DENGAN NAMA
ALLAH YANG MAHA
PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku
menulis hari ini melainkan
dengan keizinan dari-Nya)
“ALLAHU AKHBAR...
ALLAHU AKHBAR, ALLAHU
AKHBAR... ALLAHU AKHBAR”.
Bunyi azan subuh
berkumandang. Aku masih
enak dalam kembu
rindu sambil berfoya-foya
dengan waktu yang
bagaikan menderu langkah,
tiada arah tuju.
Fikiran terus bercelaru,
terlupa, aku semakin
di hujung.. siapa
aku di depan
Tuhanku?
ZOHORNYA pula aku lebih
memikirkan kelaparan dan
kehausan serta waktu
rehatku. Aku lebih
mementingkan tuntutan jawatanku.
Aku bertolak ansur
dengan waktu. Aku
gembira membilang keuntungan.
Aku terlupa betapa
besar kerugian yang
aku alami jika
aku menggadaikan sebuah
ketaatan. Siapa aku
di hadapan Tuhanku?
ASARNYA, aku lupa masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak. Aku masih
dengan secawan kopiku.
Terlupa panas tidak
di hujung kepala,
aku masih leka
bercerita tentang si
tuah yang setia
dan si jebat
yang derhaka. Siapa
aku di hadapan
Tuhanku?
MAGHRIBNYA, aku
melihat warna malam
tetapi aku masih berlegar disebalik
tabirnya mencari sisa
keseronokan. Tidak terasa
ruang masa yang
singkat, jalannya yang
bertongkat-tongkat, serta ruginya
yang bertingkat-tingkat. Siapa
aku di hadapan Tuhanku?
ISYAKNYA, kerana masa yang
panjang, aku membiarkan penat menghimpit dadaku.
Aku rela membiarkan kelesuan
menggangguku, aku rela
terlena menarik selimut
biru dan becumbu-cumbuan dengan
waktu. Siapa aku
di hadapan Tuhanku?
Syaitan melilit
seorang antara kalian
dengan tiga lilitan
ketika dia tidur.
Dengan setiap lilitan
syaitan membisikkan, “nikmatilah
malam yang panjang
ini,” apabila dia bangun
lalu mengingati Allah,
maka terlepaslah lilitan
itu. Apabila dia
berwuduk, lepaslah lilitan
yang kedua. Kemudian,
apabila dia solat
lepaslah lilitan yang
ketiga, sehingga dia
menjadi bersemangat. Tetapi
kalau tidak, dia
akan terbawa lembap
dan malas.
(HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI
DAN MUSLIM)
Antara kelebihan solat
subuh :-
1. Waktu
yang diagungkan oleh
Allah
2. Pahala beribadah
satu malam penuh
3. Berada dalam
perlindungan Allah
4. Waktu
terbaik membina kekuatan
rohani
5. Dikurniakan cahaya
pada hari kiamat
6. Dapat
melihat wajah Allah
7. Seksa
yang pedih untuk
sesiapa yang meninnggalkannya
8. Kesempatan menunaikan
solat sunat fajar
9. Saat
terbaik untuk mendapat
ilmu dan tarbiyah
(pendidikan)
Antara kelebihan apabila
bangun pagi :-
a.
Dapat
bersenam - menghirup udara segar
pada pagi hari
dapat memberikan tenaga
untuk melakukan aktiviti
seharian. Dengan sedikit
masa walaupun sekadar
lima minnit untuk
bersenam, boleh menjadikan
tubuh badan bertenaga.
b.
Bersarapan awal -
bersarapan pada waktu
pagi merupakan antara
perkara paling pennting
yang mesti dilakukan.
Dengan bersarapan, tenaga
dapat dijana untuk
bekerja, belajar, dan
berfikir. Selain itu,
sarapan merupakan cara
berdiet yang betul
dan mampu mencegah
kegemukan.
c.
Emosi
yang stabil - cuba kita
lihat, kebanyakan pekerja
terlewat ke tempat
kerja kerana lewat
bangun. Kesudahannya, mereka
terperangkap dalam
kesesakan lalu lintas, kemudian
terlewat sampai ke tempat
kerja dan dimarahi
pihak atasan. Hasilnya
emosi akan terganggu
sepanjang hari tersebut.
d.
Dapat
menyelesaikan kerja dengan
segera -
bagi seorang ibu
yang bekerjaya, bangun
awal pagi memberi
ruang masa yang
lebih untuk menyelesaikan
kerja-kerja rumah seperti
membasuh pakaian, memasak,
dan membuat sarapan untuk
suami dan anak-anak.
Bagi seorang pelajar,
dengan bangun awal
mereka dapat mengulang
kaji pelajaran.
e.
Menyambut hari
baru -
diberi keizinan untuk
memulakan hari baru
ialah nikmat yang
tidak ternilai harganya.
Bayangkan seandainya kita
tidur panjang dan
selama-lamanya? Maka bersyukurlah
dikurniakan hari yang
baru dengan memulakan
hari pada awal
pagi lagi.
f.
Produktiviti kerja
lebih baik - dengan tenaga
yang terhasil daripada
senaman dan sarapan,
maka ia mampu
memberikan hasil kerja
yang lebih baik.
SUMBER DARI SOLUSI
ISU NO.36
...............................................................................................................
Kini, aku
tertanya-tanya sampai bila
aku melambat-lambatkan sujudku
apabila azan berkumandang?
Aku tidak akan
membiarkan masjid menjadi
sepi kerana di
penghujung hidup ada
mati sebagaimana jenazah
akan dibawa sembahyang
di sini jika
ruangku dibiarkan kosong,
jika wajahku menjadi
asing pada mentari
dan juga bintang-bintang? Siapakah
aku di hadapan
Tuhanku???
Imam Malik telah
mengingatkan bahawa usaha
pembaikan umat kali kedua tidak
akan dapat dijyakan
tanpa menggunakan kaedah
yang telah membaiki
umat yang pertama.
Maksudnya, jika Rasulullah
s.a.w dan para
sahabat berjaya kerana
mereka benar-benar mengutamakan
solat subuh berjemaah,
maka kita juga mesti
mengutamakannya jika inginkan
kejayaan seperti mereka.
Carilah kekuatan disebalik solat subuh.
Insya-Allah, umat yang
menjaga solat subuh
akan teguh. Sesungguhnya
rahsia kekuatan ummah
ada pada solat
subuh secara berjemaah!
No comments:
Post a Comment