insan biasa

may Allah bless u

Saturday 27 August 2011

Berhenti Seketika

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan-Nya)

Ingin ku kongsi sebuah kisah untuk tatapan bersama.....


Seorang anak lelaki jutawan terkemuka dihadiahkan sebuah kereta sport model terbaru buatan luar negara berwarna merah. Hadiah itu sempena hari lahirnya yang ke 25.

Itulah kereta impiannya selama ini. Kini dia bukan sahaja mampu memandunya, malah kereta itu kini menjadi miliknya. 

Teruja melihat kereta barunya itu, anak jutawan tersebut tidak sabar-sabar memandunya. Perasaan kala memegang stereng kereta itu sukar digambarkan. Rasa bangga, ego, sombong, bertuah, gembira dan seribu satu lagi perasaan menghuni hatinya. 

Kereta sport itu meluncur laju menuruni kawasan bukit dimana mahligai kediamannya nun di atas bukit. 

Sewaktu keretanya menyusuri jalan menuruni bukit, tiba-tiba sesuatu mengenai cermin keretanya. Cermin kereta barunya itu pecah. Dia berasa marah, lalu kereta diberhentikan. Didapati ada seketul batu sebesar telur angsa dalam keretanya. Sah, ini mesti angkara orang miskin di kawasan itu.

"Dasar keturunan tak bertamadun" getus hatinya kemarahan. Ditinjau-tinjau mencari angkara siapa. Disebalik sebatang pokok, terlihat seorang budak lelaki mengendapnya. 

"Kamu ya yang memecahkan cermin kereta aku?" tanyanya.

Budak lelaki yang comot itu keluar dari tempat bersembunyi.

"Ya, saya yang buat," katanya. jujur walaupun ketakutan. 

"Kamu tahu betapa mahalnya kereta aku ini? Kalau kamu jual rumah buruk kamu itu pun belum tentu kamu dapat bayar ganti ruginya!"

"Maafkan saya abang. Saya terpaksa lakukan demikian. Sudah banyak  kali saya mengetuk pintu rumah jiran-jiran yang berada tetapi mereka tidak mengendahkan saya, malah mereka menganggap saya peminta sedekah. Saya tidak mampu memanggil teksi kerana tiada wang. Saya cuma perlukan sedikit bantuan. Ibu saya sakit. Dia diserang asma. Boleh abang tolong hantar ibu sya ke hospital? Tolong bang!" rayu kanak-kanak itu.


.....................................................................................................................


PENGAJARAN:
Kadang kala kita begitu sibuk dengan urusan sendiri sehinggakan kita terlupa tentang orang lain yang memerlukan kita dan urusan akhirat yang lebih penting. Ambillah masa walau sekejap, perhatikanlah adakah masih ada orang susah yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang di sekitar kediaman kita? Jika ada, bantulah mereka. 

No comments:

Post a Comment