insan biasa

may Allah bless u

Monday 31 December 2012

True friend...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

-One of the character of true friend-

CATATAN SEORAGNG SAHABAT (petikan):

"Hati saya rasa bahagia tatkala melihat insan lain tersenyum gembira. Hati saya rasa bagai ada yang tidak kena tatkala melihat mereka berduka.

Apakah yang perlu saya lakukan untuk menghilangkan luka dalam hatinya? Saya hanyalah insan biasa, bila berjalan tiada yang akan perasan, dan bila bersama-sama tiada siapa yang merasa kehadiran. 

Namun, saya memiliki hati untuk berkongsi perasaan suka dan duka. Walaupun saya hanyalah insan biasa yang serba kekurangan tetapi, izinkanlah saya untuk membuat anda tersenyum walau untuk seketika cuma.

Mungkin, kehadiran saya tidaklah terlalu dirasai. Umpama halimunan tika bersama-sama yang lain, akan tetapi memadailah andai saya dapat meluangkan masa membantu anda, dan ada di saat anda memerlukan seorang teman..

Saya pasti akan turut gembira andai anda kembali tersenyum..."

*****************************************************************
Mengimbau kembali zaman persekolahan. Hadirnya dia sebagai seorang sahabat yang setia berada di sisi di saat insan lain sibuk dengan urusan masing-masing.

Tika malam kian hening, dirinya setia menyemak hafalan diri ini. Di saat insan lain sudah lena dibuai mimpi indah, dia masih setia membantu mebetulkan sebutan dan tajwid. Segalanya dilakukan demi manghadapi peperiksaan (hafazan) keesokan harinya. Terima kasih...

Petikan dari sebuah lagu nasyid: 

"sekiranya ku mendapat pengganti
ku harapkan teman sepertimu oh sahabat
banyak membantu dan mendorongku
menjadi hamba yang taat kepada-Nya.....
walau dirimu tiada lagi
tapi hatiku tetap bersamamu
kenangan bersamamu subur mewangi
tak akan luput dari ingatanku..."

Monday 26 November 2012

perjalanan sebuah persahabatan

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

Perjalanan panjang mencari sahabat sejati, apakah mungkin kami yang tidak serasi?

Ambil waktu untuk berfikir
mencongak setiap salah dan silap dalam sebuah persahabatan
lantas terus menyelami hati dan memahami diri
maka benarlah akhirnya jawapan yang ditemui
hidup ini perlu berdikari
kerana suatu saat kita pasti akan sendiri...

Perjalanan ini sangat panjang dan penuh berduri
hampir sahaja, setiap yang berlaku mematahkan semangat dalam diri
namun kebenaran harus segera dicari
walau payah akan cuba aku gagahi...

Duhai sahabat,
dirimu mungkin menganggap aku penuh muslihat
manusia berubah itu adalah hakikat
dalam perjalanan panjang mencari sahabat
harapnya semoga berkekalan hingga akhirat...



Benarlah kata orang, sebuah pertemuan itu sangat manis, tetapi bila tiba detik perpisahan hanya akan membuat manusia terguris..

Teringat petikan status sepupu saya di laman "Facebook". Katanya:
"Manusia boleh berubah dalam masa sesaat bergantung pada rasa yang telah menekannya. Usah bergantung harap pada manusia kelak dia akan berubah."

Seringkali manusia tersalah tafsir dengan apa yang dilihat oleh mata. Pandangan mata boleh menipu tetapi tidak pandangan hati. Justeru nilailah manusia melalui akhlaknya bukan apa yang dilihat oleh mata.

Kadang-kala orang yang berdiam diri itu bukanlah bermaksud dia bersalah, dan orang yang menangis pula tidak bermakna dia mengalah. Ketahuilah bahawa hakikat sebenarnya adalah mereka sedang cuba untuk terus bangun agar dirinya tidak berterusan berdiam diri dan menangis. Berilah masa padanya agar melepasi saat kesukaran yang mana ia memerlukan mereka mengumpul kembali kekuatan dalam diri.

Benar..manusia mudah berubah. Setiap hari, setiap saat sentiasa akan ada cerita dan pengalaman baru yang akan mendidik mereka menjadi manusia yang tabah. Setiap hari juga akan ada muka-muka baru yang akan mewarnai kehidupan mereka. Persoalannya adakah muka-muka baru itu akan mewarnai kehidupan mereka dengan warna-warna yang ceria atau hanya membawa kepada kegelapan dan kesuraman hari-hari mendatang?

Awan mendung yang datang hanya singgah sebentar. Seketika nanti pasti akan berarak pulang dan mengundang cahaya yang terang. Cahaya inilah yang akan terus menyinari kehidupan manusia. Begitulah jua ibaratnya ujian yang datang menimpa manusia. Setiap apa yang berlaku pasti akan mengundang hikmah disebaliknya. Insya-Allah.

