insan biasa

may Allah bless u

Monday 26 November 2012

perjalanan sebuah persahabatan

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

Perjalanan panjang mencari sahabat sejati, apakah mungkin kami yang tidak serasi?

Ambil waktu untuk berfikir
mencongak setiap salah dan silap dalam sebuah persahabatan
lantas terus menyelami hati dan memahami diri
maka benarlah akhirnya jawapan yang ditemui
hidup ini perlu berdikari
kerana suatu saat kita pasti akan sendiri...

Perjalanan ini sangat panjang dan penuh berduri
hampir sahaja, setiap yang berlaku mematahkan semangat dalam diri
namun kebenaran harus segera dicari
walau payah akan cuba aku gagahi...

Duhai sahabat,
dirimu mungkin menganggap aku penuh muslihat
manusia berubah itu adalah hakikat
dalam perjalanan panjang mencari sahabat
harapnya semoga berkekalan hingga akhirat...



Benarlah kata orang, sebuah pertemuan itu sangat manis, tetapi bila tiba detik perpisahan hanya akan membuat manusia terguris..

Teringat petikan status sepupu saya di laman "Facebook". Katanya:
"Manusia boleh berubah dalam masa sesaat bergantung pada rasa yang telah menekannya. Usah bergantung harap pada manusia kelak dia akan berubah."

Seringkali manusia tersalah tafsir dengan apa yang dilihat oleh mata. Pandangan mata boleh menipu tetapi tidak pandangan hati. Justeru nilailah manusia melalui akhlaknya bukan apa yang dilihat oleh mata.

Kadang-kala orang yang berdiam diri itu bukanlah bermaksud dia bersalah, dan orang yang menangis pula tidak bermakna dia mengalah. Ketahuilah bahawa hakikat sebenarnya adalah mereka sedang cuba untuk terus bangun agar dirinya tidak berterusan berdiam diri dan menangis. Berilah masa padanya agar melepasi saat kesukaran yang mana ia memerlukan mereka mengumpul kembali kekuatan dalam diri.

Benar..manusia mudah berubah. Setiap hari, setiap saat sentiasa akan ada cerita dan pengalaman baru yang akan mendidik mereka menjadi manusia yang tabah. Setiap hari juga akan ada muka-muka baru yang akan mewarnai kehidupan mereka. Persoalannya adakah muka-muka baru itu akan mewarnai kehidupan mereka dengan warna-warna yang ceria atau hanya membawa kepada kegelapan dan kesuraman hari-hari mendatang?

Awan mendung yang datang hanya singgah sebentar. Seketika nanti pasti akan berarak pulang dan mengundang cahaya yang terang. Cahaya inilah yang akan terus menyinari kehidupan manusia. Begitulah jua ibaratnya ujian yang datang menimpa manusia. Setiap apa yang berlaku pasti akan mengundang hikmah disebaliknya. Insya-Allah.

Tidak akan menjadi persolan sama ada muka-muka baru yang mewarnai kehidupan manusia itu akan memberi keceriaan atau hanya membawa kepada kegelapan tetapi apa yang paling penting adalah diri sendiri. Bagaimana manusia menghadapi muka-muka baru dalam kehidupan mereka? Mampukah mereka untuk terus bersikap optimis atau memilih untuk menjadi seorang yang prejudis?

Hakikatnya, diri manusia itu sendiri yang memilih sama ada untuk bahagia atau terus menderita. Juga hakikat dalam sebuah kehidupan, bahawasanya pilihan itu ada di tangan mereka. dan akan berlaku dengan izin Allah...

This is myself, this is my way, this is how I live.
 I like to test people around,
and when it's not going to work like it supposed to be
just smile brightly
and forget everything.

Friday 9 November 2012

don't judge a book by its cover

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

"Kadang-kala apa yang kita rasa tidak sama dengan apa yang dilihat oleh mata"

kind of mystery

Manusia mudah berubah
dan
akan sentiasa berubah...

Nakal

sifatnya

gayanya

cara dia

segalanya tentang dia

menimbulkan syak wasangka

tidak mahu terus berprasangka

tetapi

itulah yang dilihat oleh mata..

-Pandangan mata selalu menipu-

Lihatlah manusia dengan mata hati

agar prasangka buruk dapat dihindari

jagalah diri dari perasaan iri

supaya hati tidak dicemari.

Buruknya perilaku dia

atau

cantiknya akhlak dia

hakikatnya

yang tahu hanya Dia

yang mampu menilai segalanya...

#inspiration of a friend

Friday 2 November 2012

Adam...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

-monolog sang hati- 

A.D.A.M



Apa ada pada dirinya sehingga menjadi 
sebutan oleh kaum Hawa?

Apa pula kelebihan yang dia miliki
hingga mampu membuat Hawa tidak tentu arah?

Siapa dia untuk membuat kaum Hawa bertengkar
sesama sendiri demi menjadi yang terbaik?

Kelemahan manusia yang nyata

bila hati diusik oleh rasa suka..

bila mendengar puji-pujian..

hingga akhirnya menjadi lupa

bahawa hidup ini hanya untuk sementara

Walau apa jua kelebihan yang ada pada dirinya

sesungguhnya

dia tetap manusia biasa

yang juga punya kelemahan

Mengapa mesti mengejar sesuatu yang mustahil untuk digapai

bilamana manusia berhak untuk memilih

sama ada untuk menjadi yang terbaik di mata dia

atau

berusaha sebaik mungkin untuk tatapan-Nya...

peliharalah ia agar tidak binasa

semailah ia untuk insan yang selayaknya sahaja

jangan sesekali dicemari rasa suka itu 

untuk sesuatu yang bergelar maksiat

Hindarilah ia...

bersihkanlah jiwa...


"Saya nak jadi seorang wanita yang diHORMATI bukan untuk diMINATI,
saya nak jadi seorang muslimah yang SEJATI bukan untuk di KEJARI,
saya nak jadi seorang wanita yang berakhlak TERPUJI bukan menjadi pujaan LELAKI,
saya juga nak jadi seorang muslimah yang tahu MENJAGA DIRI bukan yang MEMPAMERKAN aurat diri.
Bantulah saya untuk terus istiqamah dalam mencari redha Ilahi."


Benar,  manusia itu sangat lemah

justeru 

carilah PENCIPTA mengadulah pada-Nya....


"Kirimkan SURAT pengharapanmu di tengah keheningan malam. Jadikan air matamu sebagai DAKWATnya, kedua pipimu sebagai KERTASnya, kepasrahan hatimu sebagai SETEMnya, dan Arasy Ilahi sebagai ALAMATnya....
Setelah itu tunggulah jawapan dari-Nya."


-Hati manusia itu sangat rapuh, jangan biar ia mudah tersungkur-