insan biasa

may Allah bless u

Sunday 28 August 2011

METAFORA : Si Anak Gajah

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan-Nya)


Jumbo 

Seekor anak gajah dirantai sejak kecil pada sebatang tiang. Pada mulanya anak gajah itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Anak gajah itu tidak terdaya kerana kakinya masih kecil., manakala rantai serta tiang yang menambatnya begitu kuat. Hari demi hari dicubanya, tetapi anak gajah itu tidak dapat melepaskan diri. Lama kelamaan anak gajah tidak mahu mencuba lagi kerana takut dengan risiko kegagalan.


Setelah bertahun dalam keadaan itu, anak gajah membesar sebagai gajah dewasa. Badan, kaki, dan lain-lain anggota badannya sudah turut membesar lebih daripada rantai dan tiang yang menambatnya sejak kecil. Secara logiknya, dengan sekali rentap sahaja besi dan tiang itu boleh tercabut. Sayangnya, gajah itu tidak pernah terfikir untuk berbuat begitu. Kenapa? Kerana ia sudah hilang keyakinan diri. Pengalaman gagal semasa kecil menyebabkan gajah itu tidak mahu mencuba lagi. Padanya, ia tetap tidak mampu melakukannya.


Inilah bahana hilang keyakinan diri. Dan dalam kehidupan manusia, apa yang dialami oleh gajah itu juga sering terjadi. Khususnya buat umat islam yang sekian lama dijajah oleh musuh dalaman dan luarannya, semangat berjuang menjadi semakin luntur.

No comments:

Post a Comment