insan biasa

may Allah bless u

Monday 26 November 2012

perjalanan sebuah persahabatan

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

Perjalanan panjang mencari sahabat sejati, apakah mungkin kami yang tidak serasi?

Ambil waktu untuk berfikir
mencongak setiap salah dan silap dalam sebuah persahabatan
lantas terus menyelami hati dan memahami diri
maka benarlah akhirnya jawapan yang ditemui
hidup ini perlu berdikari
kerana suatu saat kita pasti akan sendiri...

Perjalanan ini sangat panjang dan penuh berduri
hampir sahaja, setiap yang berlaku mematahkan semangat dalam diri
namun kebenaran harus segera dicari
walau payah akan cuba aku gagahi...

Duhai sahabat,
dirimu mungkin menganggap aku penuh muslihat
manusia berubah itu adalah hakikat
dalam perjalanan panjang mencari sahabat
harapnya semoga berkekalan hingga akhirat...



Benarlah kata orang, sebuah pertemuan itu sangat manis, tetapi bila tiba detik perpisahan hanya akan membuat manusia terguris..

Teringat petikan status sepupu saya di laman "Facebook". Katanya:
"Manusia boleh berubah dalam masa sesaat bergantung pada rasa yang telah menekannya. Usah bergantung harap pada manusia kelak dia akan berubah."

Seringkali manusia tersalah tafsir dengan apa yang dilihat oleh mata. Pandangan mata boleh menipu tetapi tidak pandangan hati. Justeru nilailah manusia melalui akhlaknya bukan apa yang dilihat oleh mata.

Kadang-kala orang yang berdiam diri itu bukanlah bermaksud dia bersalah, dan orang yang menangis pula tidak bermakna dia mengalah. Ketahuilah bahawa hakikat sebenarnya adalah mereka sedang cuba untuk terus bangun agar dirinya tidak berterusan berdiam diri dan menangis. Berilah masa padanya agar melepasi saat kesukaran yang mana ia memerlukan mereka mengumpul kembali kekuatan dalam diri.

Benar..manusia mudah berubah. Setiap hari, setiap saat sentiasa akan ada cerita dan pengalaman baru yang akan mendidik mereka menjadi manusia yang tabah. Setiap hari juga akan ada muka-muka baru yang akan mewarnai kehidupan mereka. Persoalannya adakah muka-muka baru itu akan mewarnai kehidupan mereka dengan warna-warna yang ceria atau hanya membawa kepada kegelapan dan kesuraman hari-hari mendatang?

Awan mendung yang datang hanya singgah sebentar. Seketika nanti pasti akan berarak pulang dan mengundang cahaya yang terang. Cahaya inilah yang akan terus menyinari kehidupan manusia. Begitulah jua ibaratnya ujian yang datang menimpa manusia. Setiap apa yang berlaku pasti akan mengundang hikmah disebaliknya. Insya-Allah.

Tidak akan menjadi persolan sama ada muka-muka baru yang mewarnai kehidupan manusia itu akan memberi keceriaan atau hanya membawa kepada kegelapan tetapi apa yang paling penting adalah diri sendiri. Bagaimana manusia menghadapi muka-muka baru dalam kehidupan mereka? Mampukah mereka untuk terus bersikap optimis atau memilih untuk menjadi seorang yang prejudis?

Hakikatnya, diri manusia itu sendiri yang memilih sama ada untuk bahagia atau terus menderita. Juga hakikat dalam sebuah kehidupan, bahawasanya pilihan itu ada di tangan mereka. dan akan berlaku dengan izin Allah...

This is myself, this is my way, this is how I live.
 I like to test people around,
and when it's not going to work like it supposed to be
just smile brightly
and forget everything.

No comments:

Post a Comment