  akan  serasi.  Takut  bila  mengenangkan  dia  tidak  akan  selesa  dengan  kehadirannya  dalam  bilik  ini.

Setelah  beberapa  bulan,  sedikit  demi  sedikit  Gadis  mula  mengenali  dirinya.  Gadis  cuba  untuk  berbual  dengan  dirinya.  Walaupun  sedikit  segan,  namun  Gadis  tetap  cuba  menegurnya.  Sehingga  hari  ini   Gadis  mampu  untuk  bergurau  dan  bertanya  khabar  dengan  dirinya...

Dia  sahabat  yang  baik....
Pandai  mengambil  hati  orang....
Gadis  selesa  dengan  gurauan  dia..
Dia  memahami  orang..
Itulah  satu  kelebihan  yang  ada  pada  dirinya.

Gadis  terkejut  bila  mengetahui  apa  yang  telah  dia  lakukan.  Sedih.  hanya  itu  yang  Gadis  tahu.  Dalam  solat,  Gadis  merintih,  mengadu  pada  Dia  yang  lebih  mengetahui.

"  YA  ALLAH...  aku  ini  insan  yang  lemah.  aku  tidak  mampu  memberi  penjelasan  disaat  orang  lain  menantikan  jawapan.  aku  tidak  mampu  menghurai  suatu  hukum  sedalam-dalamnya  disaat  orang benar-benar  menagih  jawapan  yang  sebenar."

"bila  dia  bertanya hari  itu  aku  gagal  menjawab.  benarlah,  ilmu  aku  masih  terlalu  cetek  untuk  menghurai  sesuatu  hukum.  terlalu  sukar  untuk  aku  menghuraikannya  apabila ianya  melibatkan  hukum.  aku  lemah....  sedih  hati  ini  bila  mengenangkan  dirinya,  perbuatannya."

"YA  ALLAH,,,  peliharalah  dia.  sesungguhnya  dia  adalah  seorang  sahabat  yang  baik."

"Mungkin  ilmu  didada  masih  cetek  sehingga  tidak  mampu  membantunya.  Namun  aku  masih  mempunyai  Engkau  sebagai  tempat  aku  bergantung  harapan.  Jika  seseorang  yang  sedang  dilamun  cinta  meletakkan   orang  yang  disayanginya  dalam  jagaan-Mu,  izinkan   diriku  jua  melakukan  hal  yang  sama.  Semoga  Engkau  pelihara  dirinya  dari  pekara  negatif  dan  maksiat.  Berilah  petunjuk-Mu  kepada  dirinnya,..."

"Biarlah  orang  kata  dirimu  jahat,  sesunggunya  ALLAH  lebih  mengetahui  apa  yang  engkau  lakukan  wahai  sahabat."

Setiap  kejadian  pasti  ada  hikmah. 


Saturday, 17 September 2011

aku bersyukur pada-Mu

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

aku bersyukur 
disaat aku butuh seorang teman
Engkau hadirkan dirinya
sebagai tempat aku berpaut..

Aku bersyukur
di saat aku kesepian 
Engkau hadiahkan dia
sebagai penghibur.

aku bersyukur..
disaat aku dilanda masalah
dirinya hadir menghulurkan bantuan
semuanya berlaku 
dengan keizinan-Mu..

aku bersyukur 
dikurniakan sahabat seperti dirinya.



Sunday, 28 August 2011

Tiga Jenis Hati

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)


Mafhum hadis Rasulullah s.a.w:

Dalam tubuh kita ada seketul daging. Sekiranya baik daging itu maka baiklah jasadnya. Dan sekiranya buruk daging itu maka buklah jasad itu. Itulah QALBU (hati).


Pernahkah kita terfikir bagaimana keadaan hati kita?


Semua ini berkaitan dengan iman. Sesungguhnya iman itu boleh bertambah dan juga berkurang. Sekiranya hati kita bersih maka baiklah perilaku kita tanpa dipaksa.  Dan sekiranya kotor hati kita maka buruklah perangai kita. Ianya mampu berubah dalam sekelip mata. Paginya baik, petangnya buruk. Kalau kita selalu mencuci wajah dengan pelbagai pencuci muka dan losyen mandian, bagaimana pula dengan hati kita? Bagaimana mahu mencuci? Bila perlu dicuci?


