insan biasa

may Allah bless u

Sunday, 25 August 2013

Clueless

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

still looking for an idea


Seorang sahabat, merangkap seorang pembaca setia blog saya bertanya :

"Kenapa dah lama tak update blog?"

Jawapan yang saya beri :

"Clueless"

"Clueless sebab memang dah ketandusan idea untuk menulis"

"Clueless gara-gara selepas baca blog seorang hamba Allah"

"Clueless sebab blog hamba Allah ni dah menjawab semua persoalan yang bertandang"

"Clueless sebab - apalah yang ada pada blog saya ni?"

"Clueless sebab blog hamba Allah tu mempunyai daya tarikan tersendiri"

"dan Clueless yang paling utama - rasa kagum pada penulis blog itu sendiri"

...........................................................................................

Alasannya sangat mudah kenapa saya tiba-tiba menjadi seperti ini - hilang semangat untuk menulis dan ketandusan idea.

Kisahnya bermula apabila saya berjumpa sendiri dengan pemilik blog tersebut. Awalnya, saya tidak tahu bahawa dirinya juga seorang Blogger..

-Bukan-

Hakikatnya, sememangnya saya mengetahui bahawa dia merupakan seorang Blogger cuma saya tidak tahu bagaimana corak penulisannya di blog.

(Memang kalau boleh tak nak ambil tahu)

Justeru tanpa terlebih dahulu mengambil tahu atau mencari tahu identiti Si Penulis blog tersebut, saya terus mengambil keputusan untuk bertemu.

Dan seperti lazimnya, saya memandang semua manusia itu sama. Setaraf. Begitu juga dengan penulis blog tersebut. Pada fikiran saya waktu itu, cara pemikiran saya dan dia adalah berbeza - dan itulah juga tujuan sebenar saya berjumpa dengannya - untuk menjelaskan perbezaan fikiran kami.

Dan untuk kesekian kalinya... saya akhirnya terkesima mendengar butir bicaranya. Satu perkataan yang mampu menjelaskan situasi saya ketika itu adalah "speecless".

Di rumah, saya bertindak seperti seorang "stalker" walhal itu bukanlah sifat saya untuk mencari tahu hal orang lain. Semua hasil penulisannya di blog saya baca dan telah khatam.Saya temui sesuatu di akhir pembacaan. Sesuatu yang menjelaskan segalanya....

Apa perasaan anda setelah mendapat tahu bahawa perkara yang ingin anda "explain" kepada seseorang rupa-rupanya telah terlebih dahulu di "explain"  oleh dirinya sendiri dalam blog tersebut?

-sangat malu-

Rupa-rupanaya cara pemikiran kami sama.

Saya temui hikmahnya di sini mengapa tiba-tiba saya menjadi "speechless" pada pertemuan yang lalu. Allah telah menyelamatkan saya daripada termakan dengan kata-kata sendiri - kami berbeza pendapat / cara pemikiran kami berbeza.

Pengajaran : Kenali terlebih dahulu dengan siapa anda berbicara.

*Blogger tersebut adalah seorang kenalan di sebuah institusi pengajian.

Sunday, 21 July 2013

Anonymous..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

".....Mereka mungkin sedari kecil bersahabat, tetapi beberapa tahun kebelakangan ini hubungan mereka tidak seperti dahulu. Dia tidak boleh berlagak seperti mereka masih seperti dahulu. Dalam sekelip mata pun manusia boleh berubah apatah lagi dalam tempoh bertahun-tahun. Oleh itu, dia perlu bijak mengorek kalau betul dia ingin tahu apa yang dirahsiakan oleh Erina. "

-Dipetik dari novel Tak Mungkin Dia karya Rania Firdaus, m/s 318

tanda soal

Janganlah kita anggap sahabat itu seperti payung,
kita cari dia ketika hujan 
tapi bila cuaca panas
kita buang dia jauh-jauh..

(I wonder who send this...)

Seorang sahabat yang sentiasa mahu mengambil tahu
kawan-kawannya..

(I guess i know who send this - perhaps it her?)