Tidak akan menjadi persolan sama ada muka-muka baru yang mewarnai kehidupan manusia itu akan memberi keceriaan atau hanya membawa kepada kegelapan tetapi apa yang paling penting adalah diri sendiri. Bagaimana manusia menghadapi muka-muka baru dalam kehidupan mereka? Mampukah mereka untuk terus bersikap optimis atau memilih untuk menjadi seorang yang prejudis?

Hakikatnya, diri manusia itu sendiri yang memilih sama ada untuk bahagia atau terus menderita. Juga hakikat dalam sebuah kehidupan, bahawasanya pilihan itu ada di tangan mereka. dan akan berlaku dengan izin Allah...

This is myself, this is my way, this is how I live.
 I like to test people around,
and when it's not going to work like it supposed to be
just smile brightly
and forget everything.

Friday 9 November 2012

don't judge a book by its cover

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

"Kadang-kala apa yang kita rasa tidak sama dengan apa yang dilihat oleh mata"

kind of mystery

Manusia mudah berubah
dan
akan sentiasa berubah...

Nakal

sifatnya

gayanya

cara dia

segalanya tentang dia

menimbulkan syak wasangka

tidak mahu terus berprasangka

tetapi

itulah yang dilihat oleh mata..

-Pandangan mata selalu menipu-

Lihatlah manusia dengan mata hati

agar prasangka buruk dapat dihindari

jagalah diri dari perasaan iri

supaya hati tidak dicemari.

Buruknya perilaku dia

atau

cantiknya akhlak dia

hakikatnya

yang tahu hanya Dia

yang mampu menilai segalanya...

#inspiration of a friend

Friday 2 November 2012

Adam...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

-monolog sang hati- 

A.D.A.M



Apa ada pada dirinya sehingga menjadi 
sebutan oleh kaum Hawa?

Apa pula kelebihan yang dia miliki
hingga mampu membuat Hawa tidak tentu arah?

Siapa dia untuk membuat kaum Hawa bertengkar
sesama sendiri demi menjadi yang terbaik?

Kelemahan manusia yang nyata

bila hati diusik oleh rasa suka..

bila mendengar puji-pujian..

hingga akhirnya menjadi lupa

bahawa hidup ini hanya untuk sementara

Walau apa jua kelebihan yang ada pada dirinya

sesungguhnya

dia tetap manusia biasa

yang juga punya kelemahan

Mengapa mesti mengejar sesuatu yang mustahil untuk digapai

bilamana manusia berhak untuk memilih

sama ada untuk menjadi yang terbaik di mata dia

atau

berusaha sebaik mungkin untuk tatapan-Nya...

peliharalah ia agar tidak binasa

semailah ia untuk insan yang selayaknya sahaja

jangan sesekali dicemari rasa suka itu 

untuk sesuatu yang bergelar maksiat

Hindarilah ia...

bersihkanlah jiwa...


"Saya nak jadi seorang wanita yang diHORMATI bukan untuk diMINATI,
saya nak jadi seorang muslimah yang SEJATI bukan untuk di KEJARI,
saya nak jadi seorang wanita yang berakhlak TERPUJI bukan menjadi pujaan LELAKI,
saya juga nak jadi seorang muslimah yang tahu MENJAGA DIRI bukan yang MEMPAMERKAN aurat diri.
Bantulah saya untuk terus istiqamah dalam mencari redha Ilahi."


Benar,  manusia itu sangat lemah

justeru 

carilah PENCIPTA mengadulah pada-Nya....


"Kirimkan SURAT pengharapanmu di tengah keheningan malam. Jadikan air matamu sebagai DAKWATnya, kedua pipimu sebagai KERTASnya, kepasrahan hatimu sebagai SETEMnya, dan Arasy Ilahi sebagai ALAMATnya....
Setelah itu tunggulah jawapan dari-Nya."


-Hati manusia itu sangat rapuh, jangan biar ia mudah tersungkur-


Thursday 25 October 2012

korban

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)

Berkorban.

Korbankan kebahagiaan

demi kegembiraan orang lain.

Biarkan insan lain tersenyum riang

pada hari yang sangat gembira.

Boleh tak?

Mampu tak?

Bila fikiran sudah diasuh

untuk melakukannya,

bila niat sudah dilakukan dari awal,

bila azam sudah mula menjadi tekad,

dan...

bila hati sudah mula meredhai..

Nescaya

sagalanya akan berlaku.

Setiap yang berlaku adalah atas izin-Nya

jika sudah diizinkan

siapalah saya untuk menghalangnya?

(manusia biasa yang tidak punya apa-apa)

"Ketenangan itu akan dapat dicapai bila hati sentiasa redha dengan apa yang berlaku." 



what should I do?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

She asked, "How am I going to face this type of person?"

