DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)
"gajah depan mata tidak nampak, tetapi semut di seberang lautan kelihatan"
sebuah perumpamaan bagi individu yang gemar mencari kesalahan orang lain tetapi tidak nampak pada kesalahan sendiri...
adakah kita antaranya?
cuba fikir...
renungkan....
ingatlah....
firman ALLAH S.W.T dalam surah al-hujraat ayat 12, yang bermaksud...
"wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari berburuk sangka (curiga) kerana sebahagian dari berburuk sangka itu adalah dosa. dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan atau keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. adakah seseorang daripada kamu yang gemar memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh yang demikian itu patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani."
menuding jari
bukanlah penyelesaian
tidak perlu
berlari
untuk selesaikan masalah
just a word
seringkali
kita nampak
kesalahan orang
tapi buta
pada kesalahan
yang kita
lakukan
hakikatnya
manusia
lebih senang
mencari kesalahan
orang lain
tetapi
buat tidak tahu
pada kesalahan sendiri..
benarkah?
tepuklah dada
tanya iman kita
adakah
layak
untuk kita
jejak
ke syurga?
peliharalah kami
YA ALLAH
(Ameen..)
teringat satu artikel dalam majalah SOLUSI karya Ftimah Syarha Mohd. Noordin, "Remaja Berakal Tak Mahu Hipokrit" :
seringkali akal ditipu. "saya tidak mahu buat begini kerana saya tidak mahu menjadi hipokrit" (merujuk kepada perbuatan baik). kata remaja.
kata-kata seumpama ini mencerminkan bahawa remaja itu sedang melabelkan dirinya yang sebenar sebagai seorang yang buruk, berdosa, dan sentiasa berada di takuk yang lama.
sedarkah kita? kita dilahirkan dalam keadaan fitrah sebagaimana yang dimaklumkan oleh hadis sahih riwayat Al-Bukhari No. 1296. fitrah ini bermaksud islam. islam itu bermaksud menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Ya, kita dilahirkan dalam keadaan kita adalah seorang hamba yang perlu taat dan patuh kepada-Nya, dengan menyerahkan diri secara total.
maka, kita sedang menjadi diri sendiri ketika kita sedang melakukan kebaikan. kita sedang hipokrit dengan Allah ketika kita sedang melakukan kejahatan. inilah hakikat diri kita yang sebenar, fitrah, suci, dan bersih. remaja yang berakal akan segera menukar paradigma agar tidak tertipu lagi.
Yusof bin Asbath berkata:
" akal ialah pelita yang tidak nampak, hiasan yang terzahir, pengatur badan dan pemantau urusan hamba. kehidupan tidak akan bertambah baik tanpa akal dan urusan tidak akan berjalan dengan normal kecuali berdasarkan akal."

No comments:
Post a Comment