************************************************



3 JENIS HATI


Sediakan tiga gelas, satunya berisi air kosong, satunya air teh, dan akhir sekali diisi dengan air kopi pekat.

UNTUK AIR KOSONG - Diumpamakan air yang bersih. Masukkan gula yang diibaratkan sebagai dosa kecil. Adakah nampak gula itu jatuh? Ok. Masukkan pula sudu ke dalamnya yang diibaratkan sebagai dosa besar. Nampak jelas? Ya. Kedua-duanya nampak jelas bukan?

Begitulah diibaratkan hati kita yang bersih. Sekiranya pernah melakukan perbuatan salah, hati kita akan merasa bersalah. Itulah gambaran hati yang bersih. Mudah sensetif dengan gerak-geri perbuatannya.



JENIS HATI YANG KEDUA - Air teh itu diibaratkan sebagai hati yang sakit. Jika dimasukkan gula dan sudu, masih lagi nampak kelibat kedua objek itu namun, ianya samar dan kelabu.

Begitulah hati kita yang sakit. Tidak akan merasakan sensitif terhadap dosa dan kesalahan yang dilakukan. Kita masih sedar kita berbuat kesalahan tetapi menangguhkan taubat dan istighfar.



HATII YANG MATI - Na'uzubillah min zalik. Hati yang mati diumpamakan sebagai air kopi yang hitam pekat dan segala objek yang masuk, kita sudah tidak nampak. Apa yang kelihatan ialah hitam sahaja.


..........................................................................................




Untuk penyucian hati ini sama-samalah kita mulakan dengan istighfar dan mengakui segala kesalahan kita kepada Allah.

Banyakkan berzikir, membaca ma'thurat, bangun malam, membaca al-quran, dan berazam untuk berubah. Didik hati kita supaya sentiasa beristighfar dan merendah hati.

Diakui hati kadang-kadang sukar dikawal kemahuannya, tetapi selalu berdoa pada Allah agar kita ditetapkan iman. Amin..

Semoga hati kita dapat dibersihkan dan dicuci selalu sehingga mendapat hati yang bersih dan jagalah dia selalu.

Anggunnya peribadi kita bermula dengan anggunnya hati kita.



METAFORA : Si Anak Gajah

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan-Nya)


Jumbo 

Seekor anak gajah dirantai sejak kecil pada sebatang tiang. Pada mulanya anak gajah itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Anak gajah itu tidak terdaya kerana kakinya masih kecil., manakala rantai serta tiang yang menambatnya begitu kuat. Hari demi hari dicubanya, tetapi anak gajah itu tidak dapat melepaskan diri. Lama kelamaan anak gajah tidak mahu mencuba lagi kerana takut dengan risiko kegagalan.


Setelah bertahun dalam keadaan itu, anak gajah membesar sebagai gajah dewasa. Badan, kaki, dan lain-lain anggota badannya sudah turut membesar lebih daripada rantai dan tiang yang menambatnya sejak kecil. Secara logiknya, dengan sekali rentap sahaja besi dan tiang itu boleh tercabut. Sayangnya, gajah itu tidak pernah terfikir untuk berbuat begitu. Kenapa? Kerana ia sudah hilang keyakinan diri. Pengalaman gagal semasa kecil menyebabkan gajah itu tidak mahu mencuba lagi. Padanya, ia tetap tidak mampu melakukannya.


Inilah bahana hilang keyakinan diri. Dan dalam kehidupan manusia, apa yang dialami oleh gajah itu juga sering terjadi. Khususnya buat umat islam yang sekian lama dijajah oleh musuh dalaman dan luarannya, semangat berjuang menjadi semakin luntur.

Saturday, 27 August 2011

Terseksa Kerana Memiliki dan Dimiliki

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan-Nya)

Mengapa semua rasa yang pedih ini menerjah hati kita? Jawabnya adalah kerana kita rasa memiliki dan dimiliki. Si isteri merasakan suami itu kepunyaannya. Maka apabila suami 'menghilangkan' diri, hidupnya nanar dan tersasar. Padahal jika difikirkan dengan sedalam-dalamnya, suami itu bukan milik kita. Dia milik Allah. Maka bila-bila masa sahaja Allah boleh 'mengambilnya' menerusi kematian, perpisahan, atau penceraian.