-Marah itu api. Bersabar itu lebih baik. Insya-Allah!

Bila kita melihat sahabat, adik-beradik, mahupun isteri yang berdosa, maka pandanglah mereka dengan kasih sayang.

Dakwah itu sendiri bermula dengan kasih sayang. kita tidak bersetuju dengan mereka, tetapi janganlah pula sampai kita yang menutup pintu taubat untuk mereka..

Kerana....

Bisa sahaja Allah memberi hidayah pada mereka, dan mungkin sahaja mereka mempunyai amalan tersendiri, yang dinilai Allah sebagai kebaikan. Dan mungkin sahaja amalan itu bisa menghapuskan dosa mereka.

Setiap manusia punya bahagian masing-masing...

"Sebarkanlah kasih sayang dalam berdakwah. 
Bukan bermaksud tidak boleh marah, 
tetapi 
marah itu juga haruslah berdasarkan kasih sayang kita."


-copy from the internet.

Sunday 14 October 2012

Heart_hurt...

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan dari-Nya)

"Apakah  salah  kiranya  jika  satu  kebaikan,  satu  kelebihan,  satu  kemahiran  itu  dikongsi  bersama  insan  lain...?"

Wake  up,
if  you  believe  love  is  not  a  faded  dream
tell  me,
I'm not  the  only one  who  feels  this  way  right  now.

Lonely,
needs  a  friend...
Ask  him:  "Where  he's  been?" 
You  could  be  the  light  that  comes
and  turns  his  world  around..

I  don't  wanna  run,  I  don't  wanna  hide
when  someone  needs  somebody
I  don't  wanna  say:  "I  don't  got  the  time"
when  someone  needs  somebody
with  a  little  faith  and  a  little  soul
we  can't  go  wrong,  we  can't  go  wrong!

When  a  heart  breaks,  and  the  world  shakes
will  we  stand  for  the  VISION  OF  LOVE?
When  a  tear  falls,  and  the  fear  calls
will  we  stand  for  the  VISION  OF  LOVE?

Make  up,  hides  her  face
cause  she  feels  out  of  place 
and  she  cries,  come  on  someone
tell  this  girl:  "She's  beautiful."

Vision  Of  Love,  by  Kris  Allen
..............................................................................................................

Satu  kata

bisa  membuat  hati  tertawa,

dengan  satu  kata  jua

mampu  membuat  hati  kecewa...

manusia  itu

bersifat  pelupa

alangkah  baik  kiranya

yang  buruk  itu  dilupakan  sahaja

yang  baik  pula  disimpan  kemas

tanpa  perlu  ada  rasa  dendam

yang  mula  berputik  dalam  diam-diam

hindarilah  diri  dari  api

yang  mampu  membakar  diri

jagalah  diri

berwaspadalah...

agar  tidak  terjebak

dalam  pergolakan  hati

yang  membuatkan  nafas  terasa  sesak...


"Hidup  manusia  itu  saling  melengkapi.  Siapalah  saya  untuk  mampu  bertahan  sehingga  hari  ini  jika  ibu  bapa,  adik-beradik,  serta  teman-teman  tiada  di  sisi."


Duduk  sebentar  sambil  berfikir

merenung  jauh  memikir  sebab  dan  akibat

mencari  baik  dan  buruk

menyelidik  secara  terperinci

tanpa  mahu  menyakitkan  hati  insan  lain

hanya  DIA  yang  tahu..


"Janganlah  melihat  penampilan  kerana  ia  boleh  menipumu,
jangan  pula  melihat  kekayaan  kerana  ia  boleh  menghancurkan,
sebaliknya,
pergilah  kepada  seseorang  yang  boleh  membuat  kamu  tersenyum,
kerana  hanya  dengan  sebuah  senyuman
hari  yang gelap  menjadi  terang..
carilah  seseorang  yang  akan  membuat  hatimu  tersenyum.."


-Sebagai  seorang  manusia,  saya  hormat  anda-


Tuesday 2 October 2012

Lukisan hati..

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)


Hobi  lama  kini  kembali...

"Jika  Laksamana  Sunan  gemar  menulis  mushaf  di  waktu  lapang
biarkan  diri  ini  pula  menulis  di  atas  kertas  kajang.."

..............................................................................................................


Saya  tidak  tahu..
adakah  mereka  benar-benar  tidak  tahu
atau  hanya  menipu?
wajarkah  diri  terus  berdiri  kaku
melihat  segala  yang  berlaku
sambil  senyum  tersipu-sipu
seperti  selalu
membiarkan  ia  terus  berlalu....

