DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)
Buat mawar-mawar mujahidah yang sedang merindui jalan menuju Allah...
sekali wanita tergoda, gugurlah sekuntum wardah di syurga
sekali wanita ternoda
berdekah-dekahlah syaitan di neraka.
Duhai akhawat, ketahuilah...
dalam langkah hidup ini hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi. Kita yang memilih jalan kita sendiri. Kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah, pasti kita akan melangkah di jalan yang menuju kecelakaan diri sendiri dan itulah jalan syaitan, nafsu, syahwat, dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan Ilahi dan jalan kesesatan itu adalah jalan Iblisi.
Orang yang berjalan di atas jalan Ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan Iblisi, tiada sensitiviti dalam mengotori dan menodai hati.
masing-masing berusaha
dan masing-masing bergerak
meniti waktu dan hari
mendekati mati
akhirnya,
masing-masing kerdil menghadap Ilahi.
sudah tentu di sana
ada perbezaan antara keduanya
di alam abadi...
tanyalah diri
mahukah kita mencampakkan diri
ke lembah kehinaan
pada saat bertemu RABBI???
atau
meletakkan diri
ke darjat yang tinggi???
sudah tentu
jawapan kita
mengimpikan tempat
di sisi ILAHI...
Namun,
apakah sama
orang yang sekadar berangan-angan
tetapi
tidak mempunyai persiapan yang serius
untuk menghadap-NYA??
berapa ramai orang yang sanggup
menjual harta dan dirinya
demi
membeli redha Allah?
sungguh
manusia lupa
saat perjumpaan itu!
Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua. Hari-hari yang jernih fikrahnya menjadi ghuraba'. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini mnedapat tepisan demi tepisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-Nya.
Adakah amalan dan akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dalam golongan ghuraba' ini?
Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini?
NAUZUBILLAH!!!
Ya ALLAH
bantulah kami
untuk tetap layak
berada di atas jalan-jalan-MU
jangan sekali-sekali
ENGKAU menapis kami
dari
jalan-jalan-MU
kerana kelalaian kami sendiri
untuk mengubat hati
dan mengubah sahsiah diri
AMEEN...
dipetik dari buku TAUTAN HATI, karya Fatimah Syarha Mohd. Noordin.
No comments:
Post a Comment