insan biasa

may Allah bless u

Sunday 28 August 2011

Tiga Jenis Hati

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)


Mafhum hadis Rasulullah s.a.w:

Dalam tubuh kita ada seketul daging. Sekiranya baik daging itu maka baiklah jasadnya. Dan sekiranya buruk daging itu maka buklah jasad itu. Itulah QALBU (hati).


Pernahkah kita terfikir bagaimana keadaan hati kita?


Semua ini berkaitan dengan iman. Sesungguhnya iman itu boleh bertambah dan juga berkurang. Sekiranya hati kita bersih maka baiklah perilaku kita tanpa dipaksa.  Dan sekiranya kotor hati kita maka buruklah perangai kita. Ianya mampu berubah dalam sekelip mata. Paginya baik, petangnya buruk. Kalau kita selalu mencuci wajah dengan pelbagai pencuci muka dan losyen mandian, bagaimana pula dengan hati kita? Bagaimana mahu mencuci? Bila perlu dicuci?


************************************************



3 JENIS HATI


Sediakan tiga gelas, satunya berisi air kosong, satunya air teh, dan akhir sekali diisi dengan air kopi pekat.

UNTUK AIR KOSONG - Diumpamakan air yang bersih. Masukkan gula yang diibaratkan sebagai dosa kecil. Adakah nampak gula itu jatuh? Ok. Masukkan pula sudu ke dalamnya yang diibaratkan sebagai dosa besar. Nampak jelas? Ya. Kedua-duanya nampak jelas bukan?

Begitulah diibaratkan hati kita yang bersih. Sekiranya pernah melakukan perbuatan salah, hati kita akan merasa bersalah. Itulah gambaran hati yang bersih. Mudah sensetif dengan gerak-geri perbuatannya.



JENIS HATI YANG KEDUA - Air teh itu diibaratkan sebagai hati yang sakit. Jika dimasukkan gula dan sudu, masih lagi nampak kelibat kedua objek itu namun, ianya samar dan kelabu.

Begitulah hati kita yang sakit. Tidak akan merasakan sensitif terhadap dosa dan kesalahan yang dilakukan. Kita masih sedar kita berbuat kesalahan tetapi menangguhkan taubat dan istighfar.



HATII YANG MATI - Na'uzubillah min zalik. Hati yang mati diumpamakan sebagai air kopi yang hitam pekat dan segala objek yang masuk, kita sudah tidak nampak. Apa yang kelihatan ialah hitam sahaja.


..........................................................................................




Untuk penyucian hati ini sama-samalah kita mulakan dengan istighfar dan mengakui segala kesalahan kita kepada Allah.

Banyakkan berzikir, membaca ma'thurat, bangun malam, membaca al-quran, dan berazam untuk berubah. Didik hati kita supaya sentiasa beristighfar dan merendah hati.

Diakui hati kadang-kadang sukar dikawal kemahuannya, tetapi selalu berdoa pada Allah agar kita ditetapkan iman. Amin..

Semoga hati kita dapat dibersihkan dan dicuci selalu sehingga mendapat hati yang bersih dan jagalah dia selalu.

Anggunnya peribadi kita bermula dengan anggunnya hati kita.



No comments:

Post a Comment