insan biasa

may Allah bless u

Tuesday 24 December 2013

6 o'clock...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

6pm - Tempat praktikal

"Azie, cepatlah buang sampah tu. Aku nak mandi ni,"Aku menggesa Azie.

"Sekejapla, lagipun aku nak cuci bilik air sekali," Azie memberitahu.

"Tak pe. Hari ni biar aku ambil alih tugas kau cuci bilik air. Kau cuma perlu buang sampah sahaja,"

Hatiku riang dapat pulang ke kampung hari ini. Teruja rasa hati ingin bertemu Mak dan Ayah di Johor. Tidak sabar rasanya ingin segera malangkah keluar dari sangkar yang tidak berpintu ini dan menghirup udara segar di luar.

Di Terminal Bas - 8pm
Handphone dalam poket seluar berdering. Ummi telefon. Segera aku jawab. Sayu suara Ummi membawa satu khabar duka dari sana. Hilang rasa teruja. Hilang juga rasa gembira.

"Ummi, Faris dah tiada?"

"Betul ke Ummi, Faris dah tiada?"

"Ummi, Faris dah meninggal??"

3 kali ku ulangi soalan yang sama. Cuma satu yang ku cari. Kepastian dalam berita yang baru singgah di cuping telingaku.

Senyap. Kaku. Terkejut.

Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaanku. 

Sekali lagi handphone ku berdering. Kali ini panggilan daripada Ayah. Ku ulang lagi soalan yang sama demi menagih sebuah kepastian.

"Ayah, benarkah Faris  sudah tiada?"

"Ayah, benarkah Faris sudah tiada?"

"Ayah, benarkah Faris sudah tiada?"

Jawapan yang aku terima masih sama. Maka benarlah apa yang didengar oleh telinga. Sebuah hakikat yang tidak akan pernah berubah.

"Ya, benar Faris sudah tiada," jawab Ayah.
"Sedekahkanlah al-Fatihah buat dirinya di sana. Berhati-hatilah semasa perjalanan pulang nanti,"

Aku kuatkan hati untuk bertanya soalan selanjutnya.

"Pukul berapa dia meninggal?"

"Ayah dapat tahu khabar duka ni jam 6 petang tadi,"

ALLAHU AKHBAR............

6pm...


Jam 6 petang
aku di sini riang gembira
menunggu detik dan mengira masa
menanti saat bersua muka
bersama-sama keluarga tercinta

Jam 6 petang 
-di sana-
semuanya sedang berdukacita
satu panggilan mengubah segalanya
benarlah musibah tidak mengira mangsa dan masa
kembalilah dia pada Yang Esa...

Al-Fatihah buat Ahmad Faris bin Johari (1991-20/12/2013)



No comments:

Post a Comment