Saya  kurang  bijak...
untuk  menafsir  diri  di  masa  kelak
membiarkan  waktu  terus  bergerak
supaya  nafas  tidak  berasa  sesak
menunggu  sesuatu  yang  entah  benar  entahkan  tidak
meneliti  segala  yang  hak
membuang  jauh  segala  rasa  cuak
ketidaktenteraman  yang  menyerabutkan  otak
buang  pergi  segala  yang  tidak-tidak
untuk  membawa  diri  ke  jalan  yang  tegak
dan  menyandarkan  diri  kepada  sesuatu  yang  Haq (benar)


Saya  masih  kurang  mengerti...
apa  yang  berlaku  selama  ini
adakah  hanya  sebuah  ilusi
atau  kejadian  yang  singgah  sementara  dalam  mimpi
haruskah  diri  terus  bergelut  dalam  sepi
dan  terus  melenyapkan  diri
mendiamkan  diri,  meenyepikan  diri
tanpa  ada  insan  yang  mengerti
atau  cuba  untuk  memahami
juga  tanpa  sesiapa  di  sisi
mampukah  mereka  menemani
insan  kerdil  yang  sering  meminggir  diri
menjawab  segala  keresahan  dalam  hati
meniup  pergi  belenggu  dalam  dirI...
namun,  kerapuhannya  hati  akan  segera  diatasi
agar  Iblis  tidak  akan  cuba  untuk  menghampiri
dan  menghasut  tanpa  henti
supaya  diri  melakukan  perkara  yang  tidak  diingini
hanya  Tuhan  yang  mampu  melindungi
kesepian  akan  diisi  dengan  zikir  tanpa  henti
mengharap  keredhaan  dari  Ilahi
agar  tidak  dipesongkan  hati  ini
dalam  perjalanan  panjang  mengenali  diri
dan  mencari  diri
semoga  DIA  akan  tetap  disisi....


~Lukisan  hati  itu  tiada  yang  mengetahui  melainkan  ILAHI

~  

Thursday 20 September 2012

There's a girl...

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  izin  dari-Nya)

"There's  a  girl....

beware  when  she  was  around

she's  like  to  make  jokes

she  love  to  talks

everytime

everyday

it'll  be  something  that  she  would  like  to  share

people  will  miss  her  voice  

when  she's  not  around...

(HERE'S  THE  STORY  BEGIN)

........................................................................................................

There's  a  girl
who's  I've  been  waiting  for
to  be  my  friend
in  this  empty  room

A  few  days  later...

There's  a  girl
who  come  and  fill up  the  room
how  happy  I  am
but  just  hide  it  with  cool  face

There's  a  girl
who  dress  in  beautiful
always  be  very  cheerful
she  also  understanding
and  also  too  caring.

There's  a  girl
who's  like  talking
with  I'm  being  listening
and  concentrate  understanding
for  the  information  I've  been  taking

There's  a  girl
even  though  I'm  too  simple
and  we're  too  different
but  still  we're  friend
together,
we're  fight  for  the  dream

There's  a  girl
who  always  support  me
teach  me  how  to  face  this  complicated  world,
being  matured  
and  to  be  strong...

  There's  a  girl
who  ask  me  for  Barney
for  her  birthday's  present
but  sorry..
there's  no  Barney's  here
only  a  friend...
could  you  accept  this  as  a  present?


mia!


There's  a  girl
who  I'd  like  to  say  sorry
for  everything  I've  done
for  everything  I've  write
that  might  hurt  her  feeling
just  want  to  wish  her
"HAPPY  BIRTHDAY"
!!!!!


Saturday 15 September 2012

(fii ad-din)

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari   ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)

- Dhieyn  &  Fiet -

Hati  gembira  tidak  terkata

melihat  mereka  tersenyum  bahagia

terusir  sudah  gundah  gulana

yang  tinggal  bahagia  cuma

syukran  tidak  terhingga  kepada  mereka

kerana  sudi  berkongsi  bahagia

tanpa  mereka  siapalah  saya

seorang  gadis  serba  sederhana.

walau  cuma  seharian  sahaja

kehadiran  mereka  sangat  bermakna

menimbulkan  suasana  ceria  sentiasa

ketawa  meledak  tanda  hati  gembira.

Walau  diri  terasa  letih

namun  berjaya  mengusir  sedih

yang  sering  membuat  hati  pedih

hingga  terkadang  rasa  tertindih

penat  sudah  diri  menulis

corat - coret  sepanjang  majlis

benci  sungguh  hati  si  iblis

penyatuan  dua  hati  sudah  tertulis.



S.Y.U.K.R.A.N



Terima  kasih  tidak  terhingga  kepada  mereka  kerana  sudi  luangkan  masa  dan  tenaga  menghadiri  majlis  abang  saya....

mia...kak sue...yana...kazie...ulya...kak nurul....

untuk  ema  dan  angah,  syukran  cz  doakan  perjalanan  kami  selamat  pergi  dan  balik.. :)

dan...

cousin  saya

Farah Hanida Amran..

terima  kasih  kerana  sudi  datang  dan  sertai rombongan  kami  pulang  ke  Johor.


