insan biasa

may Allah bless u

Saturday, 31 January 2015

Cry If You're Hurt...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
(Tidaklah aku menulis hari ini melainkan dengan keizinan dari-Nya)

Jatuh - Sakit - Menangis
(cry out loud if you want)

Back then, when I was a kid I'll cry whenever I want and stop whenever I should.
But now, it's different.
Even if it's hurt but the tears won't come out. At the end I'm the one hurt myself.

.................................................................

8 tahun, di sebuah sekolah rendah kebangsaan...

"Ouch!"

Dia jatuh. Di atas jalan tar, berdekatan tapak perhimpunan.

Dengan bantuan rakan-rakan, dia bangun. Terasa pedit di lutut. Kain diselak. Luka. Berdarah. Dia menangis. Sakit? Mungkin. Tapi, lebih kepada sebuah persoalan.
"What should I do?"

Cikgu Azmi, guru kelas datang menghampiri. Dia dibawa ke bilik guru. Cikgu Azmi sapu ubat pada luka tersebut. Mata dia masih berair. Tidak berhenti menangis. Masih terdengar esakan halus. Guru lain hanya memandang. Simpati mungkin.

Cikgu Mahadi, guru disiplin masuk bersama rotan di tangan. Sesi kelasnya sudah tamat barangkali. Cuak, sakit, malu, semua menjadi satu. Dirinya menjadi tumpuan guru-guru dalam bilik guru tersebut. 

"Siapa ni?" Tanya Cikgu Mahadi.

"Oh, Fatin. Kenapa ni?"

"Jatuh." Jawab Cikgu Azmi.


"Jatuh? Macam mana boleh jatuh?" Matanya melirik pada kesan luka di lutut.

"Ala.. sikit je ni. Dah, jangan menangis." Pujuk Cikgu Mahadi.

...............................................................

Dulu..
dia tahu apa itu sakit
dia arif waktu bila harus menangis
konsep yang mudah
jatuh - sakit - menangislah
Kini...
dia 'jatuh'
'Sakit' hanya terucap di bibir
menangis jauh sekali
dia simpan
dia pendam
jauh di sudut hati
batinnya menangis tanpa henti
menjerit sekuat hati
tangisan
seakan tidak mahu muncul lagi..



It's hurt once you know you wanna cry but you can't



No comments:

Post a Comment