DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)
"Tersenyumlah wahai sahabatku. Jangan menunggu waktu kau bahagia baru tersenyum, tetapi tersenyumlah agar engkau bahagia.
Jangan bersedih wahai sahabatku, hanya kerana dunia meninggalkanmu.
Bersedihlah bila akhirat jauh darimu."
(Kisah sahabat saya)
F. a. S. y. A |
Saya ada seorang kawan
dulu,
dia selalu usik saya
bergurau dengan saya
berbalas sms dengan saya
tetapi...
sekarang dia menghilang.
Terus menyepikan diri.
Saya tahu
saya sedar
dan
saya faham
banyak perkara yang memenuhi fikiran dia
keluarga
sahabat
orang sekeliling...
bila semua bercampur
maka tidak hairanlah jika dia jadi semakin tertekan.
Saya tidak salahkan dia kerana menghilangkan diri
saya tidak marah bila dia terus-menerus menyepi
tapi,...
saya kasihan melihat sahabat-sahabat dia
yang peduli tentang dia
yang risau pada dia
harapan saya semoga dia kembali ceria.
Mungkin dia tidak sedar
apa yang cuba dilakukan saat ini
seolah-olah seperti dia melarikan diri dari masalah
atau
lebih tepat lagi
seolah-olah melarikan diri dari kenyataan.
(betul ke?)
Saya tidak mahu berfikir perkara negatif tentang dia
saya tidak mahu menganggap dia selfish
tapi,
pada masa yang sama saya tidak boleh
berhenti berfikir yang dia memang selfish
(jahatnya...)
kerana apa?
kerana dia membiarkan sahabat-sahabat dia
risau tentang dia
tertanya-tanya berita tentang dia
bukankah itu selfish namanya?
"Lindungi kesedihan dengan senyuman meskipun di hati penuh kedukaan kerana
ketabahan menghadapi dugaan menunjukkan kita mempunyai iman..."
Maafkan saya andai penulisan saya ini mengguris hatinya
tetapi
ketahuilah bahawasanya
saya tidak akan berani menulis seperti ini
jika bukan kerana saya bimbang akan dirinya.
"Jika datang kesusahan maka ketahuilah bahawa itu hanyalah awan di musim panas yang sebentar lagi akan berlalu.
Jangan takut dengan guruh, petir, dan sambaran kilatnya kerana boleh jadi awan itu membawa hujan yang menyejukkan."
Berdiam diri
dan
mengelakkan diri
bukanlah cara yang terbaik
untuk menghadapi dugaan yang datang.
Jangan lupa...
bahawasanya dia masih ada teman
yang akan selalu disampingnya.
Semoga dia tabah!
Jauhi fikiran sempit yang akan lebih membebankan fikiran dia.
Mungkin dia perlukan masa
untuk berhadapan dengan semua ini
Ketahuilah,
sesungguhnya kita ini bukanlah siapa-siapa
melainkan seorang hamba-Nya
oleh itu
kembalilah pada fitrah
carilah Dia...
"Ya Allah, jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku, berikanlah aku keyakinan bahawa takdir-Mu lebih baik dari semua yang aku inginkan dan aku impikan.
Ya Allah... jika aku menyakiti hati seseorang, berikanlah aku kekuatan untuk memohon maaf darinya...
sebaliknya, jika ada yang menyakitiku, berikanlah aku kekuatan
untuk memaafkannya.."