DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)
|
sahabat selamanya |
Kehadapan sahabatku yang ku kasihi dan kusayangi kerana Allah...
Semoga dirimu sentiasa dibawah lindungan rahmat-Nya serta dikurniakan tubuh badan yang sihat bagi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Ketika nukilan ini kutulis mungkin engkau sedang ditemani oleh sahabatmu yang mampu menceriakan dirimu lebih daripada diriku. Walau bersama siapa pun dirimu ketika ini, walau siapa jua di sisimu, diriku tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dirimu...
Sahabatku,
Sepanjang cuti yang lalu, banyak yang telah ku fikirkan. Tentang kata-katamu mengenai diriku. Tentang teguran dari dirimu yang membuat diriku tersedar dari lamunanku. Terima kasih wahai sahabatku. Dengan kata-kata dan teguran dari dirimu, aku muhasabah kembali tentang apa yang telah aku lakukan sepanjang kita bersahabat. Adakalanya perlakuan dan tutur kataku melukai hatimu. Tetapi engkau masih tersenyum ketika berbicara denganku. Ku akui kelemahan diri yang sukar sekali mengawal bicaraku. Telah banayak kali ku ingatkan diri ini agar mengawal setiap tutur bicaraku namunn diriku kecundang jua.
Imam Al-Ghazali menyatakan ada 12 ciri sahabat sejati:-
1- Jika engkau berbuat baik kepadanya, maka ia juga akan melindungimu.
2- Jika engkau merapatkan ikatan persaudaraan dengannya, maka ia akan membalas balik persahabatanmu itu.
3- Jika engkau memerlukan pertolongan darinya, maka ia akan berupaya membantu, sesuai dengan kemampuannya.
4- Jika engkau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka ia akan menyambut dengan baik.
5- Jika ia memperoleh suatu kebaikan atau bantuan darimu, maka ia akan menghargai kebaikan itu.
6- Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik dari dirimu, maka ia akan berupaya menutupinya.
7- Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya, maka ia akan mengusahakannya bersungguh-sungguh.
8- Jika engkau berdiam diri (sebab malu untuk meminta) maka ia akan bertanya kesulitan yang engkau hadapi.
9- Jika bencana datang menimpamu, maka ia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu.
10- Jika engkau berkata benar kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11- Jika engkau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu rencana itu.
12- Jika engkau berdua sedang berbeza pendapat atau berselisih faham, nescaya dia akan lebih senang mengalah demi menjaga persahabatan.
(di manakah diri saya?)
|
TQ kerana buat saya rasa dihargai :) |
Ya Allah...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik kepadanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya dengan kebaikan, jauhkanlah hatinya dengan kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik dalam agama, dunia, dan akhirat...
Ya Muhaimin...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu.
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia ke jalan-Mu. Jika Engkau halalkan aku merindui sahabatku janganlah sampai aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki, rindu abadi, dan kasih sejati hanya untuk-Mu.
Ya Allah...
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecermelangan, dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak. Insyaallah...
Yakinlah segala nikmat yang diperoleh itu datangnya dari Allah s.w.t.
Walau sedikit mahupun banyak kita hendaklah sedar semuanya dari Allah s.w.t.
"YA ALLAH, jadikan seluruh perbuatan kami amal soleh dan jadikanlah perbuatan itu semata-mata untuk mencapai redha-Mu dan bukan mencari redha orang lain."
-Umar Al-Khattab-
apabila kita ingin bersahabat
janganlah kerana kelebihannya
kerana mungkin dengan satu kelemahan
kita akan menjauhi darinya.
apabila kita ingin berteman
janganlah kerana kebaikannya
kerana mungkin dengan satu keburukan
kita akan membencinya.
apabila kita inginkan seorang teman
janganlah kerana sifat cerianya
kerana andai dia tidak pandai menceriakan
kita mungkin akan menyalahkannya.
andai kita inginkan sahabat yang satu
janganlah kerana ilmunya
kerana apabila dia buntu
kita mungkin akan menfitnahnya
andai kita ingin bersahabat
terimalah dia seadanya
kerana dia seorang sahabat
yang juga manusia biasa
jangan mengharapkan terlalu sempurna
kerana kita sendiri pun tidak tahu
apakah diri kita sudah cukup sempurna
mengikut kehendak Allah s.w.t
yang sebenar-benarnya...
"Bersederhanalah dalam persahabatan, Insyaallah kita tidak akan melihat kelemahan itu sebagai satu kelemahan..."