DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan kezinan dari-Nya)
dulu...
aku selalu ada masa
bersama mereka
bergelak ketawa
bergurau mesra
dulu...
waktu cuti aku korbankan
walau terkadang rasa bosan
kerana tiada pekerjaan
semua itu aku relakan
demi menagih
ukhuwah yang berkekalan
kini...
masa seakan mencemburui
kehidupan yang aku lalui
tiada lagi seperti dahulu
sedikit perubahan mula berlaku
semuanya berbeza kini
aku rasa sepi
tidak banyak berbicara lagi
terasa bagai masa aku telah dicuri
terasa dingin
di mana hilangnya kemeriahan
mungkin aku yang terlalu memikirkan
padahal semuanya biasa sahaja
positif dalam fikiran
negatif dipadamkan
pengalaman membuat manusia menjadi matang
matang cara berfikiran
matang menghadapi cabaran
sehingga menjadi insan yang cekal
kuat menghadapi dugaan
aku beruntung
aku bersyukur
bersama rakan sebilik
aku rasa terdidik
bersama "akak leader"
rasa bagai ditaja
dengan puluhan kata semangat
aku sedar
diri ini hanyalah insan biasa
jika dibandingkan dengan mereka
yang punya banyak kelebihan
terlalu kerdil diri ini jadinya
justeru tiada apa yang aku hajatkan
melainkan
sebuah ukhuwah
yang berpanjangan
insya-Allah..
AMEEN...
Seorang sahabat bertanya kepada Nabi s.a.w :
"Bagaimana ciri-ciri orang yang patut aku dampingi (untuk dijadikan teman)?"
Nabi bersabda :
"teman yang patut kamu dampingi ialah yang apabila melihatnya kamu teringat Allah, apabila mendengar kata-katanya bertambah ilmumu, dan apabila melihat amalan-amalannya lalu kamu akan teringat pada akhirat."
aku melihat...
aku mendengar...
aku fahami..
aku pelajari...
pelbagai ragam manusia
menjadikan aku semakin lali...
hidup bukan hanya aku sendiri
tetapi masih ada insan lain
di sisi..
No comments:
Post a Comment