=)











  

Monday 27 August 2012

untuk dia!

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)

"Tersenyumlah  wahai  sahabatku.  Jangan  menunggu  waktu  kau  bahagia  baru  tersenyum,  tetapi  tersenyumlah  agar  engkau  bahagia.
Jangan  bersedih  wahai  sahabatku,  hanya  kerana  dunia  meninggalkanmu.
Bersedihlah  bila  akhirat  jauh  darimu."


(Kisah  sahabat  saya)


F. a. S. y. A
  
Saya  ada  seorang  kawan

dulu,  

dia  selalu  usik  saya

bergurau  dengan  saya

berbalas  sms  dengan  saya

tetapi...

sekarang  dia  menghilang.

Terus  menyepikan  diri.

Saya  tahu

saya  sedar

dan

saya  faham

banyak  perkara  yang  memenuhi  fikiran  dia

keluarga

sahabat

orang  sekeliling...

bila  semua  bercampur

maka  tidak  hairanlah  jika  dia  jadi  semakin  tertekan.

Saya  tidak  salahkan  dia  kerana  menghilangkan  diri

saya  tidak  marah  bila  dia  terus-menerus  menyepi

tapi,...

saya  kasihan  melihat  sahabat-sahabat  dia  

yang  peduli  tentang  dia

yang  risau  pada  dia

harapan  saya  semoga  dia  kembali  ceria.

Mungkin  dia  tidak  sedar

apa  yang  cuba  dilakukan  saat  ini

seolah-olah  seperti  dia  melarikan  diri  dari  masalah

atau

lebih  tepat  lagi

seolah-olah  melarikan  diri  dari  kenyataan.

(betul  ke?)

Saya  tidak  mahu  berfikir  perkara  negatif  tentang  dia

saya  tidak  mahu  menganggap  dia  selfish

tapi,

pada  masa  yang  sama  saya  tidak  boleh

berhenti  berfikir  yang  dia  memang  selfish

(jahatnya...)

kerana  apa?

kerana  dia  membiarkan  sahabat-sahabat  dia

risau  tentang  dia

tertanya-tanya  berita  tentang  dia

bukankah  itu  selfish  namanya?

"Lindungi  kesedihan  dengan  senyuman  meskipun  di  hati  penuh  kedukaan  kerana
ketabahan  menghadapi  dugaan  menunjukkan  kita  mempunyai  iman..."

Maafkan  saya  andai  penulisan  saya  ini  mengguris  hatinya

tetapi

ketahuilah  bahawasanya

saya  tidak  akan  berani  menulis  seperti  ini

jika  bukan  kerana  saya  bimbang  akan  dirinya.

"Jika  datang  kesusahan  maka  ketahuilah  bahawa  itu  hanyalah  awan  di  musim  panas  yang  sebentar  lagi  akan berlalu.
Jangan  takut  dengan  guruh,  petir,  dan  sambaran  kilatnya  kerana  boleh  jadi  awan  itu  membawa  hujan  yang  menyejukkan."

Berdiam  diri

dan

mengelakkan  diri

bukanlah  cara  yang  terbaik

untuk  menghadapi  dugaan  yang  datang.

Jangan  lupa...

bahawasanya  dia  masih  ada  teman

yang  akan  selalu  disampingnya.

Semoga  dia  tabah!

Jauhi  fikiran  sempit  yang  akan  lebih  membebankan  fikiran  dia.

Mungkin  dia  perlukan  masa

untuk  berhadapan  dengan  semua  ini

Ketahuilah,

sesungguhnya  kita  ini  bukanlah  siapa-siapa

melainkan  seorang  hamba-Nya

oleh  itu

kembalilah  pada  fitrah

carilah  Dia...

"Ya  Allah,  jika  suatu  saat  aku  kehilangan  harapan  dan  tujuanku,  berikanlah  aku  keyakinan  bahawa  takdir-Mu  lebih  baik  dari  semua  yang  aku  inginkan  dan  aku  impikan.
Ya  Allah...  jika  aku  menyakiti  hati  seseorang,  berikanlah  aku  kekuatan  untuk  memohon  maaf darinya...
sebaliknya,  jika  ada  yang  menyakitiku,  berikanlah  aku  kekuatan
untuk  memaafkannya.."


Friday 17 August 2012

kad raya!

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)

kad raya !!
- share your feel -


zaman  semakin canggih...

sana  sini  menggunakan  mesin

tetapi  seni  kehalusan  Bahasa  Melayu

masih  lagi  dipertahankan.

Benar,

manusia  tidak  lagi  bergantung

pada  kad  raya

untuk  mengirim  ucapan  

"Selamat  Hari  Raya"

tetapi,

hanya  dengan  sekeping  kad  itulah

akan  mampu  memberi  senyuman

kepada  si  penerima

mengundang  rasa  keikhlasan

dan  kesungguhannya

dalam  menyampaikan  rasa  gembira

jua  memohon  kemaafan.