Jadi, untuk tidak terlalu menderita dalam hidup, jangan rasa memiliki sesuatu. Ingatkan diri kita bahawa kita hanya peminjam bukan pemilik. Ketika itu, jika sesuatu itu diambil balik oleh empunyanya, maka kita terasa seolah-olah hanya memulangkan. Bukan dirampas! Inilah hakikat hidup. Tidak ada milik kita. Semuanya milik Allah. Kita hanya memikul amanah dan menjaga titipan amanah Allah itu.

Jiwa kita juga boleh rasa menderita apabila kita rasa memiliki. Apabila terasa diri kita dimiliki oleh suami, maka kita akan berbuat, bertindak, dan membuat keputusan hanya kerana dia. Suamilah fokus utama dalam hidup kita. Tanpanya kita merasa kekosongan, menderita dan kecewa. Dia dianggap mentari dalam hidup. Jadi, apabila matahari itu terbenam, gelaplah kehidupan.

Jangan ada rasa dimiliki oleh suami. Rasakan bahawa kita milik Allah. Allah adalah segala-galanya buat kita. Kita memiliki-Nya dan kita dimiliki oleh-Nya. Allah itu dekat. DIA tidak pernah meninggalkan kita dalam apa jua takdir-Nya.


Ingat selalu pesanan IBN 'ATAILLAH, seorang yang arif benar tentang Allah. Katanya :

"Sesiapa yang merasakan kasih sayang Allah terputus semasa Allah menguji dia, itu petanda dia belum kenal Allah."

Berhenti Seketika

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan-Nya)

Ingin ku kongsi sebuah kisah untuk tatapan bersama.....


Seorang anak lelaki jutawan terkemuka dihadiahkan sebuah kereta sport model terbaru buatan luar negara berwarna merah. Hadiah itu sempena hari lahirnya yang ke 25.

Itulah kereta impiannya selama ini. Kini dia bukan sahaja mampu memandunya, malah kereta itu kini menjadi miliknya. 

Teruja melihat kereta barunya itu, anak jutawan tersebut tidak sabar-sabar memandunya. Perasaan kala memegang stereng kereta itu sukar digambarkan. Rasa bangga, ego, sombong, bertuah, gembira dan seribu satu lagi perasaan menghuni hatinya. 

Kereta sport itu meluncur laju menuruni kawasan bukit dimana mahligai kediamannya nun di atas bukit. 

Sewaktu keretanya menyusuri jalan menuruni bukit, tiba-tiba sesuatu mengenai cermin keretanya. Cermin kereta barunya itu pecah. Dia berasa marah, lalu kereta diberhentikan. Didapati ada seketul batu sebesar telur angsa dalam keretanya. Sah, ini mesti angkara orang miskin di kawasan itu.

"Dasar keturunan tak bertamadun" getus hatinya kemarahan. Ditinjau-tinjau mencari angkara siapa. Disebalik sebatang pokok, terlihat seorang budak lelaki mengendapnya. 

"Kamu ya yang memecahkan cermin kereta aku?" tanyanya.

Budak lelaki yang comot itu keluar dari tempat bersembunyi.

"Ya, saya yang buat," katanya. jujur walaupun ketakutan. 

"Kamu tahu betapa mahalnya kereta aku ini? Kalau kamu jual rumah buruk kamu itu pun belum tentu kamu dapat bayar ganti ruginya!"

"Maafkan saya abang. Saya terpaksa lakukan demikian. Sudah banyak  kali saya mengetuk pintu rumah jiran-jiran yang berada tetapi mereka tidak mengendahkan saya, malah mereka menganggap saya peminta sedekah. Saya tidak mampu memanggil teksi kerana tiada wang. Saya cuma perlukan sedikit bantuan. Ibu saya sakit. Dia diserang asma. Boleh abang tolong hantar ibu sya ke hospital? Tolong bang!" rayu kanak-kanak itu.


.....................................................................................................................


PENGAJARAN:
Kadang kala kita begitu sibuk dengan urusan sendiri sehinggakan kita terlupa tentang orang lain yang memerlukan kita dan urusan akhirat yang lebih penting. Ambillah masa walau sekejap, perhatikanlah adakah masih ada orang susah yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang di sekitar kediaman kita? Jika ada, bantulah mereka.