Adakalanya kawan tempat kita melepas marah
adakala kawan tempat kita ketawa
adakala kawan tempat kita menangis
bukan senang mencari seorang 'sahabat'
tetapi sangat senang mencari 'kawan'

(at the end- I know it was her) 

` ~thanks for remind me~

 

Friday, 19 July 2013

aku berdosa..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

silence

saya terlupa sementara

siapa saya di saat gembira

saya terlupa pada mereka yang memerhatikan saya

saya lupa

bahawa saya seorang muslimah

yang seharusnya tahu

untuk menjaga perilaku diri

saya terlupa

yang kehidupan ini bukan hanya saya seorang

rupa-rupanya

saya telah menyakiti hati insan lain

di saat saya sedang gembira

bergelak sakan - lupa dunia - alpa sementara

simple word carry huge meaning

maafkan saya

kerana tanpa sedar saya telah menyakiti anda..

lihatlah

betapa dengan mudahnya 

manusia itu melakukan kesilapan sesama mereka

apatah lagi dengan Yang Maha Berkuasa

aku berdosa..


Wednesday, 10 July 2013

monologue...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

clueless

~would you be understanding?~

she's there - suffering
all by herself
neither to say nor to explain
everything is difficult
all that she can do - just pray...

there's a time
when you feel that you want to do it
that you might be success
and do better
rather than sitting and do nothing
but...
actually
nothing that you can do
it wasn't a right time
the law doesn't allow it..

it pain enough
to see others got burdened 
just because of yourself
rather than seeing others suffer
she choose to suffer by herself
and face it by herself
cry - to express her feeling..

it just wasn't a right time
being optimist rather than prejudice
believe that everything happens for a reason
HE (Allah) with you
-in your heart-

 continue with question and answer

-monologue-   
 

Saturday, 29 June 2013

3D

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

~dik-dik (adik-adik), demand, defend~

nice to see!
- masihkah wujud?-

salahkah dia?

bersikap 3D tanpa disedari

kepada insan yang cukup dikenali

mungkin rapat barangkali

tapi...

semua berakhir kini

tiada lagi 3D

yang tinggal cuma diri sendiri

hujan dan panas tetap diharungi

dugaan dan cabaran itu sudah pasti

menempah tiket untuk berdikari

(may be)

dirinya tidaklah setabah wanita perjuangan Islam

yang masyhur namanya 

di setiap penjuru alam

(siti khadijah, Aisyah, dan Fatimah)

akan tetapi
dia berusaha untuk terus tabah

(kehidupan memang complicated)

sukar untuk mendapat kepercayaan insan
justeru

biarlah semua dilepaskan 

meletakkan sempadan dalam perhubungan

agar ia kembali normal

rupa-rupanya 'rapat' bukanlah bermaksud selalu bersama

bukanlah juga sentiasa bersama

hari ini barulah dia sedar tafsiran itu

berbeza pada setiap individu

dan

dirinya pula lebih gemar untuk memilih jalan tengah

menghargai setiap insan yang dia ada 

yang sudi bersamanya

kerana

masa lalu itu menjadi pengajaran

kepada dirinya...

"3D actually came out once you feel close towards that person. It also came out naturally depends on person she faced"



Untitled (2)

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

?               ?            ?

~kehidupan itu akan terasa rumit bila terlupa Ilahi~

untuk apa difikirkan kembali perkara yang sudah lepas
terutama pada perkara yang tidak berasas
buat apa menyingkap kembali luka lama yang kian sembuh
jika ia hanya membuat luka itu kembali bernanah..

hati itu sifatnya sering berbolak balik
umpama kehidupan manusia yang sentiasa turun dan naik
bila sekali ia naik, jangan lupa pada Ilahi
hanya DIA tempat kembali
(itu sudah pasti)

jangan
sesekali dicemari hati itu dengan
sifat wasangka yang tiada henti
kelak ia hanya memakan diri..

manusia itu sangat gemar mencari
kesalahan orang di sisi
seperti kata pepatah yang berkalis bila menegur :
"gajah sebelah rumah nampak, akan tetapi
kuman dalam rumah tidak pula kelihatan"


Thursday, 27 June 2013

Love letter


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)


love letter

I am nothing

without you I can't breath 

Without you I can't even smile

my days won't be okay if you are not around

I find it hard to face the community

if you are not by my side

please...

don't ever leave me

do guide me

I really need you

nothing else I want

just you being by my side

standing close to me and smile

whatever I do that will make you happy

just guide me from doing anything wrong

I really hope that I won't forget you when I'm happy

and just looking for you when needed

I'm sorry for the wrong that I have done

I'm just a human who is always did mistakes

please forgive me my Lord (ALLAH)

and lead me to be a good person

the One and only You...