Ingatlah,

walau  secanggih  mana  sekalipun  

teknologi  masa  kini

jangan  lupa  pada  yang  lama

kerana...

asal  kemajuan  itu

adalah  berpunca  dari  

kewujudan  yang  lama.


-  Just  a  sharing.

-  rasa  gembira  bila  menerima  kad  raya,  tetapi  terlebih  gembira  bila  melihat  insan  lain  tersenyum  bahagia..


  

Sunday 12 August 2012

merancang

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)  

merancamg  untuk  Ramadhan...

Kadang  kala  kita  perlu  merancang  dalam  kehidupan  seharian.  Sebagai  contoh,  jika  kita  merancang  untuk  menangis  dalam  solat,  ketika  mengaji,  maka  kita  akan  dapat  lakukannya.  Jika  kita  merancang  untuk  memenuhkan  malam-malam  terakhir  Ramadhan  ini  dengan  bertahajud, dan  bersungguh  dalam  beribadah,  maka  akan  lebih  mudah  urusan  kita  untuk  melakukannya.  Kesimpulannya,  jika  kita  benar-benar  mahukannya  maka  kita  akan  dapat. 

Begitu  juga  jika  kita  merancang  untuk  bertaqwa.  Insyaallah,  ia  akan  berlaku.  Akan  tetapi,  jika  kita  tidak  merancang  untuk  melakukannya,  maka  tidak  akan  berlakulah  natijahnya.  

Bagaimana  pula  jika  kita  tidak  mampu?

Sekiranya  kita  tidak  mampu,  maka  carilah  geng  yang  mana  apabila  kita  pandang  wajahnya  akan  timbul  rasa  takut  pada  Allah.  Pasti  ada  dalam  kalangan  sahabat-sahabat  kita  seperti  itu.

Bagaimana  jika  tiada?
Jika  tiada  sahabat  seperti  itu,  maka  kita  sendirilah  yang  perlu  menjadi  seperti  itu....

-Imam  Muda  Asyraf

Wednesday 8 August 2012

"on my evening" - mia

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)

Based  on  true  story,  I  saw,  I  heard....

Ya  Allah...
hari  ini  aku  telah  melakukan  kesilapan.
Kesilapan  yang  tidak  terjangkau  oleh  akal  fikiran,
tidak  pernah  terlintas.
Diluar  dugaanku  sebagai  seorang  muslim
di  muka  bumi  ini.

Ya  Allah....
aku  sedar,
tidak  seharusnya  
aku  berada  sangat  hampir
  dengan  seorang  ajnabi  -  bukan  mahram.

Ya  Allah...
setiap  perkara  yang  berlaku  padaku  ini  adalah
lantaran  kekhilafan  diri
yang  tidak  menitikberatkan  
batasan  dalam  sesebuah  perhubungan.

Ya  Allah...
ampuni  dosaku
yang  gagal  mengawal  kelakuan.

Ya  Allah....
jauhi  diriku  dari  azab  neraka
yang  akan  membakar  diriku
lantaran  kekhilafan  diri  yang  tidak  disengajakan.

Ya  Allah....
aku  sedar,  kufahami.  ku  redhai,
sesungguhnya,
kejadian  yang  berlaku  pada  hari  ini
adalah  demi
mendidik  diriku
agar  lebih  berwaspada  di  masa  hadapan.

Ya  Allah...
didikan-Mu  itulah  yang  terbaik  buat  diriku.

(Insya-ALLAH... )




Wednesday 1 August 2012

bersabarlah...

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)

Setiap  kemenangan  itu  disertai  dengan  kesabaran.  Kita  tidak  boleh  mengeluh  dengan  ujian  Allah  kerana  hal  ini  umpama  kita  tidak  redha  dengan  kesusahan  yang  Allah  beri.  Jika  kita  mengaku  beriman  kepada  Allah,  kita  mengaku  bahawa  kita  cinta  kepada  Allah,  mana  buktinya?  Ibaratnya,  jika  tiba-tiba  kamu  ditampar  oleh  seseorang  dalam  keadaan  yang  gelap  gelita.  Ketika  itu  kamu  terasa  sakit  dan  marah  sekali,  rasa  mahu  sahaja  ditampar  kembali  orang  itu.  Kemudian,  apabila  lampu  dibuka,  rupa-rupanya  yang  tampar  kita  itu  ialah  kekasih  kita.  Marah  atau  tidak?

(TIDAK..........)


Ha,  begitulah  apabila  kita  tahu  rupa-rupanya  kekasih  kita  yang  tampar, terus  tidak  jadi  marah.  Walaupun  terasa  sakitnya,  kalau  boleh  ingin  suruh  ditampar  lagi  sekali.  Betul?

Begitulah  ibaratnya  cinta  kita  kepada  Allah.  Jika  kita  benar  kasihkan  Dia,  cintakan  Dia,  kenapa  harus  marah  apabila  Dia  beri  kita  ujian?  Kenapa  harus  bersedih  apabila  Dia  datangkan  musibah  yang  membuatkan  hati  kita  terasa  sakit?  Bukankah  kita  perlu  bersyukur?  Itu  tandanya  Allah  masih  sayangkan  kita.  Dia  beri  kita  ujian  kerana  Dia  mahu  kita  lebih  dekat  dengan-Nya.  Kerana  lumrah  manusia  ingin  hanya  mencari  Allah  apabila  susah,  tetapi  apabila  senang,  terus  lupakan  Allah.


~STANZA  CINTA~

 

Monday 23 July 2012

pesta ibadah...

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)


I  wish  that  this  Ramadhan  be  more  meaningful
so  that  I  may  as  well  live  it  up
with  utmost  perfection.

After  step  by  step
has  a  year  finally  passed  on?
Time  flies  so  fast,  little  I  realized
I'm  back  in  Ramadhan,  again.

Fasting  is  one  of  the  deed
as  commanded  by  the  Mighty  Lord  
if  I  can  bend
the  nafs  (desire)  overriding  myself  like  never  ending.

No  way  I  let  Ramadhan  fade  just  like  that
O  Lord,  please  guide  me  
I'm  the  one  who's  weak
to  endure  all  this  mess
with  regardless  patient!

I  ask  to  Lord  to  grand  me  some  strength
and
I  beg  to  Lord  to  accept  all  my  little  deeds.

Step  by  step
only  with  thy  blessing,
O  my  Lord!
that  I'll  make  it  through.


-  Harapan  Ramadhan  (HOPES  OF  RAMADHAN)  -
Manbai  ft  Raihan


"Taqwa  dalam  bulan  Ramadhan.  Tanpa  sedar,  manusia  benar-benar  bertaqwa  pada  Allah  dalam  bulan  Ramadhan.  Buktinya,  azan  Maghrib  pada  jam  7.30pm,  manusia  akan  menanti  dengan  penuh  sabar  detik  waktu  azan  berkumandang. Walau  perut  sudah  berbunyi  minta  diisi,  walau  manusia  sedang  duduk  menghadap  pelbagai  makanan  yang  lazat,  namun  manusia  masih  setia  menunggu  azan  berkumandang.  

Tetapi  sedihnya  bila  melihat  situasi  ini  hanya  berlaku  di  bulan  Ramadhan.  Tamatnya  Ramadhan,  kembalilah  manusia  kepada  tabiat  lama...."

-  Imam  Muda  Fakhrul  - 

Tuesday 10 July 2012

tembok pemisah

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan-Nya)



Kehidupannya  serba  lengkap...
seorang  rupawan
bicaranya  bak  cendikiawan
akhlaknya  menyenangkan
sangat  mudah  untuk  tertawan..

Dia  punya  hati
sentiasa  disenangi  orang  di  sisi.

Dia  punya  ilmu
membuatkan  dirinya  sentiasa  maju...

Dirinya,
amat  sempurna  pada  mata  yang  memandang.


................................................................................................................................



Pertama  kali  melihat,  sungguh,  dirinya  tidak  ubah  seperti  gadis-gadis  lain  yang  gemar  berfesyen.  Pakaiannya  sentiasa 'up  to  date'.  Ke mana  sahaja  kakinya  melangkah,  pasti  ada  insan  di  sisi.  Temannya  hadir  silih  berganti.

Semakin  ku  kenal,  semakin  tertawan.  Akhlaknya  sangat  menyenangkan.  Halus  budi  bicaranya.  Sangat  petah  dalam  menyatakan  pendapat.  Terserlah  keyakinan  dirinya.  Walau  terkadang  kelihatan  seolah-olah  seperti  insan  yang  tidak  mahu  bergaul  dengan  insan  lain,  hakikatnya  dia  seorang  yang  peramah  dan  ceria.

Entah  mengapa,  terkadang  terasa  diri  kerdil  jika  dibandingkan  dengan  dirinya.  Seperti  ada  tembok  yang  memisahkan  kami  untuk  berhubung  antara  satu  sama  lain.  Mungkin  kerana  status  dirinya  yang  agak  terkenal  di  kolej,  atau  mungkin  kerana  kecerdikan  dirinya  serta  kepetahannya  dalam  berbicara membuatkan  diriku  terasa  lemah  bila  berada  di  hadapannya.

Akhirnya,  ku  temui  penyelesaian  bagi  sebuah  ketidakmatangan  dalam  berfikiran.  Manusia  gemar  meletakkan  sebuah  tembok  yang  menjadi  pemisah  antara  dirinya  dan  insan  lain.  Ukhuwah  itu  perlu dibina.  Komunikasi  harus  diwujudkan.  Segalanya  demi  memecahkan  tembok  pemisah  antara  dua  insan  untuk  saling  berukhuwah  kerana  Allah.  

Hanya  yakin  pada  satu  kenyataan,  hakikatnya  manusia  itu  punya  kelebihan  dan  kekurangan.  Pesan  dari  seorang  ustaz:

"Janganlah  kamu  hanya  melihat  keburukan  seseorang  itu,  kerana  mungkin  disebalik  keburukan  itu  tersimpan  1001  kebaikan  yang  kamu  tidak  nampak  pada  dirinya."

Nilailah  seorang  manusia  itu  melalui  akhlaknya,  bukan  ibadahnya.

Salam  perkenalan  dari  diri  saya,  insan  serba  sederhana.

Insya-Allah,  semoga  dipermudahkan  urusan  ini....


-insan  yang  masih  cuba  untuk  memperbaiki  diri  ke  arah  kebaikan-

Monday 25 June 2012

dengan izin ALLAH!

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)


dengan  izin  ALLAH
segalanya  boleh  berlaku
yang  sukar  menjadi  mudah
yang  mudah  kelihatan  sukar.

setiap  apa  yang  berlaku  adalah
atas  keizinan-Nya...

dengan  izin  ALLAH,
kita  dapat  bertemu.

dengan  izin  ALLAH,
mungkin  kita  tidak  akan  dapat  bertemu.

manusia  hanya  mampu  merancang
tetapi  yang  menggerakkannya
adalah  Allah  S.W.T

kenapa  perlu  marah
andai  yang  dirancang  tidak  menjadi?

kenapa  perlu  marah
andai  Allah  S.W.T
masih  menangguhkan  pertemuan
antara  kita?

sedarilah...
hidup  di  dunia  hanya  sementara
Allah  S.W.T  lebih  berkuasa
bergantunglah  pada-Nya
percayalah  pada-Nya
yakinlah,
setiap  apa  yang  dirancang  oleh-Nya
adalah  yang  terbaik  buat  kita...


"Tersenyumlah  tatkala  menerima  dugaan  dari  Allah.  Tetaplah  tersenyum  walau  dirimu  ditimpa  musibah  kerana  boleh  jadi  musibah  itulah  yang  akan  mendekatkan  dirimu  dengan  Yang  Maha  ESA.."




Sunday 17 June 2012

everything happen for a reason

DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG
(Tidaklah  aku  menulis  hari  ini  melainkan  dengan  keizinan  dari-Nya)

mencari kebahagiaan


"Ya  Allah..
jika  suatu  saat  aku  kehilangan  harapan
dan  tujuanku
berikanlah  kepadaku  keyakinan
bahawa  takdir-Mu  lebih  baik
dari  semua  yang  aku  inginkan
dan  aku  impikan."

KEHIDUPAN..
tidak  selalunya  indah  seperti  yang  dijangka
tidak  juga  penuh  derita,
hidup  ini  pelbagai  dugaan.

15 JUN 2012
-  Permulaan  bagi  sebuah  buku  baru  dalam  kehidupan  seseorang  -
(  juga  pelbagai  cabaran  bagi  individu  yang  lain  )

perpisahan  PP  yang  akan  pulang  ke  Sabah,

menduduki  peperiksaan  di  saat  hati  sedang  bergolak

juga

kesulitan  sepanjang  perjalanan  pulang  ke  Johor...

konflik  dalam  diri,

sendirian..

Hanya  Tuhan  yang  tahu.


............................................................................................................


- EVERYTHING  HAPPEN  FOR  A  REASON -

rupa-rupanya..
masih  ada  sinar  di  hujung  jalan
andai  diri  meletakkan  Allah  dalam  setiap  cabaran.


kebahagiaan

disebalik  apa  yang  berlaku...

perpisaan  adalah  demi  menguji  kekuatan,

peperiksaan  mengajar  diri  untuk  sentiasa  bersedia,

kesulitan  sepanjang  perjalanan  menjadikan  diri  insan  cekal,

konflik  dalam  diri  hanyalah  mainan  perasaan.

hakikatnya...

kutemui  kebahagiaan,

melihat  insan  lain  tersenyum  gembira,

ikatan  persahabatan  yang  kukuh  dalam  kalangan  pengantin  lelaki
dan  sahabat-sahabatnya,

pengorbanan  seorang  rakan,

dan  keluarga...


"ORANG  yang  paling  bahagia  dalam  hidupnya  adalah  orang  yang  tidak  selalu  memiliki  yang  terbaik  dalam  hidupnya,  tetapi  hanya  selalu  berusaha  untuk  bersyukur  dan  menjadikan  setiap  apa  pun  yang  hadir  dalam  hidupnya  menjadi  yang  terbaik."